TR35

4.8K 167 18
                                    

Aza memandang Azwa yang sedang bermain dengan Indah. Jika dia tahu Indah selesa dengan Azwa, dari mula dia dah ajak Azwa menolongnya menguruskan anak-anak Iman dan Alia. Cuma, Mikail dan Dahlia menjadi isu.

Mereka benar-benar protest. Langsung tak nak jumpa Azwa bila Azwa ada dirumah ini. Siap merayu Aza untuk menghalau Azwa.

Aza geleng kepala.

Anak-anak sendiri tak boleh nak terima Azwa. Macam mana Alia boleh berdepan dengan Azwa. Tenang. Boleh senyum. Macam tak ada apa-apa yang terjadi.

Tapi, dia memang tabik dengan Azwa. Tebal betul muka dia. Padahal, satu rumah tahu tentang dia. Langsung tak malu jumpa Tan Sri Ilyas, Aidil, Intan dan anak-anak Iman. Walaupun jelas-jelas mereka tunjuk tak sukanya mereka dengan kehadiran Azwa.

Mungkin sebab sokongan kuat dari Puan Sri Kalsom dan Aznah? Maklumlah, dua mahkluk ni yang paling kuat pengaruhnya selepas Tan Sri Ilyas. Tan Sri Ilyas sendiri tak mampu nak menang bila dua orang manusia tu bergabung. Mungkin kerana itu, dia perlukan Alia. Dan dia tahu, Iman perlukan Alia untuk mengalahkan Puan Sri Kalsom dan Aznah.

Sekali lagi Aza rasa syukur kerana Alia yang menjadi menantu rumah ini. Dia tak sebijak Alia. Alia tak perlu menggunakan kekerasan. Kelembutannya, kesabarannya, sikap tolak ansurnya dan ketegasannya buatkan dia dihormati. Dari Tan Sri Ilyas sendiri hingga ke orang gaji.

Walaupun Puan Sri Kalsom dan Aznah selalu mencari kesalahan Alia, namun, apa saja yang Alia minta mereka lakukan, mereka akan lakukan. Sama ada suka atau terpaksa.

Mungkin kerana hormatkan Alia atau tak mahu Alia menyekat perbelanjaan mereka. Dia tak tahu. Tapi yang pasti, tak ada seorang pun dalam rumah ini yang membantah.

Lagipun, Alia bukan mengarah. Alia minta tolong. Alia akan tanya dulu. Boleh tak? Bahasa yang digunakan, sopan dan tegas. Macam mana Tan Sri Ilyas dan Iman bantah pun, kalau Alia yang mahukan begitu, mereka tetap akan lakukan.

Kalau dah hormat, perasaan sayang itu hadir tanpa perlu dipaksa. Mungkin, Puan Sri Kalsom dan Aznah sayangkan Alia. Cuma, sikap tamak mereka buat mereka bencikan Alia.

Aza mengeluh.

"Macam manalah ang tahan dengan depa ni, Alia." Kata Aza sendirian.

"Tahan apa, Aza?" Tanya Azwa.

"Tahan dengan perangai you lah. You tak pernah ke fikir apa perasaan Alia bila you kata you cintakan Iman?" Jawab Aza berbalas soalan.

"Why should I? Bukannya I minta cinta tu datang. And when it's come, kenapa I nak halang?" Balas Azwa.

"Because he is a married man. With 3 kids. Tak fikir ke Alia dan anak-anak? What will happen to them?" Tanya Aza.

"I bukan minta Iman ceraikan Alia pun. I just nak Iman happy. I tahu, dia pun cintakan I. Tak salah pun share. Plus, Iman lebih dari mampu nak kahwin lebih dari satu. Financially stabil. Dia muda dan masih kuat. I bet, he is superb at bed too. What else? I tahu, dia boleh adil. Sebab Iman tu orang yang beriman. Tahu macam mana nak happy kan both of us. So, I tak nampak sebab kenapa I tak boleh jadi isteri kedua Iman." Balas Azwa. Dengan yakinnya.

"Lepas tu bapa penat. Kejap ke rumah auntie. Kejap lat rumah ni. Dahlia, Mika dan Indah pun, jumpa bapa selang hari." Entah dari mana, Aidil tiba-tiba muncul dan membalas kata-kata Azwa.

"Auntie boleh duduk sini. Share rumah. Hari-hari bapa boleh jumpa anak-anak dia. Auntie tak kisah. Asalkan bapa sayang dan cintakan auntie." Balas Azwa.

Aza geleng kepala.

Tak tahu apa ayat nak buat Azwa faham. Bermadu tak mudah. Macam mana adil pun, takkan sama bila fokus tu hanya kepada satu.

"Bonda telefon tadi, bonda kata dia balik lagi 4 hari. Macam ni lah, auntie. Auntie kata nak share bapa, kan? Why not, you share bonda's responsibility too. Auntie pergi office macam biasa. Dalam masa yang sama, auntie uruskan rumah juga. Sama macam bonda buat. Then, we make an evaluation. If your mark more then 80%, then, Aidil akan pertimbangkan untuk terima auntie dalam keluarga kami. I'll promise you to make Dahlia and Mika to accept you too. If not, auntie letak jawatan dan jangan kacau keluarga ni lagi. Deal?" Cabar Aidil.

Aza terkesima. Tak tahu nak kata apa. Cabaran Aidil tu terlalu berani. Azwa seorang yang nekad. Dan dia hampir sama perangai seperti Alia. Tak mustahil Azwa akan menang dalam cabaran ni. Bukan nak menangkan Azwa tapi, Azwa memang ada kemampuan itu.

"Tak acilah. Alia tak kerja." Balas Azwa.

"You seriously nak buat ikut Alia punya schedule?" Tanya Aza.

Azwa angguk.

Aza pandang Aidil.

Aidil senyum mengejek. Nampak sangat Azwa tak tahu jadual Alia.

"Okey. Aidil minta kebenaran Tok Pa bagi auntie cuti. Auntie Aza boleh temankan auntie Azwa. Boleh bantu apa yang ada. Tapi, kat situ, Aidil kena tolak mark. Everytime you ask for help, I will deduct your mark. Deal?" Balas Aidil.

"Deal."

"Auntie Aza jadi saksi. We can make an agreement. Video agreement. We save it in cloud. And the deal start tomorrow." Kata Aidil.

"Whatever. I'll do it. For my love." Dengan yakin Azwa menjawab.

Aza geleng kepala. Entahlah. Dia hanya akan lihat. Tak mampu nak menjangkakan apa-apa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now