Alia melambai seorang perempuan yang kelihatan sangat elegen dan berkarisma. Yang baru saja melangkah masuk ke dalam cafe yang dia berada sekarang ini.
Mereka bersalaman, berlaga pipi dan berpelukan sesama mereka.
"Mai duk, Aza. Sibuk betul hang la ni." Jemput Alia.
"Hang la buat aku sibuk. Aku ni, sampai nak berak pun, duk fikir pasai business hang." Jawab Aza.
"Aku kan dah hand over business tu kat hang. Hang punya la." Balas Alia.
"Aku kan dah kata, aku tak boleh nak handle business tu kalau hang tak dak. Lagipun, aku tak minat. Aku lebih suka jadi pekerja. Cukup bulan, dapat gaji." Balas Aza.
Alia ketawa.
"Ni pasai pa yang duk heboh nak jumpa aku ni? Sejak-sejak hang jadi full time housewife ni, jarang nak jumpa aku. Busy hang lagi busy dari masa hang kerja." Usik Aza.
Alia ketawa. Aza turut sama ketawa.
"Aku kan menantu solehah. Pak mertua aku asyik duk ajak aku p merata." Balas Alia.
"Untunglah... Aku ni, tak dak siapa nak. Sedih." Kata Aza.
Dia tak bermaksud begitu. Dia sendiri yang memilih untuk hidup sendirian. Bukab tak ada yang meminang. Tapi, dia tolak. Bukan sebab lelaki tu tak layak tapi dia memang tak mahu berkahwin.
Namun, dia tak menentang atau memandang perkahwinan itu suatu yang menyusahkan atau apa. Dia cuma tak mahu terlibat dalam dunia perkahwinan. Seboleh mungkin dia elak, dia akan elak.
"Laki hang macam mana?" Tanya Aza.
"Tu dia. Dia tanya laki kita. Kita ni dari tadi duk dengan dia. Sepatah haram tak tanya." Usik Alia.
"Dah? Laki hang handsome gila. Aku pun terpikat. Mujur aku tak minat nak kahwin." Balas Aza.
Alia ketawa.
Dia tahu, Aza memang pernah menyimpan perasaan kepada Iman. Dan kerana itu, dia meletakkan jawatan sebagai setiausaha Tan Sri Ilyas. Dan jawatan itu, diserahkan kepada Alia.
Aza tak mahu menjerat dirinya dalam sebarang hubungan perasaan. Dia bukan takut tapi tak berminat. Dia juga tahu betapa Aza susah mahu lupakan Iman. Dalam masa yang sama, dia kena berlagak gembira agar tiada siapa mengesan kesengsaraan yang dirasakannya.
Dulu, Alia marahkan Aza kerana menolak perasaan itu tanpa berjuang untuk dapatkan. Langsung tak dikhabarkan kepada sesiapa pun tentang perasaannya itu kecuali kepada Alia.
Alasan Aza mudah.
'Aku tak suka pada komitmen.'Namun, jodoh Alia dengan Iman. Aza pergi digantikan dengan Alia. Kemudian, Tan Sri Ilyas melamar Alia untuk Iman. Dan kerana hormat pada Tan Sri Ilyas, dia terima lamaran itu. Setelah bernikah dengan Iman, barulah dia sedar. Dia terima Iman kerana sememangnya dia mencintai Iman.
"Wei. Hang takkkan nak jumpa aku saja-saja kat luaq ni." Sergah Aza.
Alia senyum. Kelat.
"Aku rasa, ada orang cuba nak porak perandakan rumahtangga aku." Kata Alia.
Dia menceritakan tentang Azwa dan ugutan Puan Sri Kalsom.
"What the heck!!! Nak mati ke apa orang tua tu. Alhamdulillah. Mujur aku tak ada apa-apa kaitan dengan family tu. Kalau tak, mau ada kes menantu bunuh mertua kerana tak tahan dibuli." Komen Aza.
Alia ketawa.
Aza pandang Alia.
"Aku serius tau. Kisah hang ni serius. Jangan nak gelak. Sat lagi, aku pelangkung hang. Main-main tau." Marah Aza.
Alia diam.
"So, apa perancangan hang?" Tanya Aza.
Aza tau, pasti Alia sudah ada perangcangannya. Dan ianya pasti akan melibatkannya. Alia takkan saja-saja panggilnya jika dia tak ada perancangan. Alia tak suka nak buang masa hanya untuk bercerita.
"Kerja dengan Iman. Be his secretary." Kata Alia. Lancar dan penuh pengharapan.
Aza diam.
Dia bertanya hatinya. Mampukah dia berhadapan dengan Iman? Setiap hari?
"Aku memang harap sangat hang terima. Tapi, tak bermaknan hang perlu bagi jawapab sekarang. Jawapan positif hang, penyelamat Iman dari jadi anak derhaka. Aku percaya kat hang sorang ja." Pujuk Alia.
Aza memandang Alia.
"What if, ada fitnah yang ditaburkan? Boleh hang percaya kat aku?" Soalan Aza membuat Alia kerut dahi.
"Hang kena expect every possible circumstances. Perjuangan hang ni akan ada banyak rintangan. Dan, mana tau. Tiba-tiba Allah gerakkan jalan cerita jadi lain. Hang pernah fikir dak. Aku pernah suka Iman. Jujur, aku masih suka Iman. What if, one day, Allah gerakkan hati aku nak Iman. And what if, Iman terima aku. Hang fikir dak sampai tara tu." Sambung Aza.
"Takkan hang nak khianat kat aku." Balas Alia.
"Alia, ini soal hati. Semuanya mungkin. Mungkin aku tak ada niat nak khianat kat hang tapi aku tak mampu nak halang perasaan aku. What will you do if. Hang faham dak? Back up plan hang." Kata Aza.
"Takkanlah. Hang kalau nak kat Iman, dari dulu hang dah buat. Takkan hang nak buat after hang susah payah lupakan dia." Balas Alia. Hatinya sudah mula rapuh. Akalnya sedang cuba mencerna dan berfikir.
"Alia, rancangan hang ni bahaya. Aku sendiri tak percaya pada diri aku. Hang fikir apa yang aku duk cakap ni. Lepas tu, hang bagi jawapan kat aku. Kalau hang boleh yakinkan aku, then, aku akan pertimbangkan." Jawab Aza untuk permintaan Alia.
"Aku lagi suka kerja aku la ni. Walaupun penat, macam nak pecah kepala otak, hati aku tenang." Sambung Aza.
Alia angguk.
Dia juga rasakan benda yang sama. Sekarang ni, dia faham apa yang Aza rasa dulu. Hidup tanpa komitmen pada suami dan keluarga lebih menyenangkan dari perlu berjuang untuk memastikan komitmen yang kita beri selama ini berbaloi.
"Apa pun jadi antara hang dan Iman in future, it is better then aku pandang Iman dan Azwa bersama tanpa aku berusaha menyelamatkan suami aku dari plan jahat mama dia." Kata Alia.
Aza geleng kepala.
"Jujur. Aku tak nak Iman pergi ke sesiapa. Aku nak Iman jadi hak aku sorang. Letak hang disisi Iman untuk menghalang Iman dari terperangkap dalam perangkap mama dia adalah perjuangan aku. Itu saja cara aku dapat fikirkan supaya Iman boleh mengelak dari fitnah. Aku doa, Allah jauhkan hati hang dan hati Iman. Aku tak nak fikir kemungkinan yang hang duk kata tu. Sebab aku yakin, Allah makbulkan doa aku untuk Iman, aku dan anak-anak kami kekal bahagia bersama selamanya." Tegas Alia.
Aza tarik nafas dalam sebelum dia angguk.
"Business hang macam mana?" Tanya Aza.
Alia senyum tanda dia sudah punya perancangan untuk perkara tersebut.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...