26

4K 153 5
                                    

Alia tersenyum. Bahagia. Terutama bila ramai yang hadir menyambut ulangtahun kelahirannya. Walaupun begitu, ada seseorang yang dia tunggu dari tadi.

"Iman mana, Alia?" Tanya Aza.

Alia angkat bahu.

"Alia, I have something for you." Kata Aznah dari jauh. Dia menunjukkan sekeping kad sambil berjalan mendekati Alia.

"Nah." Hulur Aznah.

"Terima kasih." Sambut Alia.

Matanya meliliau mencari kelibat Iman. Majlis sudah lama mula. Tetamu sudah ramai yang datang. Tapi, suaminya itu tiada.

"Buka lah." Arah Aznah.

"Nantilah." Balas Alia.

"Nope. You kena buka sekarang." Desak Aznah.

Aza yang berada disebelah Alia tidak diendahkan. Aza hanyalah seorang kuli. Tak layak untuk digaul dengan mesra. Tak setaraf dengannya.

Aza mengabaikan Aznah. Dia hanya menunpukan perhatian kepada Alia yang sedang membuka sampul kad yang diberikan Aznah.

"Allah." Dan Alia terduduk.

Aznah ketawa kuat. Terbahak-bahak.

"Good bye, Alia." Kata Aznah dan terus berlalu.

Alia menangis. Kuat. Meraung.

"Sayang."

Satu suara mengejutkan Alia. Usapan tangan itu membuatkan Alia sedar. Dia hanya bermimpi.

'Huwallâhu, allâhu rabbî, lâ syarîka lahû. A‘ûdzu bikalimâtillâhit tâmmati min ghadhabihi wa min syarri ibâdihi wamin hamazâtis syayâtîni wa an yahdhurûni.' Alia membaca doa selepas mimpi burum dalam hati.

Sempat juga dia mengucapkan syukur berkali-kali. Kerana apa yang terjadi tadi hanyalah mimpi.

Dia membuka matanya dan memeluk Iman.

"Mimpi buruk lagi?" Tanya Iman.

Alia angguk.

Iman mengelus belakang Alia. Membaca Al Fatihah dan 3 qul. Kemudian dihembuskan ke ubun Alia. Doanya, Allah jauhi apa saja mimpi buruk Alia dari terjadi.

"Still tak nak cerita dekat Iman?" Tanya Iman.

Alia angguk.

"Kalau macam tu, tidurlah." Kata Iman dan terus mengeratkan pelukan mereka berdua.

Dia sudah penat mahu memaksa. Alia tetap Alia. Jika dia kata tak, maka tidaklah. Walaupun ianya sekadar mimpi, namun, mimpi itu kerap buat Alia terjaga malam dan menangis. Dan selalu juga dia lihat Alia termenung.

Ia mungkin mimpi tapi kalau ia menyebabkan isterinya murung, dia tahu, ianya adalah sesuatu yang mengganggu fikiran Alia.

Namun, apa yang dia boleh buat? Jika Alia sendiri tak mahu berkongsi.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now