TR61

7.7K 218 21
                                    

"Mana Iman?" Tanya Puan Sri Kalsom kepada Alia.

Alia geleng.

"Tak pandai jaga suami. Suami punyalah baik. You buat tahi. Entah apa you buat sampai Iman jadi macam tu." Kutuk Puan Sri Kalsom.

Alia diam.

"Iman pun satu. I dah cakap dah. You bukan perempuan yang baik. Tak nak dengar cakap I. Nak juga dengan you. I bagi Azwa. Yang cantik, muda, bergetah, baik hati. Tak nak. Nak juga perempuan jahat macam ni." Tambah Puan Sri Kalsom.

"Apa yang mama bebel ni?" Tanya Aznah. Manja.

"Ini ha. Iman tak ada. Tak balik lagilah tu. Entah mana dia pergi. Semua sebab perempuan ni." Puan Sri Kalsom menjeling Alia. Menunjukkan wajah tak puas hatinya.

"Ma, jangan marah-marah. Nanti berkedut muka you. Tak sempat nak rasa nikmat dunia. Dah mati." Kata Aznah.

"Mulut you..."

Aznah ketawa bila melihat Puan Sri Kalsom menjelingnya.

"Tapi kalau you mati cepat, I tak payah kongsi dengan you. I makan seorang." Sambung Aznah. Ketawanya makin kuat.

"Menyakitkan hati je you ni lah. Azwa mana? Apa yang dia sibuk sangat?" Puan Sri Kalsom berlalu. Meninggalkan Alia dan Aznah.

"Janganlah marah. Mama kan memang macam tu. Tapi, memang you tak pandai jaga suami pun." Kata Aznah sambil ketawa. Dia turut mengikut langkah Puan Sri Kalsom.

"Bonda..."

Aidil berdiri disebelah Alia. Wajahnya sedih melihat bondanya dihina oleh mommy nya sendiri. Dia tak mampu buat apa-apa.

Alia geleng.

"Alia, kenapa tu?" Tanya Saleh yang melihat Aznah bercakap dengan Alia sebelum dia berlalu dengan ketawa kuat.

Alia geleng sekali lagi.

"Mommy kata, bonda tak pandai jaga suami. Tok Ma pun sama." Adu Aidil.

"Aidil." Tegur Alia.

"Melampau betul." Kata Saleh dan mahu pergi berjumpa dengan Aznah.

"Biarlah. Kita tengah ada tetamu ni. Jangan buat kecoh." Tahan Alia.

"Tapi..."

Alia geleng.

Saleh mengeluh.

"Hoi perempuan gila!"

Terdengar suara Aznah menjerit. Tangannya sudah memegang pipinya. Intan berada didepannya. Sekali lagi, Intan menampar pipi Aznah.

Aznah mula berang dan bertindak menolak Intan. Cuba untuk memukul Intan tapi cepat saja Saleh datang dan memeluk Intan. Tangan Aznah mendarat ke belakang Saleh.

"Jangan you sentuh adik I." Saleh memberi amaran.

"Dia yang tiba-tiba tampar I. I just want to protect myself." Aznah membela dirinya.

"You bukan protect. Tapi you nak balas. It's call revenge." Balas Saleh.

"Whatever." Dan sekali lagi Aznah cuba untuk memukul Intan yang berada dibelakang Saleh.

"You tepi. Biar I tumbuk perempuan gila ni. Dah gila. Meroyan. Memang patut pun suami dia tinggalkan dia. Memang patut pun dia duduk dekat rumah orang gila!" Jerit Aznah bila dia penat cuba untuk menolak Saleh ke tepi supaya dia dapat mengganyang Intan.

Tetamu yang hadir sudah berbisik-bisik sesama mereka. Pelbagai komen yang mereka berikan.

Alia segera mendekati mereka. Menarik Intan jauh.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now