Alia berdiri disebelah Iman. Melingkar tangan kanannya ke belakang Iman. Merapatkan tubuhnya ke badan Iman. Dan meletakkan kepalanya didada kiri Iman.
Iman turut melakukan sama. Sebuah kucupan hinggap dikepala Alia yang bertudung.
"Bahagia tengok abang Saleh dan Aza. Simple je tapi cantik. Sama elok. Sama padan." Komen Alia. Matanya masih tertumpu ke arah pasangan pengantin yang sedang bergambar dengan tetamu yang hadir.
Aza hanya mengenakan baju kurung modern kain satin berwarna putih mutiara saja. Bajunya langsung tiada perincian seperti kebanyakan pengantin. Kosong tapi tetap cantik. Yang membezakan Aza dan tetamu hanyalah veil yang tergantung disanggul tudungnya. Dan dihias dengan beberapa kuntum bunga.
Saleh pula mengenakan baju melayu bertona warna yang sama dengan Aza. Bersampin songket berlatar warna yang sama diperinci dengan benang emas dan silver. Nampak mewah dan ringkas.
"Kan? Ingatkan Aza tolak sebab masih tak dapat lupakan Iman." Balas Iman sambil ketawa halus.
"Perasan." Cebik Alia. Dia turut sama ketawa halus kemudiannya.
Memang lucu. Tan Sri Ilyas dan Puan Sri Kalsom datang melamar Aza. Berjumpa dengan orang tua Aza. Tapi, Aza diam. Tak menolak dan tak juga menerima.
Saleh sangat kecewa. Saleh rasa, Aza mahu menolak lamarannya tapi tak tahu bagaimana mahu menolak tanpa melukakan hati dan perasaan papanya.
Berminggu-minggu Saleh bersedih. Tak lalu makan dan tak juga mahu hercakap dengan sesiapa pun. Persis anak muda kecewa bercinta.
Aidil yang melihat kemurungan diwajah daddy nya, pergi berjumpa dengan Aza. Minta dan merayu agar Aza memberi peluang kepada daddy nya. Namun, Aza tetap diam.
Puaslah juga Iman, Alia dan Intan memujuk. Aza tetap diam. Langsung tidak menyatakan apa-apa.
Akhirnya, apabila Saleh sendiri yang bersemuka dengan Aza. Menyatakan rasa kecewanya kerana ditolak, barulah Aza memberikan jawapan dan penjelasan.
"Rupanya, Aza nak Saleh sendiri yang cakap." Kata Tan Sri Ilyas yang turut berada disitu.
"Yang tak boleh tahan tu, abang pengsan." Sambung Iman.
Mereka bertiga ketawa. Rasa lucu bila teringat kejadian yang berlaku dipejabat Falia Event &Co. Panik juga Aza meminta bantuan. Mujur sebelum bersemuka dengan Aza, Saleh ajak Alia dan Iman menemaninya. Intan pula, yang sememangnya bekerja di situ turut sama menyaksikan kejadian itu.
"Ya lah papa. Perempuan memang nak macam tu. Feeling insecure. Aza takut, kita yang memandai nak jodohkan abang dengan dia." Balas Intan yang baru menyertai mereka bertiga. Dia memeluk Tan Sri Ilyas.
"Anak papa yang ni? Tak nak ke?" Tanya Tan Sri Ilyas sambil menghadiahkan sebuah kucupan didahi satu-satunya anak perempuannya.
Intan geleng.
"Intan happy dengan life Intan sekarang. Intan ada papa, mama, abang, Iman, Alia. Sekarang tambah Aza. Dan anak-anak buah yang bijak, comel dan sayangkan Intan. Intan dah tak nak apa-apa dah. Cukuplah tu." Jawab Intan.
Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala. Tak mahu memaksa. Yakin. Jika jodohnya sampai, pasti Intan sendiri akan terbuka hati untuk berkahwin.
Benda macam ni, tak boleh dijangka. Tak boleh ditentukan. Sesuatu diluar kuasa kita. Ianya dah tertulis di luh mahfuz. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa dan berusaha. Serahkan semuanya kepada Allah dan tak pernah mengalah.
"Entah bila Aza mula suka abang. Kan?" Kata Intan.
"Aza kata, dia suka tengok abang yang baru. Mungkin masa tu lah dia mula suka abang." Balas Alia.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...