Alia memandang ke luar. Hujan yang menitis seperti menangisi mimpinya tadi. Seperti membetulkan apa yang dia mimpikan.
Dia pandang ke arah Iman yang sedang nyenyak tidur. Lama sebelum dia mengalih pandang ke luar. Hujan lebat membasahi bumi. Agar bumi tidak tandus dan gersang. Supaya esok pagi, semua isi bumi bangun dengan gembira. Kerana hujan memberikan mereka tidur yang lena.
Tapi tidak Alia.
Mimpinya tadi benar-benar mengganggu tidurnya. Bukan sekali tapi sudah berkali-kali dia mimpi perkara yang sama. Iman meninggalkannya.
Dia memeluk tubuhnya. Sekali lagi, dia memandang Iman.
Tak. Tak mungkin Iman akan meninggalkannya. Iman seorang yang menepati janji. Dia sudah berjanji akan bersama-sama mengemudi rumahtangga mereka hingga mati. Hanya mati yang bisa memisahkan.
"Sayang... Kenapa ni?" Iman memeluknya dari belakang. Dagu diletakkan dibahu Alia.
"Iman terjaga ke? Alia tak buat bising pun." Kata Alia.
"Bantal peluk Iman hilang. Mestilah Iman cari." Balas Iman.
"Alia tak boleh tidur." Kata Alia.
"Alia risaukan apa-apa ke?" Tanya Iman.
Alia angguk tapi masih berkira mahu menceritakan tentang mimpinya itu.
"Kenapa?"
Alia geleng.
"Tak nak share dengan Iman? Sejak bila ni?"
Alia tarik nafas dalam. Dia mengukir senyum. Dan memalingkan tubuhnya menghadap Iman.
"Don't worry. It wasn't something to bother." Balas Alia.
"Takkanlah. Kalau tidak, takkan Alia sampai tak boleh tidur. Let's talk about this. Ya, sayang." Iman membuka matanya sepenuhnya. Memberi tumpuan pada Alia.
Alia geleng. Dia kemudian menarik Iman ke katil.
Iman naik ke atas katil. Bersandar ke kepala katil. Alia kemudian baring diribaan Iman. Iman mengusap lembut rambut Alia.
"Alia banyak kekurangan. Kan, Iman?" Alia memulakan kata.
"Alia terlalu sempurna. Menyempurnakan hidup Iman." Balas Iman.
Alia geleng.
"Alia tahu banyak benda yang Alia buat yang Iman tak suka. Terima kasih, Iman sebab cuba untuk faham dan benarkan Alia buat semua tu." Kata Alia.
"Love is not changing the lover to meet your expectations, sayang. But, love is giving support and encouragement. Abang suka bila sayang happy. Abang bukan tak suka tapi abang tak nak sayang penat dan rasa terbeban. Tapi, kalau sayang suka dan happy dengan apa yang sayang buat, I'm okey with that." Balas Iman.
"Alia harap, benda ni bukan penyebab Iman beralih sayang pada Alia." Balas Alia.
Iman kerut dahi.
"Something happen? Did someone said something to you?" Tanya Iman.
Alia geleng.
"Then?"
Alia geleng lagi.
"Alia..."
"Alia cuma takut. Takut Iman hilang dari hidup Alia. 12 tahun dengan Iman. Tak mampu nak bayangkan jika Iman tak ada untuk 12 tahun akan datang. Dan 12 tahun kemudiannya. Dan lagi 12 tahun jika umur kita panjang." Kata Alia.
"Alia banyak sangat fikir ni. Macam mana pun, selagi Iman hidup, Alia tetap keutamaan Iman." Kata Iman.
Dia kembali teringat perbualannya dengan Tan Sri Ilyas beberapa hari lalu.
Jika benar telahannya yang Azwa juga memiliki perasaan yang sama dengannya. Dan ditakdirkan berjodoh dengan Azwa.
'Mampukah aku menjadikan Alia keutamaan seperti yang aku janjikan ini? Atau mungkinkah Azwa akan rasa terabai?'
Soalan itu berkali-kali ditanyakan kepada diri sendiri.
'Salah seorang pasti akan rasa terabai.' Kata-kata Tan Sri Ilyas itu terus bermain dalam kotak ingatannya.
"Iman jangan lupa tau jemput kawan-kawan dan staff datang majlis hari jadi Dahlia." Kata Alia itu menyedarkan Iman ke alam nyata.
"Bila?"
Alia bangun. Duduk memandang Iman. Muncung ditarik.
"Seriously Iman? Birthday anak sendiri pun lupa? Sejak bila ni? Apa yang Iman tengah serabut sangat sampai birthday anak pun lupa?" Tanya Alia bertalu-talu.
Iman hanya sengih.
"Tau. Birthday Dahlia lusa. Tapi, hari Jumaat. Kan sekolah. So, bila yang nak buat party dia?" Iman cuba mengawal malunya.
"Kita buat malam la. Siang tu, kita celebrate dekat sekolah. Malam, kita buat kenduri doa selamat." Beritahu Alia.
Iman angguk.
"Alia dah inform Iman dari minggu lepas, kan? Dah inform Syuk pun suruh dia apply cuti untuk Iman hari Jumaat ni. Kita nak surprise untuk Dahlia. Dahlia kan suka surprise ni." Kata Alia.
Iman hanya sengih. Dia lupa seketika bila Azwa melayang dimindanya.
"Apalah, Iman ni." Rajuk Alia.
Iman tarik Alia lembut ke dalam pelukannya. Itu cara dia pujuk Alia. Tak perlu bunga atau kata manis. Pelukan saja sudah meredakan marah Alia.
"Jangan pernah lupakan anak-anak. Macam mana pun, mereka keutamaan kita." Pesan Alia.
Iman angguk.
"Whatever happen. Always be with them." Sambung Iman.
"Ingat pun." Balas Alia.
Iman senyum.
Wajiblah dia ingat. Itu pesanan Alia setiap kali. Dan ayat tu, selalu diulang sampai dia hafal.
'Jangan lupakan anak-anak. Mereka keutamaan kita. Apa-apa jadi pun, sentiasa ada dengan mereka.'
Dia takkan pernah lupa.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...