TR57

5.3K 196 10
                                    

"I dah cakap, you jaga je client masa you tengah nak prepare event. Bab cari client, biar team marketing yang buat. Nak close sale, biar team sales yang buat. You tak payah sibuk." Balas Aza sambil matanya menyemak kertas kerja yang diberikan oleh Saleh.

"It is coincidence. Kebetulan." Balas Azwa.

"You tau, kan?"

"Iya. Tapi offer datang. Bukan I yang promote. They need our help." Bersungguh dia menyakinkan Aza.

Aza meletakkan cermin matanya ke atas kertas kerja yang ada dihadapannya. Mengurut sedikit matanya yang sedang rasa berpinar. Kemudian, dia memandang Azwa.

"Buat party dekat rumah Tan Sri Ilyas. Bapa mertua Alia. You know what it means?" Tanya Aza.

Azwa geleng.

"You nak goda Iman. Right?" Balas Aza.

"Bukan. Sumpah bukan." Tegas Azwa.

"Then, you tell me what? Kenapa kita kena buat something yang Alia tak suka?" Tanya Aza. Matanya tepat memandang Azwa.

"I told you. They need our services."

"For what?"

"Majlis kesyukuran."

"Who is the organizer?"

"Aznah and Puan Sri Kalsom."

Aza ketawa. Lepas namun jelas dibuat-buat.

"And you told me it was coincidence? And dorang nak buat majlis tu untuk Saleh? Then, you expect? I percaya?" Kata Aza dan menyambung ketawa palsunya.

Azwa memandangnya marah.

"Fine! Memang dorang rancang nak buat I dan Iman rapat."

"See? I told ya. I knew it!" Aza berdiri dan menghempas fail yang ada dihadapannya dengan kuat. Matanya tepat memandang Azwa.

"You tak faham bahasa ke you ni BODOH!" Aza menekan perkataan bodoh tu dengan kuat.

Azwa memandang ke bawah. Dia takut. Ini bukan kali pertama Aza mengamuk. Dah 3 kali Aza mengamuk dengannya. Pertama kerana kerja. Kedua juga. Dan ini yang ketiga. Sesungguhnya, dia sedang ketakutan saat ini.

"Pandang I. Read my lips." Arah Aza.

Azwa mengangkat wajahnya. Memandang Aza yang sedang menongkat tubuhnya. Yang sedang memandangnya tepat.

"Leaves. Iman. dan. Alia. Jangan. kacau.mereka." Aza mengeluarkan perkataan satu persatu.

"I bukan nak kacau dorang. I just..." Dan kata-kata Azwa mati disitu bila Aza menjengilkan matanya.

Azwa kembali tunduk.

"Bila Alia kata jangan, it means jangan. Faham? She is the boss. Her word is top priorities. Faham?!" Pesan Aza. Suaranya sudah sedikit perlahan. Dia juga sudah duduk.

Azwa angguk.

"Now tell me their plan." Aza mula mahu mengorek rancangan jahat Puan Sri Kalsom dan Aznah.

"Dorang kata, Iman dan Alia gaduh besar." Jawab Azwa.

"Gaduh besar?"

Aza berfikir sejenak. Alia tak bercerita langsung tentang perkara ini dengannya.

"So, they want you to be close dengan Iman. Ambil kesempatan ni untuk rapat dengan Iman. Cucuk jarum. Macam tu?" Tanya Aza

Azwa angguk.

"Bahlol punya manusia!" Marah Aza. Dia mencampakkan kertas diatas mejanya ke wajah Aza.

"Kau pun ikut aja."

Azwa geleng.

"I tak nak. Tapi, I just nak buat job ni. Tak ada niat langsung nak kacau Iman dan Alia." Sangkal Azwa bersungguh.

Aza memandang Azwa. Tepat. Mencari keikhlasan dari kata-kata itu.

"You know why dorang gaduh?" Tanya Aza.

"Dorang just kata dah tak nampak Iman makan bersama. Tak nampak Alia dan Iman berkepit macam biasa. So, they assume, dorang gaduh." Cerita Azwa.

Tanpa mereka sedar, Saleh berada diluar bilik Aza dan mendengar semua perbualan mereka. Ada sedikit kegusaran dihatinya.

Dia berlalu dan terus menelefon Iman.

"Jumpa abang dekat bilik papa. Abang on the way ke office." Kata Saleh dan terus menutup talian telefon.

Saleh terus menelefon Tan Sri Ilyas. Atas dasar hormat, dia memberi salam sebelum ke tujuan asalnya.

"Pa, kat office ke?" Tanya Saleh.

"Tak. Kenapa?"

"Pa, datang office papa sekarang. Please. And jangan bagitahu Alia." Kata Saleh.

"Kenapa?"

"Please pa. Urgent. Leh baru nak keluar office." Kata Saleh.

Saat dia keluar dari pejabat, Intan sampai.

"Jom ikut I." Dan dia terus menarik tangan Intan masuk ke dalam keretanya.

"Kenapa?" Tanya Intan.

"Just follow and stop asking anything " tegas Saleh.

Intan diam. Malas nak memaksa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now