Azwa memandang gambar-gambar yang dia berjaya curi tangkap sewaktu majlis hari jadi Dahlia. Gambar Iman semuanya. Senyumnya. Tawanya. Buat dia tersenyum.
Dia bukan tak tahu Iman sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Tapi, dia tak mampu nak menghalang perasaannya.
Dia percaya, perasaan cinta itu anugerah Ilahi. Jadi, tak ada sebab untuk dia menafikan perasaannya itu. Dan dia bersyukur, dia dikurniakan perasaan itu. Dia bahagia dengan perasaan yang dia rasa tika ini.
Tidak ada pun dalam perancangan hidupnya untuk jatuh cinta dengan suami orang. Tapi, benda nak jadi. Andai saja Iman membalas cintanya, dia tak kisah berkongsi. Dia rela asalkan Iman sudi.
Jika Iman mahu menyembunyikan dia sebagai isteri pun, dia tak kisah. Andai Iman hanya menganggapnya sebagai kekasih gelap pun, dia rela. Atau lebih dari itu. Apa yang dia mahukan, Iman.
Hatinya benar telah jatuh sayang pada Iman. Cintanya, tubuhnya, akan dikhaskan hanya untuk Iman. Tak ada yang lain. Dia hanya mahu Iman.
Pandangan masyarakat juga bukan masalah padanya. Hatinya lebih penting. Hati Iman juga.
Dari pandangan mata Iman, dia tahu, Iman juga memiliki perasaan yang sama dengannya. Dia tahu, Iman hanya berpura mesra dengan Alia untuk menguji hatinya. Dia tahu, Iman segaja buat begitu untuk melihat reaksinya.
Makin lama, Azwa makin terbang dengan perasaannya. Dibuai dengan apa yang diimpikannya tanpa berpijak dibumi yang nyata.
Untuknya, membuai perasaan sendiri lebih penting dari kebenaran. Dia hanya mahu percaya, apa yang dia nak percaya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...