TR55

5.3K 190 5
                                    

"Depa macam mana weh?" Tanya Alia.

"Okey. Aku tengok depa happy." Balas Aza dihujung talian.

Alia angguk sambil tersenyum bahagia.

Sungguh dia tak sangka, syarikat yang dibinanya dan diusahakan oleh Aza berjaya membawa keluarganya untuk bersatu.

Walaupun secara teknikalnya, keluarga Iman. Tapi, Iman suaminya. Keluarga Iman adalah keluarganya. Jadi, tak salah pun dia nak kata abang dan kakak Iman adalah abang dan kakaknya juga.

Saleh dan Intan bekerja dengan Aza dan Azwa. Saleh diletakkan dibawah unit pembangunan syarikat manakala Intan diberi tanggungjawab untuk menyelenggarakan segala hal operasi. Ternyata, mereka berdua mampu lakukan.

Seperti yang dia katakan, Saleh tidak diletakkan diposisi yang betul. Saleh tak boleh buat kerja tapi, dia ada idea yang selalu luar kotak.

Intan tak pernah diberi peluang untuk menonjolkan diri dalam urusan syarikat. Ternyata, Intan mampu. Berinya kebebasan, kerja yang dihasilkan sangat baik. Digabungkan pula dengan Azwa. Bertambah menarik dan meletup.

"Jangan risau, depa tak tau company ni hang punya." Kata Aza bila Alia diam.

"Aku bukan risau hat tu. Aku risau kalau Puan Sri ternampak Intan. Kami duk kelentong dia kata Intan buat aktiviti kemasyarakatan. Jadi suka relawan dekat rumah orang tua-tua sambil terima rawatan psikologi." Balas Alia.

"Hang kena tau, kalau Allah nak tunjuk, walau hang lari hujung dunia pun, akan jumpa. Tapi kalau Allah kata tak, belum lagi, hang depan mata pun, takkan nampak." Pujuk Aza.

"Aku tak tau lah macam mana aku dengan papa boleh sepakat dengan Iman dan abang Saleh nak kelentong puan sri." Alia mengeluh.

Perasaan bersalahnya makin hari makin meluap. Dengan rasa takut dan pelbagai rasa yang tak enak.

"Aku tak tau lah otak aku ni. Banyak je idea nak pusing sana sini. Ada je idea nak kenakan orang." Sambung Alia.

Aza ketawa.

"Tu bukan kenakan. Tu nak ajar namanya. Dah lama hang pehati depa. Dah memang masa hang bertindak pun. Hang tengok hasilnya. Intan dan Saleh. Ingatkan depa tu anak orang kaya yang tak berguna. Rupanya..." Balas Aza.

"Cakap pasal Saleh. Hang rasa dia macam mana?" Tanya Alia.

"Okey. Bijak. Pandai uruskan semua benda. Tak payah suruh, dia tahu kerja dia. Hang buka peluang untuk dia tunjuk kemampuan dia. Dan ternyata, dia mampu." Jawab Aza.

Alia senyum.

"Hang sebenarnya nak cakap apa ni?" Tanya Aza.

"Aku rasa... aku nak serahkan semua share aku kat hang." Jawab Alia. Lambat.

"Pasaipa?"

"Iman."

"Kenapa dengan Iman?" Tanya satu suara yang datang dari belakang.

Alia pandang ke belakang. Telefon bimbitnya dimatikan dan diletakkan diatas meja solek. Dia mendekati Iman dan menyalami tangan Iman.

"Tak sedar Iman balik." Kata Alia. Dia senyum.

"Iman nak buat surprise. Tapi, macam Iman yang di surprise. Something wrong with me? Iman ada buat Alia sakit hati ke? Ada something yang Alia tak suka yang Iman buat?" Tanya Iman. Lembut. Matanya tepat memandang Alia. Jelas, dia risau seandainya dia menyakiti hati isterinya itu.

Alia geleng. Laju. Bagi setiap pertanyaan Iman.

"Iman tak pernah buat apa-apa salah dengan Alia." Jawab Alia.

"So, kenapa? Apa yang Iman?" Tanya Iman. Mula menggesa.

Alia geleng. Masih belum bersedia nak kongsikan hal ini dengan Iman. Dia takut menerima reaksi dari Iman.

Kerana dia kenal Iman. Iman tak suka dia berahsia apa pun. Iman mahu Alia ceritakan segalanya kepadanya.

Tapi, Alia sudah merahsiakan hal ini dari sebelum mereka nikah sampai sekarang. Bagaimana penerimaan Iman yang menjadi kegusarannya tika ini.

Entah kenapa dia tak pernah nak bagitau Iman tentang syarikatnya. Tak pernah rasa keperluan itu. Tak pernah juga rasa bersalah merahsiakan hal ini. Namun kini, semua perasaan itu hadir.

Dia rasa perlu untuk Iman tahu. Dia rasa bersalah merahsiakan hal ini dari Iman. Dan, dia juga rasa Iman akan berkecil hati dengannya.

Lalu, haruskah dia berterus terang? Beeterus terang hanya akan menggoyangkan rumahtangga mereka. Hanya akan membuatkan hubungan mereka jadi hambar.

'Alia, kebenaran itu menyakitkan. Tapi terus terusan menipu akan menghilangkan ketenangan. Pilih Alia. Cepat atau lambat, Iman pasti tahu. Biar dia dengar dari kau sendiri dari orang lain. Sekurang-kurangnya, cerita dari kau asli. Tiada tokok tambah.' Hati Alia berkata.

Tapi, macam mana jika ianya akan jadikan Iman menjauhinya?

'Alia, biar dia jauh sekarang jangan dia jauh selamanya.' bisik hati Alia lagi.

"Iman. Pergi mandi dulu. Lepas tu, Alia cerita." Pujuk Alia.

Iman angguk.

Sementara Iman sedang mandi, Alia menyiapkan pakaian Iman. Otaknya ligat nemikirkan ayat yang terbaik untuk didengari oleh Iman. Supaya Iman tidak melatah. Dan supaya Iman tenang menerimanya.

Saat Iman keluar dari bilik mandi, dan menyarungkan pakaian yang Alia sediakan, Alia hanya memerhati. Jantungnya berdegup laju. Dia tak pasti.

"Alia dah sedia?" Tanya Iman.

Alia geleng. Wajahnya jelas gelisah.

Iman geleng kepala melihat keadaan Alia. Dia tahu, pasti sesuatu yang besar. Kalau tidak, Alia takkan jadi begini. Tapi apa? Dia nak tahu. Dia nak Alia kongsi segalanya dengannya. Dengan itu, dia rasa Alia mempercayainya.

"Take your time." Kata Iman. Cuba untuk tak memaksa walaupun dia sangat mahukan jawapan itu. Sekarang.

Alia geleng lagi.

"Sooner or later, you will know. And it is better kalau Iman dengar dari Alia. Kan?" Kata Alia.

Iman angguk.

"Alia ada own a company." Kata Alia.

Iman angguk.

Dia tahu. Perniagaan bapa mertuanya itu adalah hasil usaha Alia dan seluruh ahli keluarga besar Alia.

"The company that you never know." Sambung Alia.

Iman diam.

"I set up the company before Alia kerja dengan papa. Alia terima tawaran Aza untuk replace her sebab Alia perku modal untuk built-up the company. Then, Aza yang jaga semua hal urusan syarikat. Alia cuma pump-in the capital when needed. Lepas kita nikah, the company didn't need anything from me. So, Alia dah tak ambil tahu sangat pasal company tu. Semua Aza yang uruskan. Setiap bulan, Alia akan dapat dividen and elaun as a director." Cerita Alia.

"It was 13years ago? Then, baru hari ni Alia nak cerita dekat Iman? Why?" Tanya Iman. Cuba bertenang walaupun hatinya rasa pedih.

Alia angkat bahu.

"Maybe sebab Alia rasa rahsia ni takkan boleh kekal lama. Especially, bila abang Saleh dan Intan kerja dekat sana. Sooner or later, they will know. And of course, lepas tu, Iman pun akan tahu. Dan Alia rasa, baik Alia sendiri bagitahu Iman dari orang lain." Kata Alia.

"But why?" Kenapa lepas 13 tahun, Alia? Kenapa nak sorokkan dari Iman?" Tanya Iman. Masih belum berpuas hati dengan jawapan Alia.

"Alia tak rasa Iman perlu tahu. Lagipun, it didn't take any of my time with you." Jawab Alia.

"In a simple words, Iman tak penting pun. Kan?" Tanya Iman. Kecewa.

Alia geleng.

Tapi Iman dah keluar dari bilik mereka.

Alia menangis sendiri. Dia tak tahu. Apa yang perlu dia buat. Dia sudah melukakan hati Iman. Rahsia ni, bukan baru ni. Dah terlalu lama disimpan. Jika dia ditempat Iman pun, dia akan buat oerkara yang sama.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now