27

4.4K 159 6
                                    

Iman pening. Dia tak tahu apa alasan Alia membawa masuk Azwa dan Aza. Kedua-dua wanita yang dia tahu punya perasaan kepadanya.

Adakah Alia mahu mengujinya. Membawa masuk Azwa ke dalam syarikat. Meletakkannya diposisi pengurusan. Yang sememangnya akan sentiasa berurusan dengannya. Adakah Alia cuba untuk menguji cintanya. Sama ada mampu mempertahankan rumahtangga mereka atau memilih nafsu untuk bersama Azwa?

Adakah itu perancangan Alia? Jadi, untuk apa bawa Aza masuk sebagai setiausahanya? Untuk memantaunya? Apa?

"Bos, tak payah berkerut. I know her doing. I know her plan. But, it's a top secret. Yang pasti, itu yang dia rasa betul to protect you the best she could." Kata Aza yang entah bila sudah terpacak dihadapannya.

Iman mengerutkan dahinya.

"Alia terlampau banyak rahsia dengan I lately. I risau gila." Kata Iman.

"She always like that. Dia sentiasa merisaukan I. Marry you already make me worried. But, seeing her happy with you, make me less worries. But now, dia buat I takut. Bukan risau lagi." Balas Aza.

Bertambah kerut dahi Iman. Dia ingin bertanya, tapi, dia tahu, dia tak akan dapat jawapannya.

"What was it?" Tapi, Iman tetap mencuba nasib.

"Told you. That's a top secret." Balas Aza sambil ketawa halus.

"Cuba nasib." Iman turut sama ketawa.

"Iman..." Satu suara lembut dan manja dipintu. Tanpa ketuk, dia menyergah.

"Cik Azwa, please do me a favour. I was in a middle of discussion with our boss. Could you please wait. And, please have some manners. Knock the door first. Oh. No. No. Since I'm his secretary, please. Before you masuk, berurusan dengan I dulu. If I wasn't in my place, anggap je boss tak ada dan leave." Kata Aza tegas. Tanpa bergerak selangkah pun dari tempatnya berdiri. Hanya memusingkan badannya.

Iman angguk.

Azwa keluar. Rasa ingin saja ditampar mulut celupar Aza. Tapi dia kena bertahan. Dia dipejabat. Pada waktu pejabat.

Dia kembali ke biliknya. Dia mahu berjumpa Iman untuk bertanyakan tentang kerjanya. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Hari pertama kerja. Tak ada sesiapa yang memberitahunya apa kerjanya.

Tak lama kemudian, pintu biliknya diketuk. Selepas dia memberi arahan masuk, Aza berjalan mendekati mejanya bersama beberapa buah fail.

"This is your letter of acceptance. It state position you, your salary and all the requirements between you and the company. Baca and sign." Kata Aza sambil meletakkan surat yang dibawanya.

Azwa ambil dan baca seketika. Kemudian, dia menurunkan tandatangan dimuka surat akhir dan memulangkan semula surat itu kepada Aza.

"And, this is what you gonna work on." Kata Aza sambil meletakkan fail yang dipegangnya ke atas meja Azwa.

"Anything, just ask me." Kata Aza sebelum keluar dari bilik Azwa.

Azwa hanya memerhati Aza keluar sebelum mengbil fail-fail yang diletakkan Aza tadi. Dia meneliti setiap helaian kertas didalam setiap fail dan cuba memahaminya.

"Ini? Position as business development executive. Tapi semua benda ni berkenaan dengan marketing and sales. Apa benda ni? Is this what we called business development?" Tanya Azwa sendirian.

Dia bangun dan membawa fail-fail itu ke bilik Iman. Dia mahu bertanya kepada Iman sendiri. Baru saja dia mahu melangkah masuk ke bilik Iman, Aza sudah menghalang.

"Can we cut all the protocol? Rimaslah. Kerja cepat boleh jadi lambat." Marah Azwa.

"Nope. Boss tak boleh sentiasa diganggu." Balas Aza.

"This is work related. Takkan semua nak kena screening. Lecehlah." Marah Azwa.

"Tak nak leceh, resign. Buat company sendiri. Jadi bos. Then you know. Pentingnya untuk tak diganggu." Balas Aza.

Azwa menarik nafas dalam dan menghembusnya kasar.

Aza hanya memandang. Pada penilaian awalnya, Azwa taklah kasar. Dari gayanya, dia seorang perempuan yang berhemah. Patutlah Alia tak mampu nak berkasar dengannya. Dia memang patut dihormati.

"Ini. Kerja yang you serahkan untuk I. This is not what I should do, right?" Tanya Azwa.

"Based on apa yang Alia brief me. Your position stated  dalam surat perlantikan just untuk gaji you. But actually, you are doing internship. Which means, you akan diserap dalam semua department. Nanti, they will give you mark. Dari situ, you akan di screen. Department mana yang you perform. There will be your permanent position." Terang Aza.

"Hold on. Alia? Are you kidding me? Apa yang dia tahu? Dia tu suri rumah sepenuh masa. Apa yang dia tahu pasal office?" Tanya Azwa. Memperlekehkan Alia.

"Nampak sangat tak kaji pasal company. Tu lah. Masuk ikut cable lagi." Perli Aza.

Azwa menjeling Aza.

"Tan Sri pegang 50% of the share. 5% to Salleh and Intan. 10% for Iman and 15% to Alia. The other 20% is for other share holder. And, for your information Cik Azwa. Most of the decision is made by Alia. Consult by Tan Sri. Dan HR department is under Alia punya kuasa. Iman tak ada kuasa langsung. So, if you are depending on Puan Sri. Just take note. Puan Sri tak ada share langsung dalam company ni. Dan wasiat Tan Sri, Alia akan pegang another 30% of his share and another 20% Alia hold as a proxy for her children." Jelas Aza bersama tokok tambah.

Hakikatnya, dia sendiri tak pernah tahu tentang wasiat Tan Sri Ilyas. Langsung tak tahu. Sengaja dia mereka cerita agar Azwa sedar diri betapa pentingnya Alia dalam hal pengurusan syarikat.

"Oh. Sebelum I lupa. Share Iman, akan dibahagikan kepada Dahlia, Mikail dan Indah bila dorang berusia 20 tahun. In a simple words, Iman tu, tak ada apa-apa." Aza menambah lagi cerita.

"Kesian Iman. Dianak tirikan." Kata Azwa.

Aza diam. Sekali lagi membenarkan tanggapannya. Azwa budak baik. Dia bukan mahukan Iman kerana harta tapi dia benar-benar mencintai Iman.

Dia pandang Azwa. Simpati.

'Dik, cinta bukan bermakna memiliki. Cinta juga bukan bermakna kita perlukan dia untuk mencintai kita. Cinta itu tanggungjawab. Kalau kau tak mampu nak pikul, baiklah tarik diri.' Pesan Aza dalam hatinya. Belum masa untuk dia memberi nasihat itu kepada Azwa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now