TR 33

4.8K 186 5
                                    

"Acik, bila bapa dan bonda nak balik? Dahlia rindu la. Bila tanya bonda, bonda kata, bagi lah bonda rest. Tanya bapa pun sama." Tanya Dahlia.

Aza diam. Dia sendiri tak tahu nak jawab apa. Iman janji 3 minggu tapi ini sudah sebulan. Dan Iman tak ada kata apa-apa pun bila dia mahu pulang. Alia juga.

"Biarlah bonda dan bapa rest. Paling perlu rest, bonda. Kakak tak nampak ke muka bonda bila facetime dengan kita? Happy je." Balas Mikail.

"Bonda tak rindu dekat kita ke macam kita rindu dekat bonda?" Tanya Dahlia.

"Kalau bonda dan bapa tak rindu, takkan dorang facetime dengan kita hari-hari." Jawab Mikail.

"Mana nak sama. Kakak rindu pelukan bonda. Bau bapa." Kata Dahlia.

"Kak, bonda tu tak pernah bercuti berdua dengan bapa. Asyik uruskan kita, Tok Pa, Tok Ma. Uruskan rumah kita, rumah Tok Pa. Biarlah bonda berehat. Tenangkan diri dia. Puas-puas. Lepas ni, bila bonda balik, nak berdepan semula dengan semua benda. Biar bonda rest dan refresh." Kata Mikail.

"Betul tu. Tok Pa sokong kata Mika." Kata Tan Sri Ilyas yang baru turun dari biliknya.

"Macam penat sangat kerja dia. Duduk rumah je pun. Tu tak ada lain, nak habiskan duit lah tu." Kata Aznah yang juga baru tiba diruang tamu. Dia mencemik.

"Mak Long pun bukan buat apa pun. Pergilah bercuti. Bagi tenang sikit otak tu. Tak adalah asyik nak merungut saja." Balas Mikail.

Dahlia menyiku Mikail. Aza menutup mulut Mikail sambil tunduk pada Aznah tanda minta maaf.

"Bonda kau tak ajar ke? Ini baru bonda kau tak ada sebulan, dah pandai melawan Mak Long. Nanti bonda kau balik, aku adu kat bonda kau. Biar dia ajar kau." Balas Aznah.

"Mak long yang ajar Mika jadi macam ni. Kalau bonda dan bapa, dia ajar Mika jadi sopan dan hormat semua orang. Tapi Mak long layan bonda buat Mika hilang hormat pada Mak Long." Balas Mikail laju.

Sekali lagi Aza menutup mulut Mika.

"Mika, tak baik. Bonda pesan apa?" Tanya Aza.

"Betul apa Mika cakap tu. Kepimpinan melalui tauladan. Hormat tu bukan datang sebab umur tapi peribadi. Memang patut pun budak pun tak hormatkan kau. Perangai macam apa saja." Sokong Tan Sri Ilyas.

"Abang Aidil. Dahlia minta maaf. Mika ni kadang-kadang mulut tak boleh nak kawal." Dahlia mendekati Aidil yang baru keluar dari bilik belajarnya.

Mikail juga mendekati Aidil. Dia menjengkit dan berbisik sesuatu ditelinga Aidil.

Aidil senyum dan menggosok kepala Mikail. Kemudian, dia memeluk bahu Mikail dan beriringan berjalan ke ruang makan.

"Mika bisik apa?" Tanya Dahlia yang juga turut ikut mereka ke ruang makan.

"Shhh." Mikail mengisyaratkan untuk mereka diam bila orang-orang dewasa masuk ke ruang makan.

"Jom, Mika." Ajak Aidil.

"Nak pergi mana, Aidil? Jangan nak main saja. Study. Jangan jadi macam dorang. Dorang tu tak apalah. Bodoh macam mana pun, mak bapa dorang kaya. Boleh tanggung dorang study sampai oversea. Kita ni makan saki baki sisa dorang saja." Kata Aznah.

Aidil dan Mikail terpaku. Tal tahu sama ada mahu mengikut kata Aznah mahupun meneruskan rancangan mereka. Mereka memandang Tan Sri Ilyas. Meminta pandangan dan simpati.

"Jangan melampau sangat, Nah. Papa bagi sama rata. Tapi laki kau tu yang tak pandai nak ambil peluang yang papa bagi. Don't blame other from your stupidity." Tegur Tan Sri Ilyas.

"Papa mana pernah betul kalau Nah yang cakap. Semua Alia saja betul. Apa yang Iman buat, Alia buat, semua betul. Kalau Nah ke Saleh buat, salah saja dimata papa." Balas Aznah.

"Mika, Dahlia, Aidil, pergi keluar. Nak main ke apa ke. Jangan peduli dengan mama kamu ni. Tok Pa bagi kebenaran." Arah Tan Sri Ilyas.

Aidil, Mikail dan Dahlia segera keluar dari ruang makan sebelum Aznah bersuara melarang. Mereka berlari keluar terus dari kawasan rumah induk menuju ke rumah Iman dan Alia.

"Aidil tu anak saya. Saya yang tentukan apa yang dia boleh buat dan tak." Tegas Aznah.

"Kau tu menantu aku. Suami kau tu, anak aku. Kau duduk dekat dalam rumah aku. Kalau kau tak suka, keluar dari rumah aku. Sehelai sepinggang. Saham Saleh pun, aku akan tarik dan semua duit belanja yang aku bagi selama ni, aku tarik balik." Tegas Tan Sri Ilyas. Namun, nadanya bersahaja.

"Erm... Saya keluar dululah." Aza meminta diri. Dia tak mahu masuk campur dalam urusan keluarga ini.

Bertambah rasa bersyukur jodohnya bukan dengan Iman. Kalau tidak, mahu hari-hari bergaduh. Tak sanggup.

"Papa memang tak adil. Ingat, pa. Aidil pun cucu papa. Cucu lelaki sulung papa. Dia berhak atas semua harta papa. Saleh pun anak lelaki sulung papa. Dia lebih berhak atas semua ni." Ugut Aznah.

"Jangan mimpi. Kalau bukan Iman dan Alia, aku akan wakafkan semua harta ni kepada baitulmal. Pandai-pandailah korang nak hidup. Sekurang-kurangnya, aku ada saham akhirat yang aku bawa." Balas Tan Sri Ilyas.

"Dah tu, you nak anak cucu you hidup merempat? I? I ni, you nak biarkan I macam tu je?" Tanya Puan Sri Kalsom yang dari tadi hanya diam.

Dia memang selalu diamkan pertelingkahan antara menantu dan suaminya itu. Namun, kali ini, dia tak mampu diam. Dia mahukan kepastian.

"I dah bagi you kemewahan. You yang tak pandai nak menyimpan. If something happen to me, Iman dan Alia akan dapat semuanya. Terpulang kepada mereka nak agihkan macam mana. Dan wasiat I tak boleh dicabar. If and only, Alia dan Iman tak ada, semua harta ni, akan diwakafkan ke baitulmal. Dan sekiranya Alia dan Iman bercerai, harta-harta ni semua pun akan diberikan kepada baitulmal." Balas Tan Sri Ilyas.

"And I don't care kalau anak cucu, isteri I duduk merempat. I dah bagi didikan. Terpulang mereka. I don't care!" Kata Tan Sri Ilyas sambip menepuk meja makan. Kuat.

Dia kemudian bangun dan terus naik ke biliknya.

Dia buat semua ini demi menjaga hubungan Alia dan Iman. Anak menantu yang paling dia sayang. Bukan pilih kasih tapi mereka patut disayangi, dilindungi dan diberikan kehormatan. Mereka layak.

Oleh itu, dia ubah wasiatnya. Kalau dulu, dia berikan sama rata antara isteri dan anak-anaknya. Kini, dia berikan semuanya kepada Iman dan Alia. Dia yakin dan percaya, Iman dan Alia boleh kembangkan harta yang dikumpulnya selama ini dan tak akan mengabaikan kebajikan ahli keluarga yang lain. Terutama Alia.

Dia sangat yakin dengan ketegasan Alia. Dan dia yakin dengan kelembutan hati Alia.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now