23

4.1K 154 3
                                    

"Azwa tu, have a talent. The talent that I looking for. Kita tak ramai pekerja yang ada talent macam yang dia ada. Orang macam ni, we need to get them closer to us." Kata Alia.

"Papa tau maksud Alia. Tapi, Alia pun kena fikirkan rumahtangga Alia." Balas Tan Sri Ilyas.

Dia juga perhatikan kerja-kerja Azwa. Sangat komitmen. Sanggup bekerja lebih dari sepatutnya dia bagi. Dan hasilnya juga sangat baik. Azwa tak ubah seperti Alia.

Dedua sangat komitmen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan. Tahu bagaimnana nak selesaikan masalah dengan cepat. Tahu apa nak buat. Dan tak pernah mengalah.

Kalaulah Azwa tidak ada perasaan kepada Iman, dia sendiri akan mempelawa Azwa untuk bekerja di syarikatnya. Dia sangat sukakan pekerja yang sanggup ambil risiko. Dan bertanggungjawab dengan keputusan yang diambil. Pekerja-pekerja macam ni, susah nak jumpa.

Kebanyakan pekerjanya adalah pekerja yang diberi suap. Apa yang disuruh, itu yang mereka buat. Sikap suka menunding jari ke orang lain paling biasa. 'Itu bukan kerja saya' adalah ayat biasa yang akan didengari.

Sebab tu, dia juga mahukan Azwa berada dalam syarikatnya supaya syarikatnya sentuasa berkembang dengan idea-idea baru dan bernas. Supaya perniagaannya sentiasa releven dan membuahkan hasil yang lebih lumayan.

Isunya, rumahtangga Alia boleh goyang.

Dia faham, Alia cuba untuk professional. Tidak mencampur-adukkan urusan pejabat dan peribadi. Isunya, Azwa tal begitu. Jika Azwa diterima masuk ke dalam syarikat, dia akan melihat ianya sebagai peluang untuk mendekati Iman.

Azwa akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Iman akan jatuh ke tangannya. Dan dia tak percaya yang Iman akan tetap teguh memilih Alia. Kerana dia tahu perasaan Iman. Cinta pandang pertama. Sangat sukar untuk dilupakan. Berbeza dengan cinta yang dipupuk.

Cinta pandang pertama sangat indah. Membuai perasaan. Boleh buat seseorang itu angau dan gila bayang.

Cinta yang dipupuk berbeza. Ianya penuh dengan susah payah untuk menanam perasaan cinta itu dalam hati. Dan ianya tak semanis cinta yang hadir secara semulajadi.

Jadi, dia risaukan keimanan Iman andai Azwa dekat.

"Pa. Urusan Iman dan Azwa, itu hal peribadi. Sekarang ni, we talk about business. Kita meniaga ni, bukan nak majukan syarikat untuk kita saja. Kita nak bagi lebih banyak peluang kerja pada orang lain. Nak tambah gaji dan benefit pada pekerja-pekerja kita. Supaya kewangan mereka dan keluarga bertambah baik. Boleh bagi pendidikan sempurna. Benda-benda ni semua untuk saham akhirat kita, pa. We need people like Azwa untuk lancarkan lagi perjalanan syarikat dan memastikan syarikat terus membuat keuntungan." Pujuk Alia.

"Macam mana tiba-tiba hubungan Iman dan Azwa jadi rapat? How about you?" Tanya Tan Sri Ilyas.

"Pa, Alia percaya pada jodoh. Kalau Allah kata jodoh Alia dan Iman berpanjangan, pasti akan panjang sampai akhir hayat kami." Jawab Alia.

"Tapi, Allah suruh usaha. And one of it is, jauhkan Iman dari Azwa." Bidas Tan Sri Ilyas.

Alia geleng.

"Kalau dah kata jodoh mereka, macam mana kita jauhkan pun, mereka akan tetap bersama. Alia nak percaya pada cinta Iman. Alia nak percaya, Iman tak akan sia-siakan Alia dan anak-anak. Alia nak percaya, Iman tahu halal dan haram." Balas Alia. Tenang.

"Jangan terlampau percaya pada Iman." Pesan Tan Sri Ilyas.

"Alia percaya, Allah pelihara Iman. Jadi, Alia percaya Iman." Balas Alia.

Tan Sri Ilyas diam. Tak tahu nak kata apa. Kalau itu yang Alia mahukan. Dia hanya mampu untuk berdoa agar rumahtangga anak menantunya itu diperlihara.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now