"Kenapa Auntie Azwa ada kat sini? Mika rasa, kita ada perjanjian." Tanya Mikail sebaik masuk ke dalam rumah induk.
Dahlia menyiku Mikail. Dia mendekati Azwa dan menghulurkan salam. Tanda hormat. Dahlia menarik Mikail untuk bersalaman dengan Azwa.
"Ingat bonda." Kata Dahlia saat Mikail menolak. Terus saja Mikail menyalami tangan Azwa dan dicium tangan itu. Seperti apa yang diajar oleh bonda dan bapanya.
"Mak Long yang panggil Auntie Azwa datang. Kenapa? Tak puas hati? Ini rumah Mak Long juga. Suka hati Mak long nak buat apa pun. Siapa pun yang Mak Long nak jemput." Kata Aznah yang baru turun ke ruang tamu.
"Tak apalah. Mika balik dulu. Tak suka nak tengok orang mungkir janji. Munafik." Kata Mikail dan terus berlalu. Balik ke rumahnya.
Tersentak Azwa. Tak sangka dia akan dituduh sebagai munafik oleh seorang kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun.
"Minta maaf, cikgu. Mika tu ada masa memang macam tu. Nanti, Dahlia tegur dia." Pinta Dahlia dan terus mengikut langkah Mikail. Terbantut niat mereka yang mahu berjumpa dengan Aidil.
"Mika tu memang macam tu. Biadap. Perangai sama macam mak bapa dia. Mak bapa tak reti nak didik anak. Macam tu lah." Kata Aznah.
Aidil yang kebetulan keluar dari biliknya terus menundukkan kepalanya bila mendengar kata-kata mommy nya. Digelengkan juga kepalanya. Dia buntu. Siapa yang tak pandai didik anak.
Dia tak pernah dididik oleh mommy nya. Bonda dan bapa yang banyak mengajarnya. Selebihnya, dia belajar disekolah. Tentang adab dan sopan. Tentang dosa dan pahala. Mana yang baik dan buruk. Mommy dan daddy nya hanya berikan dia duit dan pakaian yang elok. Langsung tak pernah ambil peduli tentangnya.
Yang mereka peduli, keputusan peperiksaannya. Jika baik, akan dipuji melambung. Jika tidak, akan dituduhnya malas dan banyak main. Dan akhirnya, bonda akan disalahkan.
Berlainan dengan bonda. Bonda yang berikannya kasih sayang. Cuma, bila dia sudah baligh, bonda tak lagi memeluknya seperti dulu. Tapi, bonda selalu mengambil berat tentangnya.
"Aidil." Tegur Tan Sri Ilyas bila melihat Aidil kaku didepan pintu biliknya.
"Kenapa bonda bukan ibu kandung Aidil?" Soalan itu keluar dari mulut Aidil tanpa sengaja.
Tan Sri Ilyas senyum pahit. Dia memeluk cucunya itu. Dia faham apa yang Aidil rasa. Dia lihat bagaimana cucunya itu dibesarkan. Diam Aidil bukan kerana dia seorang pendiam tapi kerana dia menyimpan pelbagai perasaan didalam.
Mahu diluahkan, ibu dan bapa kandungnya sendiri. Membuka aib orang tua sendiri. Jadi, dia telan semuanya. Menjauhkan diri. Mengasingkan diri.
Bila Dahlia dan Mikail sudah besar, barulah dia nampak perubahan Aidil. Barulah dia lihat keceriaan diwajah cucunya.
"Jom ikut Tok Pa. Kita keluar." Ajak Tan Sri Ilyas.
"Boleh ajak Mika dan Dahlia?" Teruja Aidil bertanya.
Tan Sri Ilyas menggeleng.
"Let's have men to men talk." Balas Tan Sri Ilyas.
Aidil angguk dan berjalan beriringan dengan Tan Sri Ilyas ke garaj kereta.
"Tok Pa selalu nak ada man to man conversation dengan daddy Aidil. Tapi, tak pernah ada kesempatan. Masa daddy membesar, Tok Pa tengah busy dengan business. Tak ada masa nak luangkan dengan daddy. Sebab tu, daddy Aidil jadi macam tu. Sebab Tok Pa spoilkan dia dengan duit. Aidil beruntung. Tak macam daddy. Aidil ada bapa dan bonda. They take care of you like their own baby." Kata Tan Sri Ilyas.
Aidil hanya mendengar. Tak mahu menyampuk.
"Daddy Aidil nak apa pun, Tok Pa bagi. Dia buat apa pun, Tok Pa dan Tok Ma tak pernah larang. Kami sentiasa percayakan dia. Bulat-bulat. Tak siasat apa pun. So, he been so spoil. Sampaikan siapa calon isteri dia, kami terima. Tanpa siasat asal usul dan budi pekerti dia." Sambung Tan Sri Ilyas.
"Kalau Aidil nak salahkan mommy dan daddy, Aidil kena salahkan Tok Pa sebab tak didik anak betul-betul. Tak pilih menantu betul-betul. Sampai Aidil lahir, Tok Pa tak tegur pun cara dorang didik Aidil." Sambung Tan Sri Ilyas lagi. Dia diam seketika. Rasa menyesal dan kesal.
Nasi sudah jadi bubur.
"Tapi, Tok Pa syukur sangat bila bonda datang dalam keluarga kita. Tok Pa tengok bonda jaga Aidil. Dia sayang Aidil. Masa dia mengandung, Tok Pa risau. Takut dia akan abaikan Aidil. Tapi, alhamdulillah. She take care of you as usual." Tan Sri Ilyas tersenyum senang. Bangga ada menantu seperti Alia.
"Tapi, bonda dah tak boleh peluk Aidil. Bonda dah tak boleh nak manjakan Aidil macam dulu-dulu. Masa Aidil masih kecil." Potong Aidil.
"Bapa ada, kan? Sebab tu kan Aidil setuju dengan idea Mika. Untuk pisahkan bapa dengan Azwa. Kan? Aidil takut, no one will cuddle you if bapa dan Azwa bersama. Kan?" Balas Tan Sri Ilyas.
Aidil tunduk. Dia angguk kemudiannya.
"Tau tak, bonda sangat marah?." Tanya Tan Sri Ilyas.
Aidil angguk.
"You know why she is so angry?" Tanya Tan Sri Ilyas lagi.
"Sebab tindakan tu melampau." Jawab Aidil.
"Bukan. Sebab dia tak nak anak-anak dia ada hati yang busuk. Dia tak nak anak-anak dia jadi seorang pendendam. Dia nak anak-anak dia jadi seorang pemaaf dan hati lembut. Sebab tu, bonda tak pernah tunjuk dia marah pada mommy walaupun macam-macam mommy buat dekat dia. Sebab dia nak anak-anak dia jadi macam dia. Pemaaf. Dia terima semua yang mommy buat pada dia. Sebab dia syukur. Dia ada keluarga. Walaupun mommy macam-macam dengan dia, dia tetap sayang dan hormatkan mommy." Balas Tan Sri Ilyas. Panjang.
Dia diam. Aidil juga.
Aidil memikirkan kembali apa yang dikatakan oleh Tok Pa nya.
"Tok Pa jangan cakap dekat bonda apa yang Aidil cakap dekat depan pintu tadi." Kata Aidil.
"Aidil cakap apa? Tok Pa dah tualah. Dah lupa. Apa ya?" Usik Tan Sri Ilyas. Dia ketawa.
Aidil turut ketawa. Dia tahu Tan Sri Ilyas hanya bergurau. Mana mungkin Tok Pa pelupa.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...