Alia keluar dari kereta grab yang ditempahnya dari KLIA ke rumah mereka. Tak mahu menyusahkan Pak Mat untuk mengambil mereka. Lagipun, hari ini hari Ahad. Pak Mat cuti.
Dia nampak Azwa sedang terkocoh-kocoh mengikut Tan Sri Ilyas. Wajahnya cemberut. Seperti baru lepas kena marah.
"Kenapa tu?" Tanya Iman yang sedang mengeluarkan beg dari bonet kereta.
Alia angkat bahu. Mereka berdua hanya memandang dan kemudian, terus masuk ke dalam rumah setelah kereta grab itu berlalu. Tak sabar mahu berjumpa dengan anak-anak mereka.
"Assalamualaikum." Ucap Iman dan Alia serentak. Namun, tiada jawapan.
Mereka naik ke atas. Pandangan mereka makin pelik bila melihat anak-anak mereka sedang tekun berbincang di ruang santai ditingkat atas. Dengan kertas putih yang bersepah didepan mereka.
"Aidil, Dahlia, Mika." Seru Alia.
"Bonda! Bapa!" Dan mereka bertiga berlari mendapatkan Alia dan Iman. Bergilir-gilir mereka memeluk Iman dan Alia.
"Buat apa? Tekun betul." Tanya Iman.
Mereka bertiga menggelengkan kepala. Rasa takit dan bersalah. Mereka tak sangka yang bapa dan bonda mereka akan pulang hari ini. Pada kiraan mereka, bapa dan bonda mereka akan hanya balik esok. Jadi, hari ini merupakan hari keputusan untuk Azwa. Dan mereka sedang menimbang tara semua jawapan balas dari semua orang dalam rumah ini.
"Apa sebenarnya yang korang buat? Bagitahu bonda. Sekarang!" Tegas Alia dengan nada mengugut.
"Alia..." Tegur Iman.
Alia pandang Iman dengan pandangan menyakat. Hanya Iman saja yang boleh nampak ekspresi wajah Alia sekarang ini.
"Berdiri kat tepi tu. Pandang dinding." Arah Alia.
Teringat saat berada di Berlin. Dia melihat seorang ibu mendenda anaknya. Disuruh pandang ke dinding dan tak semana, anaknya menangis.
"Bonda... Mika minta maaf. Mika cuma nak auntie Azwa faham. Tak mudah nak gantikan bonda. Tak senang nak hidup sebagai menantu Tok Pa." Kata Mika. Suranya sendu. Sedikit saja provokasi akan huat dia menangis meraung.
Alia terkejut. Dia memandang Iman yang juga terkejut. Mereka tak sangka. Tak terlintas pun difikiran yang tiga beradik itu sedang melakukan sesuatu yang serius.
"Betul bonda. Niat kami baik. Kami minta pendapat dari semua orang. Kertas tu semua komen semua orang pasal auntie Azwa. Bukannya kami buat ikut hati. Kami tahu, bonda selalu pesan. Bila nak buat apa pun keputusan mesti ada fakta. Ada bukti. Itu yang kami buat." Bela Aidil.
Iman dan Alia segera berjalan ke arah kertas-kertas yang disepahkan itu. Satu persatu dibacanya. Rata-rata komen tidak berpuas hati dengan Azwa. Ada juga kutukan dan kata sumpahan untuk Azwa.
Azwa ini. Azwa itu. Dan yang baca adalah anak-anaknya! Alia jadi berang.
Iman memeluk bahu Alia. Mengusap bahu dan belakang Alia. Cuba menenangkan Alia.
"Siapa tahu tentang benda ni?" Tanya Alia. Tegas.
"Semua." Jawab Dahlia.
"Tok Pa dan auntie Aza pun tahu?" Tanya Alia.
Ketiga-tiga anaknya angguk.
Alia tarik nafas dalam. Dia cuba bertenang dan segera turun ke bawah bersama dengan kertas yang dibacajya tadi. Dia berjalan menuju ke dapur.
"Eh. Alia. Bila balik?" Tanya Kak Lin yang sedang memberi Indah makan.
"Aza!" Panggil Alia. Cuba mengawal marahnya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...