TR36

4.8K 165 17
                                    

Azwa melakukan rutin harian Alia. Baru setengah hari, dia sudah merasa memgantuk. Sangat membosankan.

Awal pagi siapkan anak-anak. Kemudian, selepas Dahlia dan Mikail ke sekolah, dia kena uruskan Indah pula. Belum siap uruskan Indah, Tan Sri Ilyas dah panggil. Terpaksa dengar rungutannya kerana lambat.

Sakit juga hati bila dibandingkan dengan Alia. Mestilah Alia bagus. Sudah berapa tahun Alia buat kerja yang sama sedangkan dia baru mula hari ni. Tapi dia cuba bersabar.

Dia mahu memenangi hati Tan Sri Ilyas. Dia tahu betapa besarnya pengaruh Tan Sri Ilyas dalam hidup Iman. Sekiranya dia mampu mendapatkan perhatian dari Tan Sri Ilyas, dia yakin, Iman pasti tak akan menolaknya lagi.

Usai membaca akhbar untuk Tan Sri Ilyas, Indah menangis. Terpaksa dia bekejaran balik ke rumah. Sebaik Indah tidur, dia turut sama tidur. Tugas suri rumah yang langsung tak mencabar. Bosan dan memenatkan.

"Cik Azwa, tan sri panggil." Suara Kak Lin mengejutkannya dari lena.

"Nak apa?" Tanya Azwa. Kasar. Pantang betul dia bila tidurnya diganggu.

Kak Lin angkat bahu. Riak wajahnya sedikit berubah. Bukan dia sengaja mahu mengejut Azwa. Tan Sri Ilyas yang memintanya memanggil Azwa. Lagipun, urusan rumah induk belum selesai. Azwa sudah tidur.

Kak Lin makin rindukan Alia. Hidupnya mudah bila dengan Alia. Sedikit tambah kerja bila Alia pergi digantikan dengan Aza. Tapi dia tak kisah. Sebab Aza baik. Cakap pun sopan. Minta tolong dengan baik. Jadi, dia tak kisah untuk menolong.

Tapi sejak Azwa datang ke rumah ini beberapa hari yang lalu, kerjanya bertambah-tambah. Semua kerja yang biasanya dilakukan Alia, disuruhnya dia buat. Dahlah mengarah. Lambat sikit kena marah. Salah sikit diherdiknya.

Allah. Kalau tak sebab Alia dan Aza mintanya bersabar, mahu dia keluar dari rumah ini. Dan hanya akan kembali bila Alia balik dari bercuti.

Tak tahulah macam mana Iman boleh terjatuh hati dengan Azwa. Mujur Alia tu sabar. Kalau dia ditempat Alia, mahu diganyangnya perempuan ini. Biar lumat. Biar dia jauh dari keluarga ni. Dia pun pelik kenapa Alia diam saja. Sama ada terlalu baik atau terlalu bodoh. Dia pun tak tahu.

Bukan dia mahu memasuk campur urusan rumahtangga Alia dan Iman, tapi, dia nampak Alia menangis. Alia bercerita dengannya apa yang terjadi. Terutama bila Alia dengar orang-orang gaji dirumah induk bersimpati dengan nasibnya.

Entah siapa yang menyebarkan berita itu. Dia sendiri tahu bila Alia yang bercerita. Jika tidak, dia langsung tak tahu. Dia pun bukan mesra sangat dengan pembantu rumah di rumah induk tapi dia ada nasihatkan mereka supaya diam dan tak bercerita hal ini kepada sesiapa. Langsung. Hal rumah, biarlah habis dirumah. Jangan dibawa keluar.

"Tepilah Kak Lin. Nanti I lambat, tan sri bising lagi." Dan Azwa terus menepis Kak Lin. Mujur Kak Lin berbadan tegap. Jika tidak, pasti jatuh.

Azwa berlari anak menuju ke rumah induk. Dia segera mencari Tan Sri Ilyas. Bertanya kepada pembantu rumah yang sedang membersihkan ruang tamu.

"Di garden." Balas Neng Yatimah.

Azwa segera berlalu ke laman tepi rumah. Dia melihat Tan Sri Ilyas sedang memberi makan kepada ikan di kolam. Dia segera mendekati sambil membetulkan pakaian dan rambutnya.

"Tan Sri cari saya?" Tanya Azwa.

Tan Sri Ilyas memandang ke arah Azwa. Dia mengerutkan dahinya.

"Kau nak ikut aku pakai macam ni, ke?" Tanya Tan Sri Ilyas.

Azwa mengerutkan dahinya pula. Dia membelek tubuhnya sambil berfikir ke mana arah tujuan mereka. Dia cuba mengingatkan perbualan mereka berdua pagi tadi.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now