TR58

5.5K 211 8
                                    

Iman mengemas sedikit diatas mejanya setelah setiausaha papanya memaklumkan ketibaan Tan Sri Ilyas. Dia berjalan malas.

Dia disambut Laila. Sebuah senyuman diberikan setelah Laila mempersilakannya masuk. Belum sempat kakinya melangkah, dia terdengar sesuatu yang dia sendiri boleh agak.

"Iman dengan Alia bergaduh."

Iman mahu keluar. Dia tak mahu menjadi topik perbincangan tika ini. Sesiapa pun tak faham.

Betul. Hak Alia untuk merahsiakan semua tu. Itu hak Alia. Jadi, apa pula hak dia untuk marah?

"Iman. Masuk." Arah Tan Sri Ilyas

Iman tak jadi melangkah. Membuka semula pintu bilik papanya dan dia masuk. Duduk di sofa. Berhadapan dengan Saleh. Disebelah Intan.

Intan menggenggam tangan Iman. Menghadiahkan sebuah senyuman. Yang kurang manis. Dia sedih melihat keadaan adiknya yang tidak terurus. Wajah Iman juga tidak lagi berseri seperti selalu.

Intan menahan air matanya dari gugur.

"Now. Talk." Kata Tan Sri Ilyas. Matanya tepat memandang Iman.

"Pasal apa? Abang Saleh panggil datang sini. I have no idea." Dalih Iman.

"Iman..." Tapi kata-kata Saleh mati disitu bila Tan Sri Ilyas mengangkat tangan menyuruhnya berhenti.

"Sampai bila Iman?"

"Iman tak faham."

"Iman..."

"Tak ada apa pun yang nak dibincangkan. Everything gonna he fine. Just give me sometime." Balas Iman akhirnya.

"Berapa banyak masa yang Iman perlukan? Iman tak nak cakap pasal hal ni. Alia pun sama. But, you both make it so obvious. Anak-anak korang dah tanya papa. Kenapa bapa dan bonda dorang. Papa have no idea. What's going on between you both." Kata Tan Sri Ilyas lembut.

"Papa jangan risau. I know how to handle it. No worries." Kata Iman dan terus berdiri.

"Duduk Iman." Arah Tan Sri Ilyas.

"Pa... Please."

"Iman..."

Sedikit tegas suara Tan Sri Ilyas membuatkan Iman kembali duduk.

"Iman, dengar kata abang ni. Iman kena cerita dekat kami. Kenapa Iman dan Alia sampai jadi macam ni. We are family. We solve everything together." Pujuk Saleh.

"Betul tu, Iman. Iman pandang tak diri Iman sekarang ni? Iman dah tak ceria. Iman dah hilang kekuatan Iman. Iman lemah sangat sekarang ni. Ini bukan Iman yang kita semua kenal." Kata Intan pula. Dia menggenggam tangan Iman.

"Tell us. Hurmmm?" Sambung Intan sambil menepuk-nepuk belakang tapak tangan Iman.

"No worries. Everything is under control." Kata Iman. Masih ingin menafikan hakikat yang dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Boleh saja dia pura-pura semuanya okey. Dia tak kisah tentang perkara ini. Tapi, dia tak mampu untuk berlagak okey sedangkan hatinya masih terluka.

"Apa yang under control? You lost your control right now. Then, who will control your family? Iman nak tunggu mama masuk campur dalam urusan rumahtangga Iman dan Alia? Iman nak mama yang control Iman? Ha?" Marah Saleh. Hilang sabarnya dengan perangai Iman.

"Iman just need to cure my wound." Akhirnya Iman mengalah.

"Tell us. Detail Iman. Apa yang jadi." Pujuk Intan.

"Alia own a company that I don't even know it's existing. And she never told me about this. And keep it as a secret for 13years." Kata Iman.

"What hurt you, Iman." Tanya Intan.

"Kenapa dia nak rahsiakan semua ni? Dia takut Iman akan ambil syarikat tu dari dia? Ke it's for her secure financial if anything happen to our marriage? Then, I have no rights to know?" Balas Iman.

"Dia tak percaya Iman ke? Iman boleh faham kalau dia rahsiakan masa awal-awal perkahwinan kami. Mungkin masa tu, dia masih belum percayakan Iman. Tapi, after 13 years of our marriage. Baru Iman dapat tahu. Itu pun, sebab Iman desak. Sebab Iman terdengar perbualan dia. Siapa Iman dalam hidup dia? Tak penting ke Iman dalam hidup dia? Sampai sekarang, dia masih tak percayakan Iman?" Luah Iman. Air matanya gugur.

Terlalu sakit mengenangkan orang yang dicintainya tidak mempercayainya. Tidak meletakkannya sebagai kepentingan paling utama.

"She didn't love me, right?" Sambung Iman.

"Apa Iman cakap ni? Kenapa cakap macam tu?" Pujuk Intan. Dia memeluk Iman. Menepuk-nepuk belakang Iman.

"Alia rasa rendah diri. Sebab tu, dia tak bagitahu Iman. You own a big company. But, she just start a company. But, she refisef to fill the low esteem. So, she hid it from you." Akhirnya, Tan Sri Ilyas bersuara. Membela Alia.

Semua mata tertumpu kepadanya.

"Kita semua nampak sisi Alia yang energetic, confident tinggi, berkarisma semua tu. Tapi, kita tak pernah nampak sisi Alia yang sebaliknya." Sambung Tan Sri Ilyas.

"She keep saying to herself. She is enough. She is better to stand beside you. With us. Tapi sebenarnya, dia takut. Dia tak setaraf dengan kita. Dari segi kewangan. Dari semua segi. Dia bina business tu bukan untuk financial secure tapi untuk dirinya. Dia nak cabar diri dia. Tapi, she has a financial conflict. Then, she accept tawaran Aza untuk gantikan dia jadi PA papa." Sambung Tan Sri Ilyas lagi.

"You know about this?" Tanya Saleh.

"Masa first day dia kerja, dia dah bagitahu papa. Dia jujur dengan papa. Dia minta tunjuk ajar dari papa. Dan dia memang nak belajar dengan papa dan kawan-kawan papa. Sebab tu, dia terima tawaran Aza." Jawab Tan Sri Ilyas.

"Iman. Kalau Iman rasa Alia tak percayakan Iman, Iman salah. Sampai sekarang, Alia langsung tak yakin pada diri sendiri. Sampai sekarang, Alia tu rasa rendah diri bila ada dengan kita. Tapi, dia cuba untuk nampak sempurna dimata Iman. Dia cuba sedaya upaya untuk Iman. Apa yang kita nampak pada Alia adalah untuk Iman. Sebab dia yakin, Iman ada untuk dia selalu." Sambung Tan Sri Ilyas.

Iman terus bangun. Dia berjalan keluar dari bilik Tan Sri Ilyas.

"Iman. Nak pergi mana? Kita belum habis." Tanya Saleh cuba menahan Iman.

"Biarkan, Saleh." Tahan Tan Sri Ilyas.

"Tapi pa... Ada hal lagi penting. Mama, pa. Mama cuba nak pisahkan Iman dan Alia lagi." Kata Saleh.

"Lagi? Mama ni." Intan mula tak puas hati. Hatinya marah.

Dulu, dia hanya perhatikan saja Puan Sri Kalsom dan Aznah berkomplot bersama Azwa. Tapi dia tak mampu buat apa-apa kerana dia malu. Malu untuk berhadapan dengan keluarganya dengan perangai suaminya. Yang langsung tak membantu.

Tapi tidak kali ini.

"Let's mama do anything she wants. I have plan." Kata Intan.

"No. Biar papa uruskan mama." Putus Tan Sri Ilyas.

"No papa. I know how you settle with mama. And I don't want that to be happen. Let us plan and make mama realize. How family is more valuable then wealth." Kata Intan.

"How?"

Intan senyum.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now