21

4.6K 168 13
                                    

Iman memandang 3 wanita yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya. Puan Sri Kalsom, Aznah dan Azwa?

Azwa? Kenapa dia ada dengan mama dan Kak Na?

"Iman, kenalkan dengan Azwa. Mama dan Kak Na dah bersetuju untuk melantik dia dan syarikat dia untuk manage AGM nanti." Kata Puan Sri Kalsom.

Iman diam.

Benar kata Alia. Aku kena berhati-hati. Seperti ada rancangan lain dari dua manusia dihadapannya. Bukan. Tiga.

Gerak hati Alia sentiasa tepat. Apa yang Alia katakan kepadanya tentang gerak hatinya ternyata tepat. Mama dan Kak Na ada agenda tersembunyi.

Jadi, dia perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Iman, tetapkan iman. Jangan hanyut dengan perasaan sendiri. Yang paling penting, ingat Alia dan anak-anak yang menjadi tunggak kejayaannya kini.

"Tak tahu pun Azwa ada kerja dengan syarikat...." Tanya Iman.

"Rimba Event and management." Sambung Azwa.

"Ya. Whatever." Balas Iman.

"Company kawan Azwa. Kebetulan dia punya manager cuti bersalin. So, dia offer Azwa untuk gantikan sementara. Azwa masih cari kerja tetap." Kata Azwa.

"Itu, nanti kita adjust. Boleh. Kan, Iman? Mesti ada something yang sesuai untuk Azwa dalam company ni, kan?" Sampuk Puan Sri Kalsom.

Iman angkat bahu. Bukan dia yang uruskan tentang pengambilan staff. Dia tak ada kena mengena dalam hal itu. Dia ada HR yang uruskan perkara itu. Dia tak perlu untuk masuk campur.

Dan bahagian HR pun dibawah penguasaan Alia. Alia hanya memantau dalam diam. Tak aktif seperti dulu. Sejak dia meminta Alia tumpukan pada urusan keluarga saja.

Tan Sri Ilyas tak percaya 100% kepada pekerja. Pada papanya, semua kena ada pemantauan dari orang yang dipercayai. Iaitu Alia dan dirinya. Terutama dalam pengurusan pekerja.

Pada Tan Sri Ilyas, pekerja adalah aset syarikat dan juga boleh jadi liabiliti. Salah pekerja, akan mencalarkan imej syarikat keseluruhan. Terutama dalam bidang mereka. Jika tersalah langkah, boleh mebgakibatkan kehilangan nyawa juga.

Jadi, semua benda harus dikawal dengan rapi. Dari orang-orang yang diakui bertanggungjawab. Dan kerana itu juga, Iman memberhentikan beberapa jurutera yang dah lama berkhidmat dengan syarikat. Dan juga abangnya sendiri, Saleh.

Saleh telah menyalahguna kuasa. Memberikan peluang dan ruang untuk jurutera yang terbabit menukar bahan binaan dengan kualiti yang rendah tapi menghantar invoice harga barang kualiti tinggi. Dan mengaut keuntungan dari syarikat. Dia juga berpakat dengan pembekal untuk mendapatkan hasil dari penyelewengan yang dia lakukan.

Perkara ini, hanya Iman, Alia dan beberapa pegawai syarikat yang tahu. Tan Sri Ilyas juga tidak diberitahu demi menjaga hubungan bapa dan anak. Senadainya Tan Sri Ilyas tahu, pastinya Saleh dan keluarganya akan dihalau dari rumah itu.

"Berangan pula dia." Usik Aznah.

"Ha?" Tanya Iman.

"Azwa tanya, ada specific request ke?" Ulang Aznah.

Iman angkat bahu.

"Alia dah bagi kebenaran untuk Kak Na dan mama manage event ni. So, terpulang. Iman ikut saja." Balas Iman.

Azwa mencebik bila nama Alia meniti dibibir Iman. Sakit betul hatinya. Mujur sewaktu majlis hari jadi Dahlia dulu, dia buat baik dengan Puan Sri Kalsom dan Aznah. Dua perempuan yang juga tak suka pada Alia. Sama sepertinya.

"Kak Na dengan mama tinggalkan Azwa dengan Iman. Korang sembanglah. Apa yang perlu. As a CEO, you should know what you want. Jangan semua pun Alia. Macam dia pula suami." Kata Aznah dan menarik tangan Puan Sri Kalsom.

"Haah. Bincanglah. Mama dan Kak Na nak oergi shopping untuk baju hari tu nanti." Kata Puan Sri Kalsom. Mengikut langkah Aznah.

"So, Iman. Can we start?" Tanya Azwa cuba untuk berlagak natural. Dia tak mahu Iman tahu yang dia sedang dalam misi untuk memikatnya.

"As I said. Semua ni, you kena refer to Kak Na or my mom. They are responsible for this." Balas Iman.

"Tapi, Azwa kena tahu apa yang Iman nak ada dalam majlis ni. Apa yang akan terjadi sewaktu majlis ini berlangsung. Tentative majlis pun, Azwa kena tahu." Kata Azwa.

Iman mendail nombor dari telefon pejabatnya.

"Lan, hang ada copy tentative AGM tahun-tahun lepas dak?" Tanya Iman pada Razlan. Razlan yang selalu membantunya dan Alia dalam menguruskan apa-apa majlis dalam syarikat.

"Ada. Weh, Kak Jan ada kan. Pasai oa minta kat aku." Jawab Razlan.

"Kak Jan cuti. Sat lagi, aku minta event manager p kat hang. Hang bagi kat dia, nah." Balas Iman dan terus meletakkan telefon tanpa tunggu balasan dari Razlan.

"You just get them from my staff. Razlan. Boleh tanya dia anything that you need. Dia tahu almost everything about the event. Bilik dia dekat hujung belah kiri." Kata Iman dan terus tunduk memandang kertas kerja yang berada dihadapannya.

Dia tak betah berlama dengan Azwa. Dia takut, dia akan hanyut dengan perasaannya. Dia takut dengan sebarang kemungkinan yang dia tak ingin berlaku.

"Apa salahnya kalau Iman tolong Azwa?" Azwa mula mahu merajuk.

Iman buat tak endah. Berpura-pura menumpukan tumpuannya kepada kerjanya.

"Iman!" Marah Azwa.

Iman masih buat tak tahu. Langsung tak memandang Azwa yang berada dihadapannya. Sedar-sedar, Azwa sudah berada disisinya. Dan menarik tali lehernya untuk memandang Azwa.

"Iman...." Suara ceria Alia yang datang dari pintu biliknya buat Iman cuak.

"Ops." Dan Alia keluar.

"Alia. Stop." Dan Iman terus menolak Azwa tanpa memandang keadaan Azwa langsung.

Hati Alia perlu dipujuk. Salah faham Alia perlu dibetulkan. Dia mampu menolak 10 Azwa tapi tak boleh hilang 1 Alia. Alia umpama nyawanya. Tanpa Alia, dia mati. Dia akan hidup sekadar hidup. Tanpa arah tujuan.

"Alia... It's not how you think." Kata Iman menarik lembut tangan Alia. Digenggamnya erat.

"What did I think?" Tanya Alia.

Iman rasa terperangkap. Angkat bahu adalah jawapan paling tepat dirasakannya.

"Don't worry, Iman. Alia tak fikir apa yang Iman rasa Alia fikir. I know her. Tapi tak sangka dia cari Iman sampai office." Kata Alia.

"Mama dan Kak Na. Lantik company dia untuk handle event nanti." Kata Iman.

"And, where are they?" Tanya Alia.

"Shopping." Jawab Iman.

"So, dorang lepas tangan? Serah semua pada event company untuk handle? Then, you are the one to assist? Then, what is the purpose of taking this responsibility if they can't be responsible?" Marah Alia.

"Iman masuk kerja. Let me handle those things." Kata Alia.

"Tapi..." Iman memuncungkan bibirnya ke arah bilik pejabatnya.

"Kita pergi lunch. Alia ada bawa pulut dengan ayam goreng. Alia teringin nak makan. Nak tunggu Iman, lama sangat. So, Alia bawa. Dah letak kat pantry." Kata Alia sambil tersenyum manja.

"Pantry? Kena pergi cepat. Nanti, Iman tak dapat nak rasa. Sampai-sampai je dah habis." Kata Iman sambil terus menarik Alia supaya jalan cepat ke pantry.

Tak boleh percaya pekerjanya jika Alia bawa makanan ke pejabat. Selalu dia sekadar dapat telan liur je tengok bekas kosong.

Alia ketawa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now