TR49

4.9K 193 17
                                    

"Eh. Abang Saleh. Masuklah." Jemput Alia. Dia memberi ruang untuk Saleh masuk.

"Tak apalah, Alia. Iman tak ada. Tak manis." Tolak Saleh.

Dia pun tak tahu kenapa dia datang ke sini. Yang dia tahu, hatinya runsing. Selepas pergaduhan besar dengan Aznah tempoh hari. Dia benar-benar tak betah untuk duduk di rumah itu. Apatah lagi sebilik dengan Aznah.

Dia malah tidur dibilik tetamu. Matanya sakit melihat Aznah. Tapi dalam masa yang sama, dia rindukan Aznah.

"Masuk je la. Bukan orang lain pun. Lagipun, Kak Lin ada. Bukan kita berdua saja." Jemput Alia lagi.

Saleh angguk dan membuka kasutnya.

Alia berjalan masuk ke dalam rumah. Mengarahkan Kak Lin untuk menghidangkan air dan kudapan untuk Saleh.

"Abang Saleh makan tengahari kat sini, ya?" Pelawa Alia. Dia duduk di ruang tamu bersama Saleh.

Saleh angguk.

"Alia dah siap masak ke?" Tanya Saleh.

Pelik bila lihat Alia duduk dengannya sedangkan Alia menjemputnya untuk makan tengahari. Dia tahu, Kak Lin tak buat kerja-kerja dapur. Memasak dan sebagainya. Kak Lin cuma ditugaskan untuk membersihkan rumah dan pastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Termasuk anak-anak. Kak Lin umpama ibu angkat cucu-cucu Tan Sri Ilyas.

"Kak Lin masak. Alia mana pandai masak." Balas Alia merendah diri.

Saleh kerut dahi. Tak percaya.

Alia perempuan dan isteri yang dipandangnua sempurna. Dia sentiasa merasakan Iman beruntung dapat Alia sebagai isteri. Seandainya dia masih bujang,  Alia pasti dijodohkan dengannya. Bukan Iman.

Tapi dia tak pernah iri hati dengan Iman. Apa pun, Iman tetap adik kandungnya. Dia sayangkan Iman dan Intan sama rata. Cuma, Aznah banyak mempengaruhi perilakunya. Demi menjaga hati Aznah, perempuan yang sangat dicintainya, dia sanggup lukakan hati semua orang-orang yang disayanginya. Termasuklah bapanya sendiri.

Saleh tunduk.

"Abang Saleh okey ke ni?" Tanya Alia. Pelik bila melihat Saleh tiba-tiba tunduk seperti air matanya akan menitis bila-bila masa.

Walaupun sebenarnya Alia tahu apa yang terjadi antara Saleh dan Aznah. Tan Sri Ilyas dan Aidil ada bercerita. Cuma, dia tak raaa dia perlu tanya. Dan dia yakin, Saleh ke sini kerana dia ingin bercerita.

Saleh mana ada kawan. Rutin hariannya banyak dirumah. Kalau keluar pun, dengan Aznah. Atau sekadar ronda-ronda sendirian. Saleh memang suka menyendiri. Lebih suka mengasingkan diri dari masyarakat.

Iman kata, itu memang perangai semulajadi Saleh. Kerana itu, dia tak hairan bila Saleh gagal untuk mengembangkan syarikat. Kerana asas dalam membina jaringan komunikasi dan pemasaran adalah interaksi sosial. Tanpanya, susah. Bukan tak boleh tapi susah untuk dia capai sasaran yang ditetapkan.

Saleh gagal untuk berkomunikasi dengan pekerja dalam menyampaikan sasaran dan strategi kepada pekerja. Dia pernah baca kertas cadangan yang dibuat Saleh. Ternyata bernas.

Dia pernah cadangakan agar Saleh diserapkan ke bahagian pembangunan perniagaan tapi bukan sebagai ketua. Tapi ditolak mentah oleh Iman. Kata Iman, abangnya tak perlu direndah-rendahkan. Tan Sri Ilyas juga setuju dengan Iman.

Mereka lebih sanggup lihat Saleh begini dari menggunakan bakat Saleh. Oleh itu, sekiranya Alia ada sesuatu idea baru, dia akan bercakap secara bersahaja. Bukan berbincang dengan Saleh tapi sekadar bercakap. Selalunya bila Saleh dan dia hanya berdua di satu-satu ruang didalam rumah induk. Sama ada Saleh akan membetulkan ideanya secara sinis ataupun, Saleh akan melontarkan idea secara bersahaja.

Yang pasti, Saleh kelihatan bijak tanpa Aznah. Dan akan nampak menyakitkan hati bila dengan Aznah. Dua karekter yang berbeza.

"Abang sayang semua orang. Abang sayang papa, mama. Abang sayang isteri dan anak abang. Abang sayang adik-adik abang. Anak-anak buah abang. Tapi, abang bukan macam Iman. Iman tahu apa dia nak. Iman tahu apa dia perlu buat. Abang tak tahu. Abang tak reti. Abang ikut saja apa yang Kak Nah kau suruh. Sampai satu tahap, abang sedar. Kak Nah kau dah melampau. Tapi, abang tak tahu macam mana nak buat. Abang tak tahu macam mana nak halang. Abang... Abang tak tahu." Setelah lama mendiam, akhirnya Saleh membuka cerita.

Alia diam. Memberi ruang untuk Saleh meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.

"Satu hari tu, abang terdengar Aidil cakap kat papa. Aidil tanya papa. Kenapa bukan Alia ibu kandung dia. Masa tu, abang rasa seperti ditampar. Pasti soalan yang sama Aidil tanya. Kenapa bukan Iman bapa kandung dia. Mesti dia kecewa ada mak bapa macam kami." Kata Saleh. Berjurai air mata lelakinya.

"Kesian Aidil ada mak bapa macam kami. Dari dia kanak-kanak, Aznah dah tekannya untuk belajar. Result is matter. Setiap kali abang nak spend time, main dengan Aidil, Kak Nah selalu marah dan suruh Aidil belajar. Abang pun, tak tahu nak bantah. Ikut saja. Sebab abang rasa, seorang ibu pastinya nak yang terbaik untuk anaknya. Sampai abang lupa. Aidil tu budak. Perlu dimanjakan. Perlu dididik. Perlu perhatian." Sambung Saleh.

Alia senyum segaris. Sebak melihat seorang lelaki menangis. Kerana sekiranya seorang lelaki itu menangis, pastinya kerana emosinya benar-benar rabak.

"Bapa apa abang ni, Alia? Anak sendiri nak kasih sayang, abang tidakkan. Abang langsung tak tahu cara nak jaga anak. Semua abang serahkan kepada Aznah. Walau abang rasa cara tu salah, abang biarkan. Suami macam apa abang ni, Alia? Langsung tak mampu untuk mendidik isteri abang. Abang biarkan dia yang tentukan hala tuju keluarga walaupun abang sedar tujuannya salah. Sedikit pun abang tak bantah. Ikutkan saja semua kemahuan dia." Sambung Saleh lagi.

Alia tetap diam. Matanya kemudian tertancap pada figura dibelakang Saleh.

"Iman selalu tegur abang. Abang faham apa Iman cakap. Abang faham semua tu tapi abang rasa rendah diri. Siapalah abang berbanding Aznah. Abang ni hidup pun papa tanggung. Iman dan Alia yang uruskan semua. Abang tahu, semua benda dah ada depan mata. Cukup bulan, elaun masuk. Makan pakai, semua dah tersedia. Berbanding dengan Aznah. Seorang pensyarah. Ada kerja dan career. Abang ni, apa yang ada?" Mengalir lagi air mata Saleh.

"Saleh ada papa." Tan Sri Ilyas yang dari tadi mendengar luahan hati anak sulungnya itu, menyampuk.

Saleh memandang papanya. Dia bangun. Memandang papanya.

Tan Sri Ilyas menghampiri dan kemudian memeluk tubuh anaknya. Ditepuk-tepuknya bahu Saleh. Berkali-kali.

"Semua harta yang papa ada ni, bukan boleh bawa mati pun. Semua ni, dapat kat anak-anak juga. Cuma, papa lagi percaya kalau Iman yang uruskan. Sebab tu, papa bagi semuanya kepada Iman. Papa yakin, Iman akan bagi kesenangan yang sama pada kamu dan Intan. Sama macam masa papa ada." Sambung Tan Sri Ilyas.

"Saleh langsung tak kisah pasal harta papa. Saleh tak nak pun. Tapi, Aznah hasut Saleh. Katanya kalau semua harta papa jatuh ke Iman, Saleh akan merempat. Akan dihalau dari rumah. Walaupun Saleh tahu, Iman tak akan buat macam tu, tapi Saleh risau juga. Mana anak dan isteri Saleh nak duduk kalau Iman halau kami dari rumah? Tapi bila Iman dan Alia keluar, Aidil diterima dengan baik disini, Saleh rasa selamat. Kalau Iman halau Saleh dari rumah pun, tak apa. Asalkan Aidil dijaga dan disayangi. Saleh tak kisah pasal Saleh, pa. Saleh cuma risaukan Aidil. Aidil satu-satunya harta yang Saleh ada." Berjurai air mata Saleh.

Alia menahan tangis. Namun, air matanya tetap mengalir. Tak sangka. Yang dia harap berubah. Yang lain yang berubah.

Dia dan keluarga keluar dari rumah mewah itu dan duduk di apartment ini supaya Aznah insaf. Biar dia sedar, kerja yang dia anggap mudah itu sebenarnya satu amanah yang berat tanggungjawab. Tapi ternyata, Aznah masih angkuh untuk akui kelemahannya. Masih rasa, dia uruskan lagi baik dari Alia.

Tok tok.

Alia segera ke pintu rumahnya. Dia melihat kelibat Intan. Segera dia buka pintu pagar dan mempersilakan Intan masuk.

"Abang. Papa." Dan tak semena, Intan datang menerpa. Memeluk kedua lelaki yang masih lagi berpelukan.

Intan meraung.

"Kenapa ni, Intan?" Tanya papa bila raungan itu makin kuat.

"Intan dah jadi janda."

Ternganga mulut kami bertiga.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now