"Alia bukan tak percaya, pa. Tapi, itu hak dia nak jatuh cinta pada Iman. Yang penting, bukan Iman." Kata Alia bila Tan Sri Ilyas mengemukakan cadangan supaya memberhentikan Dahlia dari kelas menari.
Alia tak mahu Dahlia berhenti menari hanya kerana Azwa cuba memikat Iman. Lagipun, Iman bukan selalu pergi jemput Dahlia. Sekali sekala. Itu pun, sebab terpaksa. Bukan Iman pergi tawar diri.
Jadi, dia tak nampak sebab perlu berhentikan Dahlia dari kelas menari. Sudahlah susah mahu jumpa seseorang yang sanggup jadi personal trainer. Kebanyakan akan mengajar secara berkelas. Ramai. Tak beri tumpuan hanya untuk Dahlia.
Walaupun ianya hanya aktiviti hobi, tapi, dia nak Dahlia jadi terbaik. Maka, dia perlu berikan yang terbaik.
"Alia pasti Iman tak rasa apa-apa?" Tanya Tan Sri Ilyas.
Alia memandang Tan Sri Ilyas. Tajam.
"Papa tanya je. Alia pernah tanya Iman?" Tanya Tan Sri Ilyas lagi.
Alia geleng.
Tak pernah terlintas nak bertanyakan soalan ini pada Iman. Dia percayakan Iman. Terlalu percayakan Iman.
"The person that we trust can protect us is the person that will hurt us even more." Kata Tan Sri Ilyas sambil berlalu.
"Pa, apa maksud papa? Papa tau sesuatu?" Tanya Alia sambil mengejar langkah Tan Sri Ilyas.
Tan Sri Ilyas hanya menjongketkan bahu.
"Please pa. Papa mesti tau something. Tell me, pa. Jangan buat Alia macam ni." Rayu Alia.
"I'm just saying. Nothing more." Balas Tan Sri Ilyas.
"No. You know about this. Perfectly know." Bidas Alia.
"If I tell you, will you believe me? No, right? Alia lebih percayakan apa yang Alia nak percaya. So, what's the point?" Balas Tan Sri Ilyas.
"Pa...."
"Listen to your son. He know even more then you. And his guts is good too." Kata Tan Sri Ilyas dan terus buat Alia terpaku.
Mula memikirkan kata-kata Mikail. Iman sendiri mengaku yang Azwa sukakannya. Tapi, kenapa dia tak rasa semua tu?
Tiba-tiba dia teringat mimpinya. Mimpi yang datang berkali-kali. Sejak sebelum kemunculan Azwa lagi.
Adakah mimpi itu bakal jadi kenyataan?
Alia geleng.
Tak. Tak. Aku tak boleh hilang Iman dan anak-anak. Mereka hak aku. Milik aku. Yang Allah anugerahkan kepadaku.
Allah, tetapkan lah apa yang telah menjadi milikku. Tambahkan perasaan cinta kami suami isteri. Agar kami tak terpesong dari jalan-Mu. Agar dia tetap milikku seorang sehingga akhir nyawa kami. Begitu juga aku. Aamin.
'Alia, doa je tanpa usaha tak akan jadi apa-apa. Do something, Alia.' Bisik hati Alia.
Alia binggung. Dia tak tahu nak buat apa. Semuanya kabur. Semuanya masih tak jelas. Semua ini, masih serkap jarang.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...