TR42

5.1K 165 3
                                    

"Sayang..."

Alia memandang Iman yang sedang mendekatinya. Dia berdiri. Menunggu Iman. Hanya memandang Iman tanpa kelip.

Indahnya ciptaan Allah pada makhluk ini. Fizikalnya dan juga akhlaknya. Namanya, sesuai dengan dirinya. Seorang lelaki yabg beriman dan beramal soleh. Yang tahu mana yang haram dan halal. Yang menjaga keluarganya dengan baik. Langsung tak pernah mengabaikan.

Rasa syukur hadir dengan sendirinya. Walaupun Iman mengaku punya perasaan pada Azwa, tapi sedikit pun Iman tak pernah melayan perasaannya. Tidak juga mengabaikan tanggungjawabnya. Kerana itu, Alia masih mampu bertahan dan kuat mempertahankan rumahtangganya.

Kalau isteri lain kuat kerana anak-anak, berlainan dengn Alia. Kekuatannya datang dari Iman. Anak-anak penambah kekuatannya.

Tak mampu Alia bayangkan sekiranya Iman mengikut kata nafsunya. Dia pasti, tersangat pasti, dia akan failkan perceraian. Akan tuntut fasakh. Akan dituntut anak-anaknya walaupun dia punya perjanjian sebelum berkahwin. Dia akan lawan untuk dapatkan anak-anaknya.

"Sayang." Iman melingkarkan tangan kirinya dibelakang Alia.

Alia memandang Iman.

"Laju sangat jalan. Tinggalkan abang." Manja Iman merajuk.

Alia senyum senget.

"Senyum macam tu. Kang abang cium kang." Ugut Iman.

"Kita dah balik Malaysia. Jangan nak buat perangai." Balas Alia.

Teringat percutian mereka. Iman begitu bebas melakukan apa saja kepada Alia ditempat awam. Sedikit pun tak peduli dengan pandangan masyarakat. Kerana pandangan itu, biasa di negara 'Mat Saleh'.

"Ini, Iman peluk macam ni pun, silap-silap ada yang dah mengata. Mahunya ada yang buat report dekat pejabat agama. Memalam jalan tepi pantai. Berdua-duaan. Berpelukan. Orang bukan tahu kita ni dah ada anak 3 orang. Yang orang nampak, kita buat tak senonoh di public." Sambung Alia.

Iman ketawa.

Jarang dia melihat Alia membebel didepannya. Jarang sangat. Jadi, bila Alia membebel, rasa janggal tapi menyenangkan. Langsung tak rasa ianya satu tekanan mahupun membosankan.

"Alia tak pernah membosankan." Balas Iman.

"Iman terlampau cintakan Alia. Tu sebab Alia buat apa pun, menghiburkan hati Iman." Sangkal Alia. Selamba sambil memandang ombak yang sedang memukul pantai.

Iman ketawa. Bertambah kuat. Sebuah kucupan pantas hinggap disisi dahi Alia. Membuatkan Alia mengalih pandanganya kepada Iman.

Sekali lagi Iman mencium dahi Alia. Lama.

Alia memejamkan matanya. Menghayati kucupan itu. Walaupun sentiasa diberikan kucupan didahi, tapi, dia rasa ketenangan setiap kali kucupan itu hinggap.

"Assalamualaikum. Kami dari pejabat agama Islam negeri, encik dan cik ni dah berkahwin ke? Berpelukan dan berciuman dekat public ni?" Satu suara memberi salam. Buatkan Alia menolak Iman.

Iman menarik Alia kembali rapat dengannya. Sambil menjawab salam dan mengeluarkan kad nikah mereka berdua. Lantas diserahkan kepada Pak Haji yang menegur mereka.

"Walaupun dah nikah, dah halal. Janganlah buat tak semenggah dekat public. Balik rumah. Peluk lah isteri tu macam mana pun. Ini dekat public ni. Tak manis orang pandang." Kata Pak Haji tadi semasa memulangkan kad nikah kepada Iman setelah disahkan kebenaran kad itu. Mereka kemudian berlalu meninggalkan Iman dan Alia.

"Tak pasal-pasal dapat ceramah free." Rungut Alia.

"Kalau bukan kita yang tunjukkan kasih sayang suami isteri pada anak muda, siapa lagi? Takkan selamanya kita nak hidup dalam masyarakat yang menyorok dan menyimpan perasaan? Mana kemanisan sebuah hubungan yang halal? Sampai bila-bila mentaliti masyarakat, manisnya rumahtangga tu hanya hubungan dalam bilik." Balas Iman.

"Itu, kata Iman. Kata mereka lain. Kita ni hidup dalam masyarakat. Kena ikut apa yang masyarakat biasa. Jangan nak jadi kera sumbang." Sangkal Alia.

"Sebab tu, tak salah kita mulakan dulu. Depan anak-anak. Depan keluarga. Depan masyarakat. Bukannya kita buat sesuatu yang meransang nafsu. Kita cuma tunjuk kemesraan dan kasih sayang. Pelukan dan ciuman itu kan, tanda kita sayang. Lagipun, kita dah nikah. Apa nak malunya? Apa yang jadi isunya?" Tanya Iman.

"Isunya, orang tak tahu kalau dorang tak kenal kita. Orang takkan tahu selagi kita belum tunjuk bukti. Faham, Encik Iman?" Jawab Alia.

Iman geleng.

"Sayang yang tak faham. To spread love, you need to show your love. Cuba tengok reaksi remaja sekarang bila dorang tengok gambar pasangan atok-nenek yang sweet. Jalan pegang tangan. Peluk each other. They admirer. They dream to be like them one day. Ada ke dorang rasa teransang macam yang didakwa oleh sesetengah manusia? Remaja kita ni dah makin bijak. Dah makin faham tentang agama. Cuma bila kita ni golongan yang dah semakin dewasa ni asyik buat dorang confused. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ini salah, macam tu salah. So, dorang rasa semua benda tak boleh. That's the most reason kenapa remaja tak suka orang dewasa. Sebab orang dewasa semua benda tak boleh. Semua yang dorang buat salah. Kita ni, kenalah bijak. Yang betul salah seperti yang termaktub dalam Al Quran dan sunnah, then, tu salah. Mana yang benda baru, jangan terus jatuhkan hukum. Beri penerangan dan penekanan. Bukan tekan dorang dengan benda mengarut yang tak terima logik akal." Panjang lebar Iman menerangkan.

"Islam bukan guna logik akal." Balas Alia.

"Betul. Tapi, akal logik manusia bergantung pada ilmu yang diberikan. Jika dia dididik dnan dibentuk dengan betul, dia sendiri akan faham dan logik dia akan ikut seiring." Jawab Iman.

"Macam mana hal kasih sayang beetukar ke hal pendidikan kanak-kanak ni?" Tanya Alia.

Dia mula faham apa yang Iman sampaikan. Tapi, tak mahu mengalah.

Iman ketawa.

"Iman nak bagitahu Alia. Sayang jangan malu nak tunjuk sayang sayang pada abang depan anak-anak. Abang nak anak-anak kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dan abang nak, dorang pandai tunjuk kasih sayang tu. Agar, kehidupan keluarga kita harmoni dan tenang." Balas Iman.

"Iman rasa, dah sampai masa Alia panggil Iman abang?" Tanya Alia.

"Terpulang Alia. Iman tak paksa. Abang suka sayang panggil abang, abang. Atau apa-apa panggilan yang selayaknya abang dapat. Tapi, abang tak paksa. Sebab abang tahu, apa pun panggilan yang sayang panggil, sayang tetap hormat abang sebagai suami. Dan abang tahu, sayang sayang abang." Jawab Iman.

Alia diam. Dia bergerak berdiri didepan Iman. Merapatkan belakangnya ke dada Iman. Mengambil tangan Iman untuk memeluknya. Diselesakan kepalanya ke bahu Iman.

"Alia sayang Iman walau apa pun yang pernah terjadi dan akan terjadi antara kita. Iman kekuatan Alia. Alia doa, kekuatan Alia sentiasa ada disisi Alia hingga akhir hayat Alia. Dan Alia doa, biarlah kita mati bersama. Aamin." Ucap Alia.

"Aamin." Sambut Iman sambil mencium belakang kepala Alia. Dia mengeratkan pelukannya. Secara tak sengaja, tubuh mereka bergerak ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah ada music lembut sedang bermain digegendang telinga mereka.

Menghayati sejuknya bayu laut. Ditemani cahaya bulan.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now