Iman memerhatikan dari jauh kelibat Alia. Dia sengaja menolak ajakan Alia untuk keluar bersama. Dia mahu Alia merasai 'me time' yang pernah dipintanya.
Bukan dia sengaja tak mahu beri tapi dia risaukan keselamatan Alia. Dia tahu, Alia pandai jaga diri sendiri tapi sebagai suami, risau seandainya sesuatu terjadi pada isteri tanpa kehadirannya. Ianya adalah malapetaka yang paling malang. Hilang salah satu fungsi suami. Melindungi isterinya.
Jadi, dia biarkan Alia sendirian. Keluar dan berjalan menjelajah dunia luar. Mengelilingi negara-negara Eropah adalah salah satu yang Alia tulis dalam 'wishlist'nya.
Sebagai suami, dia mahu Alia merasainya. Dan 'me time' adalah hadiahnya untuk Alia. Tanda terima kasih kerana terus bertabah dan bersabar dengan kerenahnya dan anak-anak. Tetap terus bertahan dengan keluarganya walaupun macam yang telah ditelannya sendirian.
Satu masalah Alia, dia tak mampu nak kata tidak. Namun, dia bersyukur. Kerana kelemahan itu, Alia tetap setia berada disisinya. Dan kerana itu, hidupnya tenang dan aman. Tiada pergaduhan dan salah faham.
Alia tipikal perempuan melayu lama. Yang menentingkan pandangan masyarakat. Jadi, untuk sentiasa nampak terhormat dan dihormati, dia telan semuanya. Selalu juga dia marahkan Alia, tapi, Alia tetap begitu. Dia cuba untuk jadi pendengar, tapi Alia hanya mahukan dia fokus pada kerja sedangkan hal lain akan diuruskannya.
Iman menarik nafas dalam.
Dia faham kenapa dia mudah jatuh hati pada Azwa. Sekali pandang, hatinya terus terdetik cinta.
Azwa sangat berlainan dengan Alia. Berlawanan dengan Alia.
Menusia kan mudah tertarik dengan sesuatu yang dia tiada. Sama juga Iman. Iman juga manusia biasa. Tidak lari dari itu.
Namun, Iman diajar untuk rasa syukur dengan apa yang dia ada dan hargainya. Kerana itu, dia lawan sekuatnya menolak perasaannya kepada Azwa.
Tindakan Alia meletakkan Aza disisinya sangat menbantu. Aza benar-benar menghalang Azwa dari mendekatinya. Apatah lagi mahu rapat dengannya. Semua urusan yang melibatkan Azwa, akan diambil alih oleh Aza. Bukan itu saja, sesiapa pun yang mahu berurusan dengannya perlu melalui Aza. Tidak lagi speeti dulu dimana semua orang bebas keluar masuk ke biliknya.
Namun, dia tetap perlu berhati-hati. Walaupun Alia mempercayai Aza, Iman tetap mahu meletakkan had. Dia tak mahu Aza terlebih berkuasa dari Alia dan dirinya. Yang paling dia takut, seandanya Aza menagih cintanya lagi.
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, ianya adalah rahsia Iman dan Aza. Aza pernah meluahkan rasa cintanya kepada Iman. Tapi ditolak Iman dengan baik. Bukan kerana dia tak sukakan Aza tapi kerana bukan Aza yang ada didalam hatinya. Tidak juga didalam mimpinya.
Mimpinya menunjukkan seorang gadis yang lembut tapi tegas. Seorang gadis yang cekap dan tangkas dalam tinkah lakunya. Dan ciri itu, tiada pada Aza. Dan dia jumpa ciri itu pada Alia. Kerana itu, dia terima cadangan papanya untuk dijodohkan dengan Alia.
Dia yakin dan percaya, Alia jodoh yang Allah berikan kepadanya. Walaupun tanpa cinta tapi sebaik lafaz akad disahkan, hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Alia. Tumpuannya. Semuanya. Hanya untuk Alia.
Saat dia mengaku, yang hatinya tercuit dengan Azwa, dia mahu Alia faham. Dia mahu Alia bantunya untuk melupakan Azwa. Membuang Azwa.
Mulanya, Alia dingin dengannya. Iman cuba untuk memahami dan memberi Alia masa untuk fikirkan dan pertimbangkan.
Alhamdulillah. Alia tidak terbawa dengan perasaan. Malahan, Alia jadi lebih baik dari sebelumnya. Betul-betul memikat hatinya hingga dia lupa Azwa. Dia langsung dah tak rasa Azwa menarik.
Alia buat Iman tak betah untuk berpisah walaupun sekejap. Dan melancong ke Eropah ini bukan hadiah hari lahir tapi hadiah kerana Alia menang dalam menawan hatinya.
"Iman!!!!"
Jeritan Alia itu menyentak Iman dari imbasan lalu. Dia segera mencari kelibat Alia. Alia jatuh.
Dengan segera dia bangun dan mendekati Alia.
"Kenapa ni?" Suara Iman risau.
"Ada budak tadi naik basikal, terlanggar Alia. Alia jatuh tapi mak dia dah minta maaf. Tolong Alia bangun. Dorang dah pergi tapi masa Alia nak jalan pergi ke Iman, tiba-tiba jatuh balik." Cerita Alia seperti anak kecil. Dia juga sedang menahan tangis.
"Kenapa Iman tak nampak Alia jatuh. Dari tadi Iman tengok Alia. Kenapa tak datang tolong? Iman tak nampak ke?" Dan Alia terus menarik muka.
Iman terkedu. Tak tahu jawapan apa yang mampu diberikan. Salah jawab, mahu merajuk ni.
"Iman saja nak bagi Alia 'me time'. Biar Alia rasa macam mana jalan seorang diri. Ingatkan Alia boleh jaga diri sendiri. Ini kalau Iman tak ada, macam mana?" Bebel Iman menutup khilafnya.
Alia mencebik dan memaut leher Iman.
Iman mencampung Alia. Ditengah bandar Zurich, dia mencampung Alia hingga ke bilik hotel mereka. Dia mahu bawa ke hospital tapi ditolak Alia.
"Can I get a bucket of ice for room 122? Please." Kata Iman. Intercom hotel services.
"Okey sir." Dan panggilan dimatikan.
"Kita tuam dengan ais. Lepas tu, Iman order makan. Kita makan dalam bilik saja hari ni." Kata Iman.
"Alia ada bawa instant briyani. Kan ada microwave tu. Kita panaskanlah. Hari-hari makan fish and chip, bosanlah. Tak sabar nak pergi London. Boleh makan makanan Melayu." Balas Alia.
"Aik,baru seminggu jauh dari Malaysia dah rindu masakan Malaysia?" Usik Iman.
"Malaysia dihatiku." Balas Alia.
"Itu macam slogan UiTM. UiTM dihatiku." Balas Iman pula.
Alia ketawa.
"Iman, terima kasih selalu jaga Alia." Dan Alia terus memeluk Iman.
"Allah jaga kita." Balas Iman.
"Tapi Alia tahu, Iman selalu follow Alia." Alia ketawa. Memecahkan tembelang Iman.
Iman turut sama ketawa. Terasa kebodohannya kerana Alia tetap rasa kehadirannya walaupun dia cuba nak buat Alia rasa sendirian.
"Alia suka sangat bila Iman try buat Alia rasa independent. At the same time, Alia rasa confident nak buat semua benda yang Alia nak. Sebab Alia rasa ada someone will protect me if something goes wrong." Jujur Alia.
Iman tarik senyum lebar. Pelukan Alia dikemaskan. Dia mencium ubun Alia. Terasa dia seorang hero saat ini.
Terima kasih Allah untuk rasa bahagia ini. Bukakan pintu hati mama untuk merasai bahagia ini juga.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...