"Hari ni, hari last Dahlia. Lepas ni, Dahlia tak nak menari lagi." Kata Dahlia.
"Eh? Kenapa ni, Dahlia?" Tanya Azwa sambil mengusap kepala Dahlia. Dia memandang tepat ke mata Dahlia.
"Dahlia penat. Dan Dahlia dah bosan." Kata Dahlia.
"Kita tukar. Nak?" Pujuk Azwa.
Dahlia geleng.
Azwa mengawal rasa cemasnya. Dahlia tak boleh berhenti. Hanya Dahlia satu-satunya cara untuk dia jumpa dan rapat dengan Iman. Tanpa Dahlia, rancangannya tak akan menjadi. Dia tak nampak jalan lain lagi.
"Tak apalah cikgu. Dahlia memang dah tak minat." Kata Dahlia.
"Tapi, bonda Dahlia tak cakap apa-apa pun. Ke bonda Dahlia yang paksa Dahlia berhenti. Dia tak suka Dahlia menari." Tuduh Azwa.
Dia pasti, semua ini ada kena mengena dengan Alia. Pasti Alia goyang. Dan akan sekat segala cara untuk menghalang perhubungannya dan Iman berkembang.
Dahlia hanya memandang Azwa tajam.
"Betul, kan? Bonda Dahlia paksa berhentikan. Dia tak nak Dahlia dekat dengan cikgu. Kan?" Desak Azwa.
"Cikgu nak tuduh bonda apa? Kawal hidup Dahlia ke?" Tanya Dahlia. Mula benggang.
"Memang bonda Dahlia kawal segalanya pun. Nak makan apa. Nak minum apa. Semua dia yang tentukan. Apa yang boleh. Apa yang tak boleh. She such a queen control. Right?" Jawab Azwa.
"Don't worry. I'll protect you. Cikgu akan pastikan, Dahlia dapat buat apa yang Dahlia suka. Jangan risau." Kata Azwa sambil menarik Dahlia ke dalam pelukannya.
Dahlia menolak Azwa. Kasar.
"Bonda tak pernah halang apa pun Dahlia nak buat. Bonda support je apa pun kami adik beradik minat. Cikgu jangan nak tuduh bonda yang bukan-bukan." Balas Dahlia separa menjerit.
"Dahlia."
Dahlia memandang ke belakang. Suara lembut dan tegas bondanya. Memanggil namanya.
Alia mencangkung. Menghadap Dahlia.
"Bonda pernah ke ajar Dahlia tinggikan suara dengan orang lebih tua?" Tanya Alia. Lembut.
Dahlia geleng.
"Minta maaf dengan cikgu." Arah Alia.
Dahlia geleng.
"Tolong bonda." Rayu Alia. Lembut.
"Dahlia minta maaf, cikgu. Tapi, keputusan Dahlia muktamad. Dahlia nak berhenti." Kata Dahlia dan terus memeluk Alia.
"Dahlia tak sayang cikgu ke?" Tanya Azwa yang mendekati Alia dan Dahlia. Dia cuba menarik Dahlia untuk memandangnya.
Namun, Dahlia makin mengeratkan lagi pelukannya kepada Alia.
"Dahlia sure dengan keputusan Dahlia? Bonda tak halang. Bonda tak marah. Bonda setuju je dengan keputusan Dahlia." Pujuk Alia sambil menarik Dahlia melepaskan pelukan itu dan mencangkung sama paras dengan Dahlia.
Dahlia angguk.
"But, why? Kita mesra je selama ni. Cikgu ingat Dahlia sayang cikgu. Rupanya, tak. Sampai hati." Azwa mengubah tektik memujuknya. Dia pura-pura merajuk.
"Dahlia sayang bonda lebih dari segalanya dekat dunia ni. Tak ada orang boleh gantikan bonda. Bonda is my priority. My only mother in this world. Not you. Not even anyone. Just bonda." Tegas Dahlia sambil memandang Azwa.
Alia hanya diam.
Terasa kemenangan dipihaknya.
"Memang lah. Tak ada orang boleh gantikan tempat bonda. Cikgu nak tumpang kasih je." Pujuk Azwa.
"Tak. Dahlia benci cikgu. Mika pun sama. Kami benci cikgu." Kata Dahlia dan terus menarik Alia pergi.
Alia hanya mengikut tanpa bantah.
Terima kasih puteriku kerana membela aku.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...