Alia buat keputusan untuk berdepan dengan Azwa. Dia ingin bertanyakan tentang hal ini. Biar semuanya jelas. Dia tak nak terperangkap dalam serkap jarang.
Alasan dia, mahu bincang tentang pertandingan menari yang diperkatakan oleh Azwa. Dan itu adalah salah satu agendanya. Walaupun Iman melarang, tapi, dia mahu tau apa kelebihan yang bakal Dahlia perolehi jika dia bertanding.
Alia sampai di kafe yang dijanjikan. Kafe yang dekat dengan rumah Azwa. Tapi Azwa masih belum sampai. Jadi, dia hanya duduk menunggu bersama secawan kopi.
5 minit menunggu, Azwa masih belum tiba. Walhal, dia sudah menghantar mssej sebel dia masuk ke dalam kafe. Dan Azwa membalasnya.
Alia sememangnya tak betah menunggu. Dia memandang jamnya dan berkira-kira mahu keluar. Balik.
Baru saja dia mahu bangun dan beredar, Azwa masuk ke dalam kafe. Dia duduk semula. Memerhati saja langkah Azwa mendekatinya. Dengan hanya berseluar track dan sweater berhud, dia tetap kelihatan seksi dan menawan. Walaupun tanpa secalit make up pun.
"Dah lama ke tunggu? Masa Alia kata dah sampai tadi, Azwa baru nak siap-siap." Balas Azwa sambil ketawa halus. Dia duduk dengan tenang didepan Alia.
Alia menarik muka. Dia tak suka orang seperti Azwa. Mementingkan diri sendiri. Sepatutnya, sejak dia bergerak dari rumahnya, Azwa dah bersiap. Bukannya dia tak bagitahu.
"So, apa keputusannya?" Tanya Azwa.
"Alia rasa, Dahlia baru je belajar menari. Tak sampai 2 bulan pun. Tak awal sangat ke untuk dia masuk competition? Lagipun, tarikh competition tu, cuma tinggal seminggu. Dan dia pun tengah sibuk dengan pertandingan pidato dekat sekolah dia. Azwa yakin dia boleh menang? Dia boleh manage?" Tanya Alia.
Azwa ketawa halus.
"Apalah Alia ni. Masuk competition bukan just untuk menang. Menang tu rewards. Lebih untuk bagi dia experience. Ada exposure dalam bidang ni. One day, mana lah tau. Rezeki dia dalam bidang ni." Jawab Azwa.
Alia geleng.
"Sia-sia kalau masuk bertanding tapi tak nak menang." Balas Alia.
"Come on, Alia. Ini peluang. Dahlia ada potensi. Ada talent dalam bidang ni. Dia boleh pergi jauh. Jangan sekat minat dia." Pujuk Azwa.
Alia geleng.
"Please Alia. Bagi Dahlia peluang." Rayu Azwa.
"Bagi Dahlia peluang atau bagi Azwa peluang untuk rapat dengan Iman?" Tanya Alia.
Azwa terkedu seketika. Kemudian, dia ketawa.
"Apa Alia ni. Tak baik tuduh Azwa macam tu." Katanya dan kemudian menyambung tawa sumbangnya. Untuk menutup rasa terkejutnya.
"So, betul Azwa just nak bagi Dahlia peluang? Betul, Azwa tak ada maksud tersembunyi? Betul Azwa tak ada hati pada Iman?" Tanya Alia. Tegas.
Azwa diam seketika. Langsung tak berkutik. Tepat memandang Alia.
"Kalau betul tak, okeylah." Sambung Alia. Dia bangun dan ingin meninggalkan Azwa.
"Azwa memang dah jatuh cinta pada Iman. Dan Azwa yakin, Iman pun rasa perasaan yang sama. Jadi, Alia tolong restu hubungan kami. Dan jangan jadi penghalang antara kami. Bagi ruang dan peluang untuk kami menyemai rasa cinta ini." Tanpa rasa bersalah, Azwa menyuarakan hasrat hatinya.
"Betul Azwa mahu Iman?" Tanya Alia. Berpaling menghadap Azwa.
Azwa angguk.
"Betul Azwa nak goda Iman?" Tanya Alia sekali lagi.
Azwa angguk.
Alia berpaling semula dan terus berjalan menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...