TR39

4.9K 192 18
                                    

"Nak apa?" Tanya Azwa. Kasar.

Aza hanya menadah tangannya. Dia harap Azwa faham. Lagipun, bukan kehendaknya. Ini atas arahan Iman sendiri.

Pagi-pagi lagi, Iman dah memintanya menceritakan apa yang terjadi sepanjang ketiadaannya. Dan paling penting, tentang perjanjian Azwa dan Aidil. Dan kerana itu jugalah dia disini.

Meminta surat berhenti kerja dari Azwa.

"Nak apa?" Tanya Azwa lagi. Sangat berharap bukan apa yang dia fikirkan.

"Buat-buat lupa pula. Takkan nak kena ingatkan balik." Dan Aza terus membuka telefon bimbitnya.

Dia mencari video yang dirakam oleh Aidil yang disimpan dalam google drive nya. Setelah itu, dia memainkan semula video itu kepada Azwa.

Azwa menjeling.

"Belum buat lagi." Kata Azwa.

"Baik you buat sekarang. Kalau tak, I suruh HR issues termination letter." Balas Aza. Dia kemudian terus berlalu.

Azwa menghempas fail yang berada didepannya. Dia tak sangka, tak ada seorang pun yang memberikan maklumbalas yang baik. Semua menentangnya.

'Jagalah korang semua. Kalau aku dapat gantikan Alia nanti, aku akan pastikan korang semua aku buang.' Detik hati kecil Azwa.

Cepat dia beristighfar. Tak baik punya fikiran yang begitu. Walaupun dia tak faham, apa keburukan yang dia dah buat. Dia hanya buat apa yang perlu. Yang dia rasa betul. Salah ke?

Kenapa semua orang nak bandingkan dia dan Alia. Tak boleh ke terima dia dengan caranya dan Alia dengan cara Alia. Dua orang yang berbeza. Mestilah cara dan gaya yang berbeza juga.

"Apa salah aku?" Tanyanya kepada diri sendiri. Dia meletakkan kasar wajahnya ke meja.

"Kau tu cuba nak rosakkan rumahtangga orang. Tu la salah kau." Satu suara menjawab persoalannya.

Azwa mengangkat muka. Memandang milik suara tadi. Ehsan. Ketuanya.

Ehsan buat selamba dan hanya berlalu setelah mengambil fail yang diingininya dari meja Azwa.

"Tak pasal-pasal kena apply assistant baru." Sempat Ehsan merungut.

Azwa kembali meletakkan wajahnya ke meja. Memikirkan semula jawapan yang diberikan Ehsan tadi.

Kemudian, dia bangun. Berjalan laju ke bilik Iman. Aza cuba menghalang tapi Azwa lebih cepat dan pantas. Masuk ke bilik Iman dan menguncinya dari dalam.

"Azwa nak cakap dengan Iman." Kata Azwa.

Iman intercom Aza yang masih mengetuk pintunya diluar.

"Give us some time. She just need to talk." Kata Iman.

Azwa mara ke depan. Lega bila Iman memberi kebenaran untuk dia dn Iman bercakap dari hati ke hati. Dia duduk didepan Iman. Membetulkan duduknya.

"So?" Tanya Iman.

Azwa membetulkan suaranya. Tiba-tiba rasa gugup. Walhal tadi, dia benar-benar serabut dan inginkan jawapan segera. Tapi sekarang, rasa gementar untuk mendengar jawapan jujur Iman.

"Don't you love me?" Tanya Azwa.

Iman angkat kening. Memandang Azwa. Jika dulu, dia tak mampu memandang Azwa secara tepat. Hatinya akan berdebar. Perasaan bersalah akan bertimpa-timpa datang. Kini, dia lebih tenang.

"Azwa rasa, Iman cintakan Azwa. Lebih cintakan Azwa dari Alia. Kenapa? Kenapa Iman tak pernah nak memperjuangkan cinta kita? Azwa cuba buat Iman jadi berani untuk mengaku perasaan Iman supaya kita berdua boleh kecapi bahagia sama macam pasangan yang bercinta lainnya." Luah Azwa.

Iman diam.

"Hanya sebab Iman bapa kepada 3 anak? Jadi, Iman tak layak ke untuk bahagia? Iman mampu dari segi fizikal dan batin untuk beristeri lebih dari seorang. So, Azwa tak nampak kenapa percintaan kita ini adalah satu halangan. Azwa pun tak nampak Alia menghalang. Kalau Alia menghalang, takkan dia benarkan Azwa kerja dekat sini. Dekat dengan Iman. Dia pun tak halang bila Azwa rapat dengan mama, dengan Kak Na. Dia okey saja. Jadi, kenapa Iman nak tanam perasaan Iman pada Azwa? Kita boleh bahagia, kan? Sama-sama menyemai cinta." Sambung Azwa lagi.

Iman senyum. Dia masih memikirkan jawapan yang selayaknya. Supaya Azwa tenang menerima keputusannya.

"Kenapa Iman? Apa kurang Azwa berbanding Alia? Kenapa tak boleh beri Azwa ruang untuk jadi lebih baik dari Alia? Kenapa tak boleh terima Azwa adalah Azwa. Alia adalah Alia. Kenapa nak bezakan Azwa dan Alia?" Air mata mula mengalir dipipi Azwa. Suaranya lirih. Dia benar-benar rasa sedih.

Iman yang dari tadi diam, membetulkan duduknya. Setelah Azwa tenang. Dia mula mahu menjawab setiap pertanyaan Azwa. Tapi, Azwa memotong.

"Don't you love me?" Tanya Azwa sekali lagi. Memandang tepat Iman. Mengharapkan balasan cinta dari Iman.

"Alia is my soul. My kids is my heart. And my family is my world. Without them, I just Iman. Without soul. Without heart. Just manusia yang bernafas dan menjalani hidup sebab masih bernafas. I did not compare you with Alia. Sebab Alia tak ada bandingannya. I love her. And I respect her more then anything else in this world. Sedikit pun tak pernah terlintas dalam hati I, nak duakan dia. Apatah lagi nak buang dia dari hidup I."

"Azwa bukan nak..."

Iman mengangkat tapak tangannya. Meminta Azwa supaya tidak menyampuk kata-katanya. Dia dah berikan ruang untuk Azwa meluahkan semuanya. Kini gilirannya.

"Andai ditakdirkan jodoh I dan Alia tak sampai mati, I doa, Allah tutupkan hati I untuk mana-mana perempuan. I hanya nak Alia seorang ada dalam hati I. Bukan sesiapa pun. Dan setiap kali lepas kami solat, doa kami sama. Panjangkan jodoh kami hingga hujung nyawa kami. Dan biarlah kami tetap bersama didalam syurga. Dan I minta, you doakan perkara yang sama." Kata Iman.

Azwa menangis. Meraung.

"Don't you love me?" Tanya Azwa sekali lagi bila raungannya surut.

"Nope. I don't love you." Jawab Iman. Tegas.

Sememangnya, tiada perasaan cinta itu pada Azwa lagi. Ianya hilang. Hilang terkubur. Dia sendiri tak tahu.

Kesimpulan Iman mudah. Dia hanya tertarik dengan Azwa tapi cintanya tak pernah lari dari Alia. Cintanya kepada Alia benar dan tulus. Azwa hanyalah tarikan yang cuba mengoyangkan cintanya. Mujur Alia dapat menahannya dari runtuh.

Alhamdulillah.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now