"Mama rasa, Iman dengan Alia tu tengah bergaduh." Kata Puan Sri Kalsom sambil meletakkan cawan yang berisi kopi ke piringnya semula. Dia memandang dua orang wanita didepannya.
"Nah pun rasa. Kalau tak, dorang tu asyil berkepit saja. Macam, dorang sajalah pasangan paling bahagia dekat dunia ni." Sokong Aznah.
Puan Sri Kalsom angguk.
"So, Azwa. This is your time. I tengok macam besar sangat masalah dorang tu. Sampai Iman tak makan dekat rumah. Balik pun dah tengah malam. Sarapan pun tak." Kata Aznah kepada Azwa disebelahnya.
"Maybe Iman sibuk kot." Balas Azwa. Tak mahu mempercayai tanggapan dua wanita yang selalu menemaninya itu.
"I kenal anak I. Macam mana dia sibuk pun, family is his priority. Ini mesti ada something wrong. Dia, takkan biar Alia macam tu je. Alia pun tak hantar dia ke kereta macam selalu. Muka Alia pun, tak berseri macam selalu. I bet, mesti dorang tengah perang besar." Sangkal Puan Sri Kalsom.
"Haah. Iman, sibuk macam mana pun, dia mesti tunggu Alia. Mesti akan dulukan Alia. Apa-apa pun, Alia. Alia. Alia. Alia." Sokong Aznah. Menyakinkan Azwa yang sudah lama berpatah arang dengan Iman sejak Iman menolaknya mentah-mentah.
"Ini peluang ni." Sambung Aznah.
"Betul. Inilah time untuk kita betul-betul pisahkan dorang. Biar Iman dan Azwa bersatu." Sokong Puan Sri Kalsom.
"Betul, ma. Mama ada Idea?" Tanya Aznah.
Dua mata memandang Puan Sri Kalsom. Dengan pandangan yang berbeza.
"Why don't, kita buat party? I invite Azwa as a special guest. Nanti, you melekatlah dengan Iman. Lelaki. Time macam ni, they need someone to talk to. Masa macam ni lah, you nak cucuk jarum. Tunjukkan you care about him." Cadang Puan Sri Kalsom.
"Tak payah buat party ma. Penatlah. Nanti, I yang kena manage semua tu. Alia bukan nak tolong I apa-apa sekarang ni." Tolak Aznah.
"Eh. Apa you susah nak buat pula. Azwa kan kerja dengan company yang manage event. You sub je dekat dia. Dia buatlah semua. You bayar je." Balas Puan Sri Kalsom.
"Haah. Boleh." Aznah memandang Azwa.
"Tapi, I nak percentage. I give you job, I nak commission." Sambung Aznah.
Azwa senyum.
"Itu cerita lain. Sekarang ni, apa reason untuk party tu? You know your father in law. Everything mesti ada sebab yang munasabah." Kata Puan Sri Kalsom.
"Kenduri kesyukuran. Kan baru-baru ni, Saleh dah ada kerja. Intan pun sama." Kata Azwa. Memberi cadangan.
"Apa nak bangga Saleh kerja? Kerja cabuk. Bukannya CEO ke apa ke. Intan pun, bukan kerja pun. Buat charity. Huh." Cebik Puan Sri Kalsom.
"Charity apa. Duduk rumah sakit jiwa." Kata Aznah sambil mentertawakan Intan. Galak.
Puan Sri Kalsom memandangnya tajam.
"Mulut you memang tak boleh simpan rahsia ke? Nak I cili mulut you tu?" Marah Puan Sri Kalsom.
"Ala ma. Dengan Azwa je pun. Nak malu apa? Dia pun bakal menantu mama juga." Pujuk Aznah.
Azwa kerut dahi.
"Intan bukan kerja. Intan buat rawatan sakit mental." Bisik Aznah.
Bertambah kerut dahi Azwa.
"Tapi...." Azwa diam. Teringat perjanjian yang ditandatanganinya sebelum diterima bekerja. Dan dia teringat wajah berang Aza.
"Tak ada tapi. Kitorang saja reka cerita yang Intan buat kerja charity. Supaya family tak malu." Kata Aznah. Masih berbisik.
Azwa memandang wajah Puan Sri Kalsom. Meminta kepastian.
Puan Sri Kalsom senyum senget sambil menarik nafas panjang. Kemudian, barulah dia angguk. Mengiyakan kata-kata Aznah.
Azwa makin keliru. Tapi dia tak mahu mengatakan apa-apa. Dia takut disaman. Dan lebih pada dia takut sekiranya ada sesuatu yang dirancang oleh Alia dan Aza yang melibatkan dua orang perempuan ini.
Aza punya berang, lebih menakutkan dari hantu.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...