TR47

4.9K 183 12
                                    

"Bukan give up, papa. Tapi, tengoklah papa. Macam tak terurus. Itu mujur ada orang gaji. Kalau tak? Mesti macam gelandangan." Bebel Alia.

Tan Sri Ilyas diam.

Dia cuba untuk buat Alia tak risaukannya. Hakikatnya, dia tak mampu nak sembunyikan apa-apa dari menantunya yang seorang ini.

Mestilah dia rasa sunyi dan sunyi itu yang menekannya. Dia benci kesunyian. Seumur hidupnya, dia dah puas dengan sunyi. Sunyi dari kasih sayang ibu bapa yang sibuk dengan kerja. Sunyi dari kawan-kawan yang sibuk dengan urusan dunia mereka. Walaupun sudah ada anak dan isteri, dia tetap rasa sunyi. Kerana dia perlu keluar bekerja bagi membangunkan legasinya.

Hinggalah Iman muncul dalam hidupnya. Imam yang sentiasa mahu bersamanya. Iman yang selalu pandai menarik perhatiaannya. Namun, dia tak boleh beri sepenuh perhatian kepada Iman. Kerana tugasnya.

Dan kehadiran Alia benar-benar buat rasa sunyinya hilang. Keletah dan kebijaksanaan Alia dalam menguruskan masanya. Ada masa untuk kerja dan keluarga. Tak seperti setiausahanya yang lain. Hanya menguruskan masanya untuk kerja. Siang atau malam.

Berlainan dengan Alia. Tak ada temujanji selepas waktu pejabat. Kecuali jika terpaksa dan tak dapat dielakkan. Walaupun majlis makan malam. Jika tak benar-benar beri manfaat kepada syarikat, Alia tak akan masukkan ke dalam jadualnya. Jika boleh digantikan dengan Iman atau Saleh atau sesiapa saja, dia pasti akan lakukan.

Kerana itu, dia sayangkan Alia. Alia tahu apa yang dia inginkan. Pada usianya 51 tahun, apa yang diperlukan adalah rehat yang cukup. Masa dengan keluarga. Dan, dia mahukan ketenangan. Bukan kesibukan dunia lagi.

"Papa macam ni. Aidil pun sama. Korang ni nak buat Kak Nah lagi benci kat Alia ke? Ini kalau Kak Nah dengan mama tahu korang datang sini, mesti dorang bencikan Alia. Mesti dorang kata, Alia hasut korang ke sini." Alia terus membebel.

"Papa dah biasa dengan Alia. Pergi meeting semua tu dengan Aznah. Langsung tak seronok. Macam dia yang bos. Arah itu ini. Dia pun, bukan nak bersembang dengan papa. Kadang-kadang rasa, baik lagi Azwa dari Aznah." Balas Tan Sri Ilyas.

"Papa nak ke Azwa jadi PA papa? Alia boleh 'arrange'kan." Tanya Alia.

"Papa ada menantu. Buat apa PA lagi? Lagipun, bukan hal business pun." Tolak Tan Sri Ilyas.

"Bukan hal business? Pa, tak payah nak mengarut. Collaboration between Berwaja Holdings dengan semua supplier and investor tu semua sebab papa rajin buat networking. Lepak dengan atok-atok vogue tu semua, nak jaga networking la. Apa yang bukan hal businessnya." Balas Alia.

"Itu dulu. Sekarang ni, kami kawan. Bukan sebab business lagi. Semua pun, dah handover business kat anak-anak." Balas Tan Sri Ilyas.

"Pa... Kalau bukan atas nama kawan, takkan semua tu jadi. Dari dulu, collaboration ni jadi sebab kawan. Kawan tu namanya networking. Bukannya buat muka fake. Acah-acah kawan tapi fake. Kalau itu cara buat networking, takkan kekal lama. But you see. Berapa lama dah collaboration kita dengan dorang. Sebab papa dan mereka semua betul-betul treasure the friendship. Walaupun dah serahkan ke anak-anak, the company is still your and you still have the power over it. And the most powerful power is, you all the father of the leader." Lembut suara Alia tapi ada juga perkataan yang ditekan. Intonasi yang buat orang senang nak faham apa yang cuba disampaikan.

Sekurang-kurangnya, untuk Tan Sri Ilyas yang mendengar.

"Kadang-kadang Papa rasa, rumah tu dah tak menenangkan. And papa sangat bersyukur, Alia masih dengan Iman. Sekurang-kurangnya, papa ada tempat nak pergi. Nak mengadu." Adu Tan Sri Ilyas.

"Pa... Kalau papa rasa rumah tu dah tak membawa bahagia, papa kenalah cari jalan untuk bahagia. Bukan lari macam ni. Lari tak selesaikan apa-apa. Apa yang buat papa rasa tak nak duduk rumah?" Tanya Alia.

"First, Kak Nah kau. Serabut lah dengar dia bebelkan pekerja. Lepas tu, sambung bebelkan papa. Tau sajalah ayat dia tu. Mana pernah elok. Maki hamun. Cakap pun asyik perli. Menyakitkan hati." Jawab Tan Sri Ilyas.

"Itu dah memang perangai dia, pa. Papa bukan tak biasa. Papa duduk serumah dengan dia dah hanpir 18 tahun. Takkan papa tak biasa lagi?" Balas Alia.

"Dia makin teruk. Makin kuat bebel. Makin cepat marah. Makin menyakitkan hati." Adu Tan Sri Ilyas.

"Cuba papa berbual dengan dia. Tanya dia elok-elok. Kenapa dia jadi macam tu." Cadang Alia.

"Papa dah cuba tapi dia langsung tak nak bagitahu. Langsung tak nak dengar cakap papa. Papa tengking dia, dia tengking papa balik. Cakap elok-elok pun tak guna. Cakap kasar lagi la." Balas Tan Sri Ilyas.

Alia tarik nafas dalam.

"Minta tolong mama nasihatkan dia. Kak Nah kan rapat dengan mama. Mungkin dia nak dengar cakap mama." Cadang Alia lagi.

"Mama kau lagi satu serabut. Dulu, masa papa selalu keluar dengan Alia, dia kata papa manjakan Alia. Asyik dengan Alia je. Sekarang ni, dia marah pula. Kata papa abaikan dia. Dia tuduh papa ada perempuan lain. Main kayu tiga. Tak fahamlah papa. Papa ni dah tua. Dah 65 tahun. Nak main perempuan apa lagi? Ini masa untuk cari Tuhan. Bukan cari perempuan. Kubur tu, asyik memanggil saja. Kalau nak cari perempuan, dari dulu. Masa muda-muda. Bukan sekarang." Kata Tan Sri Ilyas.

Alia mengeluh.

Hakikatnya, dia selalu rasa bapa mertuanya itu mengabaikan mak mertuanya. Selalu. Dari mula dia bekerja dengan mereka sampai sekarang. Tapi, tak sampai hati nak cakap.

"Papa, kalau Alia cakap, papa janji takkan kecil hati." Alia memulakan mukadimahnya.

Bak kata Tan Sri Ilyas, dia dah tua. Bila lagi saat dia nak perbaiki diri dia kalau tak ada yang menegur. Mungkin dia tak sedar, jadi, perlu ada seseorang yang perlu menyedarkannya.

Tan Sri Ilyas memandang Alia.

"Ini dari kaca Alia sebagai yang memandang. Kalau Iman layan Alia macam papa layan Alia, mesti Alia sedih.mesti Alia akan jadi macam mama. Mesti Alia akan cuba macam-macam cara untuk tarik perhatian Iman." Alia putuskan untuk meletakkan dirinya ditempat Puan Sri Kalsom.

Berkerut dahi Tan Sri Ilyas cuba untuk memahami kata-kata Alia.

"Mama cuma nak perhatian papa. Mama bukan nak sangat pun duit papa. Tapi, mungkin sejak dia baru kahwin dengan papa, papa dah biasa bagi apa yang dia nak. Papa gantikan perhatian papa dengan duit. Pa, Alia tak tahu sangat tapi kalau Alia yang duduk ditempat mama, Alia sedih. Alia perempuan. Kekayaan dan kemewahan tu hanyalah bonus. Tapi, dapat kasih sayang, cinta dan perhatian suami tu lebih penting, pa." Kata Alia lagi.

"Itu Alia. Bukan mama. Mama memang suka duit. Kalau tak ada duit, dia boleh jadi gila." Balas Tan Sri Ilyas.

"Papa nak bet dengan Alia?" Cabar Alia.

"Dengan papa pun nak buat trick tu?" Balas Tan Sri Ilyas.

Alia angkat kening berkali-kali bersama sebuah senyuman yang mencabar.

"Okey. What was it?" Tan Sri Ilyas mengalah.

"Seminggu. Seminggu papa luangkan masa dengan mama. Stop all your activities. Just be with mama. Either papa nak pergi bercuti atau just duduk dengan mama. Give all your attention to her. Sabar dengan apa saja yang mama buat. Tenangkan mama. Yakinkan mama yang papa nak berdua saja dengan mama. How was it?"

"Gelilah. Dah tua-tua nak buat macam tu."

"Deal or no deal?"

"Ok." Akhirnya Tan Sri Ilyas menyahut cabaran Alia. Demi untuk dirinya dan keluarganya.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now