TR45

5.3K 194 19
                                    

"Iman, balik ya sayang. Jangan buat papa dan mama macam ni. Papa tu, hari-hari sebut nama Iman." Pujuk Puan Sri Kalsom.

Iman diam.

"Iman..." Sayu saja suara Puan Sri Kalsom.

Iman tidak bersuara. Masih meneruskan kerjanya. Sedangkan otaknya sedang ligat memikirkan alasan yang terbaik untuk diberikan kepada mamanya.

"Iman, tak kesian ke kat parents you. Azwa yang dengar ni pun rasa kesian." Azwa yang dari tadi hanya mendengar, bersuara.

Naik benggang melihat Iman yang hanya diam dan buat Puan Sri Kalsom terus merayu. Sakit hatinya melihat kebisuan Iman. Seolah-olah tidak menghormati orang tuanya sendiri.

Iman memandang tajam kearah Azwa. Azwa tak patut berada disini. Dan tak perlu untuk masuk campur hal rumahtangganya. Keluarganya.

"Apa you buat kat sini? I thought the deal is you leave our family. Then, why are you here?" Tanya Iman sambil menyilangkan tangannya.

"I...." Gagap Azwa ingin menjawab.

"Mama yang ajak dia." Sampuk Puan Sri Kalsom.

"And you are my mom. Part of the family. You know the deal. And you still with her. Wow. Then, mama nak Iman balik ke rumah tu? For what? Nak rapatkan Iman dengan dia ni?" Tanya Iman lagi.

Jika tadi, dia tercari-cari ayat untuk menjaga hati Puan Sri Kalsom, kini, hilang semuanya. Teringat ugutan yang dilakukan oleh mamanya terhadap isterinya. Dan dia rasa tindakan itu adalah melampau.

Tak seharusnya seorang ibu cuba merosakkan kebahagiaan anaknya. Benar, dia pernah jatuh cinta kepada Azwa. Tapi, bukankah sebagai ibu, mamanya perlu menasihatinya supaya menjaga rumahtangganya. Terutama rumahtangga yang tidak punya masalah. Yang aman dan harmoni. Ada anak-anak yang masih kecil. Yang perlukan kasih sayang dan perhatian kedua ibu bapa.

"And you. Tak malu ke? Mana maruah you sebagai perempuan? Mana you letak malu you? Bukankah perempuan itu manisnya kerana malunya?" Soalanya kini tertumpu kepada Azwa.

Azwa terdiam. Rasa dipermalukan dan diperkecilkan oleh Iman. Terasa tercabar maruahnya tika itu.

"You know? You dan Alia, memang you lebih cantik. Tapi, Alia lebih seksi. Lebih menggoda. Why? Sebab dia tahu menjaga kehormatan dia. Dia ada perasaan malu yang tebal dengan I walaupun we have been together for 14 years. And more, dia tak paksa I untuk cintakan dia. Tapi, dia buat I jatuh cinta pada dia. And it was so opposite you." Sinis sekali Iman memberikan hujahnya.

"Iman..." Suara Puan Sri Kalsom meninggi. Dia tak suka kata-kata Iman itu.

"Ma, you make Azwa looking like a worst women. Wake up Azwa. Mama I cuma gunakan you. Jangan jadi bodoh sebab cinta. Life is not just about love and marriage. There have more. Especially you. Masih muda. Kejar cita-cita you. Kejar impian you. That will make you look sexier. And, I believe, akan ramai lelaki yang kejar you. Yang boleh buat you jatuh cinta. But, not me. Just not me. Sebab, I nak pertahankan rumahtangga I dan Alia. Insya Allah." Nasihat Iman.

Azwa diam. Berfikir. Cuba mencerna apa yang dikatakan Iman.

Tiba-tiba air mata Azwa mengalir. Terasa dirinya sangat bodoh. Betul kata Iman. Tapi, dia terlalu mencintai Iman.

"Tak. Tak ada lelaki yang mampu buat I jatuh cinta. I just love you. Can't you give me a chance? To love you?" Tanya Azwa.

"No. I tak nak perempuan lain selain Alia. I told you. Even Alia mati pun, I tak akan buka hati untuk sesiapa pun. I just nak Alia. No more. That's my doa everyday. And I pray to Allah, biar jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat kami. Dan biarlah kami hidup dan mati bersama." Jawab Iman. Lebih tegas dari sebelum ini.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now