TR34

4.5K 165 0
                                    

"Hang bila nak balik, weh? Penatlah duduk dalam rumah hang ni. Tak habis-habis gaduh. Tak habis-habis nak cakap pasai harta. Macam tak ada tajuk lain. Hak lah. Apalah. Macam mana weh ampa boleh tahan?" Rungut Aza.

Alia ketawa.

"Syukur weh. Syukur. Bukan aku kat tempat ang. Kalau dak, mau bercerai berai dejgan Iman. Tak tahan." Sambung Aza.

"Ala... Buat tak dengaq ja." Balas Alia dan menyambung kembali ketawanya.

"Nak buat tak dengaq lagu mana? Kalau tengah makan, duduk saja-saja. Asyiklah duk cakap pasai harta. Hai... Tak sanggup weh. Ini duk fikir ampa ja ni. Kalau dak, aku balik dah. Tinggai p anak-anak ang. Ampa sedap bersuka ria, aku yang seksa." Rungut Aza lagi.

"Sabaq sat ja. Aku tengah doa banyak-banyak ni. Bagi hang bertemu jodoh. Bagi ang keberkatan usia. Biaq ang cantik dan ceria sampai hujung nyawa." Doa Alia.

"Aamin. Doa orang bermusafir tanpa hijab. Makbul." Balas Aza.

"Lebih makbul lagi bila doa di Tanah Haram." Balas Alia pula.

"What? Jangan kata ampa kat Mekah. Kejam weh. Aku nak p sana." Rengek Aza.

"Sat."

Tak lama kemudian, berdentam dentum bunyi mesej WhatsApp masuk ke telefon Aza. Dia memandang. Membuka gambar-gambar yang dihantar Alia.

"Huwaaaa... Ampa kejam. Macam mana trip ke Europe boleh melencong ke Timur Tengah?" Rengek Aza.

Dia terlalu inginkan ke sana. Kata orang, tempat situ tenang. Dia mahu rasakan ketenangan itu. Dia mahu rasa berada dibumi para Anbiya. Dia mahu menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Mahu berdoa depan kiblat. Dia mahu lakukan semuanya. Seperti para jemaah yang lain.

"Unplanned. Tiba-tiba Iman tanya. Iman kata, why not? Aku balas balik, why not. So, we book ticket to Jeddah. And hey. Here we are." Jawab Alia dengan gembira.

"Lepas ni, nak p mana pula?" Tanya Aza.

"Baliklah. Aku kesian kat ang. So, hang tau dah? Tak mudah jadi menantu Tan Sri Ilyas, kan? Tapi kalau hang rasa nak gak ganti tempat aku, silalah." Jawab Alia.

"Taubat lahom, tak mau." Kata Aza dan ketawa.

Entah macam mana tiba-tiba datang idea. Dia segera meminta izin dari Alia untuk menamatkan perbualan mereka. Dan dia segera ke bilik Azwa.

"Azwa, boleh tolong I tak?" Tanya Aza.

Azwa angkat kening tanpa menjawab soalan Aza.

"I minta jagakan budak-budak tu kejap. Hari ni dengan esok saja. Tapi lepas tu, I nak minta kita sama-sama jaga mereka sampai Iman dan Alia balik. Boleh tak?" Tanya Aza.

"Of course lah boleh. Anak-anak Iman, anak-anak I juga." Balas Azwa. Teruja.

Aza senyum.

Dia kemudian berlalu ke tempatnya semula. Dia mahu lihat. Dia rasa seminggu. Seminggu lagi Alia dan Iman akan balik. Dia mahu lihat, mampukah Azwa menjaga anak-anak Iman dan Alia. Mampukah dia berhadapan dengan kerenah keluarga Tan Sri Ilyas.

Bukan mahu menguji tapi nak Azwa rasa apa yang dia rasa. Rasa syukur tak berkahwin dengan Iman.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now