TR37

4.7K 167 6
                                    

"Auntie Aza, auntie rasa auntie Azwa boleh menang ke?" Tanya Mikail sewaktu Aza sedang melawat biliknya.

Aza angkat bahu.

"Mika yang suruh Abang Aidil buat macam tu. Mika nak auntie Azwa tahu, jadi Bonda Alia tak mudah. Mika selalu kesian dengan bonda. Bonda penat tapi bonda senyum saja bila dengan kami. Bonda yang uruskan kami. Auntie Lin hanya tolong-tolong je. Bonda uruskan rumah Tok Pa. Semua benda bonda uruskan. Sebab tu, Mika tak nak call bonda dan bapa selalu walaupun sebenarnya, Mika rindu sangat dengan dorang. Mika nak bonda betul-betul rehat. Mika tak nak bonda fikir apa-apa pasal rumah. Biar bonda tenang dan gembira." Kata Mikail.

Terkejut juga Aza. Tapi dia hanya mengusap ubun Mikail. Menyorokkan rasa terkejutnya terutama bila mendengar luahan hati Mika.

Walaupun Dahlia anak sulung, tapi Mikail lebih matang. Dari dulu lagi, dia nampak kematangan Mikail. Lagipun, cara Alia didik Mikail berbeza dari cara Alia didik Dahlia dan Indah.

Alia lebih berlembut dengan Mikail tapi tegas bila beberapa benda yang dia rasa perlu. Berbanding dengan Dahlia dan Indah. Alia selalu tegas dan berlembut bila perlu.

Alia kata, Mikail jiwanya sensitif. Kerana itu, dia tak boleh terlalu bertegas dengan Mikail. Aza faham apa yang Alia maksudkan. Bukannya Mikail lembut tapi Mikail lebih cepat faham dengan keadaan sekeliling. Lebih mudah menangkap perasaan seseorang. Dan itu kelebihan Mikail berbanding Dahlia.

Dahlia manja terutama bila dengan Iman. Kerana itu, Alia perlu sentiasa bertegas. Supaya Dahlia faham, hidup ini bukan hanya dia. Dan Alia mahu Dahlia tahu. Dia sebagai anak sulung harus menjadi contoh kepada adik-adiknya. Perlu menjaga dan melindungi adik-adiknya. Dan paling penting, dia mahu Dahlia jadi seorang perempuan yang kuat. Bukan hanya manja tak bertempat.

"Mika tengok bonda happy, Mika rasa nak cakap dengan bapa, jangan bawa bonda balik sini. Kami pergi sana. Tinggal jauh dari semua. Tapi, Mika tahu, bonda tak akan setuju. Bonda sayangkan keluarga ni. Terutama Tok Pa dengan Abang Aidil." Sambung Mikail.

"Mika sayang bonda?" Tanya Aza.

"Terlalu sayang. Orang pertama yang Mika sayang adalah bonda. Mika doa, jangan ada sesiapa lukakan hati bonda. Jangan ada sesiapa ambil tempat bonda dihati Mika. Sampai Mika mati, bonda tetap akan jadi yabg pertama. Apa saja kata-kata bonda, akan jadi kata-kata Mika. Itu doa Mika." Jawab Mikail.

Aza senyum segaris. Manahan air mata dari mengalir.

Datang satu suara yang melonjak keinginannya untuk berkahwin dan punya anak sebaik Mikail. Dia mahu rasa disanjungi oleh seorang anak. Dia nak rasa apa yang Alia rasa.

Tapi, siapa?

Tiada lelaki yang mahukannya. Tak ada lelaki yang mendekatinya atau cuba untuk berkenalan dengannya. Langsung tiada.

Entah apa silapnya. Lelaki seakan tak perasan ada seorang perempuan didepan mereka. Setiap lelaki yang dijumpainya hanya memandangnya secara professional. Tak sedikit pun ada aura mahu berkawan atau berkenalan dengan rapat. Tiada.

"Auntie nak sangat ada anak macam Mika. Doakan auntie, boleh?" Pinta Aza.

Mikail angguk. Dia menadah tangan dan berdoa untuk Aza. Aza juga turut mengangkat tangan dan mengaminkan doa-doa Mikail.

"Terima kasih, sayang." Ucap Aza.

"Maaf auntie. Mika tak boleh nak letak auntie yang pertama. Kalau auntie nak jadi mak angkat Mika pun, tempat auntie hanya lepas Tok Ma. Yang pertama sampai yang ketiga, bonda. Keempat bapa, lepas tu kakak, abang Aidil dan adik. Lepas tu, Tok Pa dan Wan. Barulah, Tok Ma. Lepas tu, barulah auntie boleh selit. Ke kena bawah lagi. Sebab Mika sayang Auntie Lin lebih dari auntie Aza. Ops.." Kata Mika dan disambut oleh ketawa kecil dari Aza.

Comel.

"Auntie tak kisah. Janji, Mika sayang auntie sampai bila-bila." Balas Aza.

"Insya Allah." Balas Mikail pula.

"Dah. Tidur. Esok nak kena sekolah, kan?" Arah Aza.

Mikail menarik selimutnya. Membaca doa tidur, 3 qul, qursi dan Al Fatihah.

"Selamat Malam. Assalamualaikum." Kata Mika.

"Waalaikummussalam." Dan Aza keluar dari bilik Mika. Menutup lampu dan ke bilik Dahlia. Dia lihat, Dahlia dah tidur. Terus saja dia turun ke bilik tetamu dibawah.

"Kak Lin, tak tidur lagi?" Tanya Aza.

"Cik Azwa. Tak balik lagi. Risau Kak Lin." Jawab Kak Lin.

"Kenapa pula?" Tanya Aza.

"Dia kena marah teruk dengan Tan Sri siang tadi. Lepas tu, dia keluar rumah. Langsung tak balik sampai sekarang." Jawab Kak Lin.

Aza diam.

"Dia balik rumah dia lah tu." Balas Aza menyedapkan hati Kak Lin.

"Harap-harap lah. Kak Lin risau. Sebab dari gaya dia tu, marah sangat. Takut apa-apa jadi kat dia." Kata Kak Lin.

"Doa yang baik-baik saja Kak. Insya Allah, semua okey."

Kak Lin angguk. Sempat dia menjeling pintu rumah sebelum masuk ke biliknya.

Aza juga turut masuk ke biliknya. Malas nak fikir apa-apa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now