2

7K 206 7
                                    

Seperti hari-hari biasa, usai menyiapkan Iman dan dua anak mereka, Dahlia dan Mikail, dia akan masuk ke rumah induk. Dimana, mertua dan iparnya tinggal.

Rumah ini dipecah dua. Satu adalah rumah induk, dan satu lagi adalah rumahnya sekeluarga. Bapa mertuanya membina rumah untuknya sebaik saja dia dan Iman dinikahkan.

"Iman dah pergi kerja, Alia?" Tanya Puan Sri Kalsom.

"Dah, mama." Jawab Alia.

Dia kemudian masuk ke dalam bilik mertuanya. Bapa mertuanya yang sedang duduk dibalkoni didekatinya. Dia duduk dihadapan bapa mertuanya.

Dibuka ipad dihadapannya dan dia memulakan aktivit hariannya. Membaca berita untuk bapa mertuanya.

"La... Dah kenapa sampai nak membunuh? Tak puas hati, bincang elok-elok. Tak boleh ke?" Marah Tan Sri Ilyas bila Alia membacakan berita tentang kes jiran bunuh jiran kerana memasang karaoke kuat dirumah.

"Kita tak tahu provokasi apa lagi. Kita tak ada ditempat dia, papa. Kita tak tahu apa yang dia rasa. Kita tak boleh nak samakan juga tahap pemikiran seseorang tu. Setiap orang berbeza emosi dan inteleknya. Mungkin ada trauma atau gangguan pada saraf otak." Jawab Alia.

Tan Sri Ilyas angguk. Dia sentiasa suka dengan jawapan balas menantunya ini. Setiap topik yang dibincangkan mereka, selalu mendapat balasan bernas dari Alia.

Kerana itu, dia percaya dan yakin dengan kemampuan Alia sehingga dia sanggup memberi sepenuh kepercayaan kepada Alia untuk menguruskan hal kewangan keluarganya. Dia lebih percayakan Alia berbanding isterinya sendiri. Kerana dia tahu, Puan Sri Kalsom sangat boros dan sukar mengawal perbelanjaannya sendiri. Mana mungkin menguruskan perbelanjaan keluarga.

"Oh. Papa. Alia akan terlebih guna duit belanja untuk bulan ni. Semalam, Mak Lin kata ada dengar bunyi air melimpah diluar. Alia dah panggil plumbur, dia datang tengok petang semalam. Pagi ni, dia datang repair. Kos dia almost RM400. Termasuk upah. Lepas tu, minggu lepas, aircond bilik Kak Na jem. Kena ganti. Air cond tu dah lama. Melayang RM3400. Sebab Kak Na kata,  1hp tak cukup untuk bilik dia. Alia suruh pakai Inverter. Jimat elektrik. Alia dah cakap dengan Iman. Iman okey je." Lapor Alia.

Tan Sri Ilyas angguk lagi.

Kejujuran Alia satu lagi sebab kenapa dia tertarik untuk menjadikan Alia menantu. Syukur, Iman anak yang mendengar kata. Hanya ikut perancangan yang dia tetapkan. Dan dia nampak, bahagia Iman dan Alia. Walaupun nikah yang diatur. Bukan atas dasar cinta.

"Hari ni, papa ada golf meeting. Nak Alia ikut?" Tanya Alia.

Tan Sri Ilyas angguk.

"Kalau Alia tak ada, siapa nak uruskan kawan-kawan papa tu?" Kata Tan Sri Ilyas.

Alia angguk.

Walaupun, dia bukan lagi setiausaha Tan Sri Ilyas, tapi kemana saja Tan Sri Ilyas pergi, pasti akan dibawanya Alia bersama. Pernah juga Iman usik, menantu kesayangan. Tapi, Alia hanya bersyukur jika benar dia menantu kesayangan. Tak mudah untuk dapat gelaran itu. Terutama dirinya bukan setaraf dengan mereka.

"Okey. Pukul 3, kita gerak. Tapi pagi ni, Alia ada meeting dengan cikgu sekolah Dahlia dan Mika. Mesyuarat PIBG dah nak dekat. Dorang nak minta Alia tolong macam biasa." Kata Alia.

"Pergilah. Papa tunggu. Lambat pun tak apa. Bukan meeting penting pun. Sekadar suka-suka. Main golf. Nak isi masa lapang atok-atok vogue." Tan Sri Ilyas ketawa.

Alia juga.

Dia senang melepak dengan kawan-kawan papanya. Mereka sangat cool dan sporting. Langsung tak kedekut ilmu. Tanya apa saja, mereka pasti akan jawab. Dan disertakan juga dengan tip.

Dari situ, dia belajar bagaimana mahu menguruskan syarikat tanpa kehadiran kita didalam syarikat.

Selain menantu Tan Sri Ilyas, dia juga adalah salah seorang pemegang saham dan pengarah syarikat. Jadi, dia perlu untuk menentukan hala tuju syarikat dan memantau perjalanan syarikat milik Tan Sri Ilyas, Berwaja Holdings. Sebuah syarikat pembinaan sebagai perniagaan utama dan perniagaan sampingan yang lainnya.

Cuma bila Iman sudah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksklusif syarikat 5 tahun lepas, Iman mintanya agar mengundur dan fokus hanya kepada keluarga. Dia setuju kerana itu memang impiannya. Untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tapi Tan Sri Ilyas punya pendapat berbeza. Dia minta supaya Alia dan Iman sentiasa duduk berbincang berdua. Dan setiap kali ada mesyuarat ahli lembaga pengarah, Alia perlu hadir. Dan diberikan kuasa veto dalam apa-apa keputusan.

Mulanya mendapat tentangan dari Puan Sri Kalsom adik beradik Iman. Tapi, lama-kelamaaan, mereka hanya biarkan. Itu pun setelah disogok dengan wang yang banyak dari Tan Sri Ilyas.

"Alia penat?" Tanya Tan Sri Ilyas.

Alia senyum.

"Pergilah bercuti. Papa sponsor. Fully sponsor. Pergi solo. Just be with yourself. Your me time. Anak-anak, pandailah Iman nak jaga. Anak dia juga. Mak Lin, Mak Yah. Ramai boleh tolong jaga." Tawar Tan Sri Ilyas.

"Bercuti yang paling bahagia bila dengan keluarga. Tapi, nanti Alia bincang dengan Iman cadangan papa tu. Sound good too." Balas Alia.

"Alia, dengar cakap papa. You need a break. From everything. Everyone." Kata Tan Sri Ilyas sambil menepuk-nepuk belakang tapak tangan Alia.

Alia angguk.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now