"Intan. Intan. Pandang Iman." Iman memandang tepat ke mata kakaknya. Tangannya berada dikedua-dua belah pipi Intan.
Intan yang tadi meracau. Diam. Tapi tidak juga memandang Iman. Dia memejamkan matanya. Air matanya mengalir. Sedikit ketenangan bila Iman menyentuhnya begitu.
"Pandang Iman, Intan." Pinta Iman sekali lagi.
Intan membuka matanya. Dia memandang tepat Iman yang berada dihadapan matanya. Jarak pandangan mereka hanyalah sebesar tapak tangannya saja.
"Intan sayang Iman, tak?" Tanya Iman.
Intan angguk.
"Intan nak tak kalau kita hidup bahagia? Sekeluarga." Tanya Iman lagi.
Intan angguk.
"Tapi Intan nak Hafiz." Dan air mata Intan mengalir. Mata dipejamkan. Hatinya remuk.
Dia cuba terima hakikat yang Hafiz sudah pergi dari hidupnya. Dia sebenarnya rasa itu memang yang terbaik. Akalnya tahu, Hafiz bukan yang terbaik untuk dia. Penceraian yang Hafiz berikan memang satu tindakan yang wajar. Yang dia minta tanpa sedar selama ini.
Tapi, dia tetap mahukan Hafiz.
"Intan. Mana Intan nak. Hidup dengan Hafiz yang tak pernah ambil kisah tentang Intan atau ada keluarga bahagia yang selalu ada dengan Intan." Tanya Iman.
Intan memandang Iman. Dia tahu, apa saja jawapan yang keluar dari mulutnya akan menjadi permulaan hidupnya.
Dalam erti kata lain. Sama ada terus berada dalam kemurungan dan menangisi pemergian Hafiz atau membina bahagia disampaing keluarga yang menyayanginya. Walaupun mereka tak tunjuk selama ini.
Lama dia fikir. Mengira semuanya. Namun, matanya masih tetap memandang Iman yang teguh menunggu jawapannya. Akhirnya...
Intan memeluk Iman.
"Intan pilih Iman." Putusnya.
Iman lega. Membalas pelukan Intan. Doanya, Intan tetap memegang teguh dengan pilihannya.
Dia tak mampu untuk melihat Intan terus menangis dan menangis. Lainlah andai Hafiz itu layak untuk ditangisi. Lelaki tak guna macam tu, tak layak walau setitis pun air mata.
Astagfirullah.
Iman beristighfar. Menyedar keterlanjurannya dalam berfikir. Siapa dia nak menghakimi seseorang? Lagipun, Hafiz pernah jadi sebahagian dari keluarganya. Dan Hafiz pernah buat Intan bahagia.
Salahnya juga. Tak pernah menegur mahupun ambil kisah tentang rumahtangga Intan. Dia hanya pandang. Dan menegur dalam hati. Sepatutnya, dia tegur secara berdepan. Lelaki sama lelaki. Mungkin Hafiz akan berubah.
Tapi dia hanya memandang.
"Maafkan Iman. Tak pernah kisahkan Intan lepas Intan nikah." Pinta Iman. Ikhlas.
"Papa pun sama." Kata Tan Sri Ilyas yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik Intan. Dia ada diluar dari tadi. Hanya mendengar.
"Alia pun minta maaf." Kata Alia sambil memaut lengan Tan Sri Ilyas.
"Abang pun nak minta maaf." Saleh juga. Mereka beratur dihadapan muka pintu bilik Intan.
Intan tersentak. Hatinya terus rasa tenang. Ini yang dia tunggu tanpa sedar. Ya. Tanpa sedar dia menyalahkan semua orang dalam rumah ini.
Intan melepaskan pelukannya dengan Iman. Dia angguk dan terus meluru kearah Tan Sri Ilyas. Dipeluknya papanya. Papa yang selalu melindunginya. Papa yang cuba untuk mendidiknya. Cuma dia yang tak sedar.
Tan Sri Ilyas membalas pelukan Intan. Dia mencium ubun Intan dan ditepuk-tepuknya belakang Intan. Rasa syukur dipanjantkan. Dia mula nampak kebahagiaan dalam rumahnya.
"Papa sayang Intan." Luah Tan Sri Ilyas.
"Intan sayang papa lebih dari semuanya didunia ni." Kata Intan. Itu hakikatnya.
Selama ini, papanya adalah orang yang paling dia sayang. Dia kagum dengan papanya. Papanya yang tak pernah memaksa. Tapi papanya tegas. Dia tahu, papanya sayangkan dia. Setiap apa yang papa buat, kerana papa mahu melindunginya. Kerana itu, dia tak pernah melawan kata-kata papanya. Bukan kerana takut tapi kerana hormat.
Iman datang ke arah Intan dan Tan Sri Ilyas. Dia memeluk kedua manusia kesayangannya. Saleh juga melakukan hal yang sama.
"Anak-anak papa." Kata Tan Sri Ilyas.
Alia yang memandang hanya mampu mengalirkan air mata. Rasa lega dan bahagia.
Berminggu-minggu sudah Intan terjerat dalam kesedihannya. Dia dan Iman terpaksa pulang semula ke rumah mereka. Demi untuk menjaga Intan. Demi memastikan Intan selamat dan tidak mencederakan dirinya.
Lega akhirnya Intan pilih untuk kembali bahagia. Dan dia memilih keluarganya. Tapi Alia tahu dia perlu buat sesuatu.
Misi untuk bantu Intan pulih sepenuhnya.
Dan dia sudah merancang masukkan Intan dalam aktiviti hariannya. Buat Intan sibuk dan bawa Intan jumpa dengan masyarakat. Buat aktiviti amal.
Moga-moga berkat dari usaha ini, Intan akan pulih sepenuhnya.
Aamin.

YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...