"Jom teman papa pergi mamak. Teringin nak lepak kat sana. Jumpa kawan-kawan lama." Ajak Tan Sri Ilyas.
"Lepak je?" Tanya Alia.
Tan Sri Ilyas ketawa. Dia faham pertanyaan Alia itu. Alia sangat mengawal permakanan mereka sekeluarga. Bukan hanya kualiti yang perlu diutamakan Tapi sama ada ianya sihat atau tidak.
Dan Alia memang tak bagi Tan Sri Ilyas, Iman dan anak-anak makan diluar. Kecuali jika tak dapat dielakkan. Makanan tengahari Iman, sama ada dia yang akan hantar atau dia akan minta Pak Mat yang hantar. Begitu juga sekiranya anak-anaknya ada aktiviti selepas sekolah.
Dia sangat menitik beratkan soal permakanan. Pada Alia, apa yang kita makan akan jadi darah daging. Jadi, kena jaga kesihatan tubuh badan dan rohani.
"Alia tak kisah kalau papa sekadar nak lepak. Tapi nanti, papa nak makan roti canai lah. Nak minum teh tarik lah. Apalah. Tu semua akan buat sugar level papa naik. Tak ingat ke macam mana susah payah papa nak turunkan sugar level papa? Ke papa dah tak sayang kami?" Bebel Alia.
"Sekali sekala, Alia. Bukan hari-hari. Sebulan sekali pun, tak. Boleh ya?" Rayu Tan Sri Ilyas.
Alia geleng. Matanya tepat memandang Tan Sri Ilyas. Tegas dia melarang.
"Pergi je papa. Iman teman." Iman menyampuk. Entah bila dia muncul dalam bilik papanya itu.
Dia mendekati papanya. Memeluk bahu papanya yang sedang duduk. Sebuah kecupan dihadiahkan ke pipi papanya. Kemudian, dia bergerak ke Alia. Berdiri disebelah Alia.
Alia bangun memberi ruang untuk Iman duduk. Iman duduk dan kemudian menarik Alia untuk duduk diatas ribanya. Alia malu tapi tak pula menolak.
Tan Sri Ilyas senyum melihat telatah anak menantunya. Sempat dia bersyukur dengan kebahagiaan anak bongsunya itu. Orang kata, berkat pilihan keluarga.
"Iman tak busy ke? Selalu tak nak teman papa." Tanya Tan Sri Ilyas.
"Iman okey je papa. Sesekali, nak juga teman papa. Asyik Alia je dengan papa. Iman pun nak juga." Balas Iman.
"Macam tu, jomlah siap. Alia ikut sekali?" Tanya Tan Sri Ilyas.
Alia geleng.
"Tak nak la. Sakit hati Alia nanti tengok korang makan entah apa-apa." Balas Alia.
Tan Sri Ilyas dan Iman ketawa.
Sempat Iman menghadiahkan sebuah kecupan di pipi Alia.
Alia memukul manja Iman.
Tan Sri Ilyas makin galak ketawa.
"Macam tu, pa. Kita gerak je la. Kita bukan macam perempuan. Nak tukar baju lah. Apalah. Macam ni pun, dah steady. Jom, pa." Kata Iman lebih pada mahu mengusik Alia.
"Seriously Iman?" Ternganga mulut Alia mendengar cadangan Iman itu.
Iman ketawa.
"Jangan nak keluar macam ni erk. Dengan kain pelikat. Papa pun sama. Tukar. Jangan nak nampak jakun sangat. Pa, papa siap. Biar Alia pergi siapkan anak papa ni." Dan Alia terus bangun dan menarik Iman.
"Seriously Alia? Macam tu, tak pergi mamak lah papa. Melekatlah Iman dengan Alia nanti. Tah bila nak keluar." Usik Tan Sri Ilyas.
Iman ketawa kuat terutama bila melihat wajah Alia yang sudah memerah. Bertambah kuat ketawanya.
"5 minutes. If kami tak keluar, papa tak payah siap." Kata Iman sambil mengikut Alia yang sedang menariknya.
Tan Sri Ilyas menggeleng.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
عشوائيAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...