15

4.1K 159 3
                                    

"Papa pun tak setuju Dahlia masuk competition ke apa ke." Tegas Tan Sri Ilyas.

"Eh. You ni. Biarlah cucu nak bertanding. Baru ada challenge. Kan, Dahlia." Bidas Puan Sri Kalsom.

Dahlia diam.

""Dahlia kena faham. Bapa bagi belajar bukan bermakna bapa bagi Dahlia ceburi bidang ni. Just for fun and as your hobby. You can judge me as conservative or what so ever, but, bapa tak minat tengok anak perempuan bapa jadi perhatian awam dengan tarian. Kalau nak jadi tumpuan, make sure something that giving benefits to people. Bukan menghiburkan orang dengan terkinja-kinja atas pentas." Balas Iman.

"Bapa, Tok Pa, bonda. Don't worry. Dancing is only my hobby. Whatever your decision, Dahlia ikut. And Dahlia faham." Kata Dahlia. Dia bergerak ke arah Tan Sri Ilyas dan duduk diatas ribaan Tok Pa nya.

"Ala... Kolot sangat. Dia menari je pun. Plus, dia masih kecil. Budak lagi. Tak ada dosa pun lagi." Bidas Puan Sri Kalsom.

"Haah. Biarlah dia masuk pertandingan tu. Baru dia tahu kat mana kemampuan dia." Sokong Intan.

"Kalau bapa dan bonda Dahlia tak bagi, biar Mak Long bawa Dahlia pergi. Deal?" Sampuk Aznah.

Dahlia geleng.

"Bapa dan bonda always know what is best for me. If they said no. It means no from me too." Kata Dahlia.

"Dorang bukan selalu betul pun." Perli Aznah. Menyilang tangannya dan memandang ke arah luar.

"Betullah. Iman dan Alia bukan sentiasa betul. Tapi, tak payah nak ajar anak Iman jadi kurang ajar. Melawan bapa dan bonda dorang." Balas Iman.

"Mak Long, ustazah cakap, dengar cakap bonda dan bapa is how we show our love. Our respects." Sampuk Dahlia.

"Pandai cucu Tok Pa." Puji Tan Sri Ilyas. Dia mencium ubun Dahlia sebagai hadiah kerana bijak membezakan baik dan buruk. Walaupun baru berusia 10 tahun.

"Kalau Mika, Mika berhenti je dancing. Cikgu Azwa tu pun, bukannya baik pun." Sampuk Mika.

"Mika...." Alia memberi amaran. Dia tak suka anaknya menyampuk bila orang tua sedang berbincang.

"Mika cakap je."

"Mika..."

"Apa? Prevention is better than cure."

"Mika."

Dan Alia terus menarik Mika keluar dari rumah dan diseret masuk ke dalam rumahnya.

"Mika nak malukan bonda depan semua orang ke? Biar orang kata, bonda tak pandai jaga anak. Macam tu?" Marah Alia. Tapi suaranya rendah tapi tegas.

Mikail sudah menangis. Anak itu baru berusia 9 tahun tapi sangat tegas dengan pendiriannya. Namun, jangan pernah Alia memarahinya. Pasti mudah saja dia rasa bersalah dan pastinya dia akan menangis.

Alia memeluk Mikail.

"Bonda tak marah apa yang Mika cakap. Tapi, bonda tak suka Mika menyampuk bila orang tua sedang bercakap. Tak sopan, sayang." Pujuk Alia.

"Mika tak suka Cikgu Azwa. Dia kata, dia nak gantikan tempat bonda." Cerita Mikail.

Alia terperanjat.

Iman yang baru masuk ke dalam rumah bersama Dahlia dan Indah juga turut terperanjat.

"Mika, kan kakak cakap, jangan cerita kat bonda." Marah Dahlia.

"Apa ni? Apa sebenarnya yang Dahlia dan Mika sorokkan dari bonda?" Tanya Alia.

"Tak ada apa-apa, bonda." Kata Dahlia. Dia mendekati Mikail dan cuba memaksa Mikail naik ke atas.

Mikail menarik tangannya dari Dahlia.

"Masa birthday Kak Dahlia, bapa suruh Mika bawa Cikgu Azwa pergi toilet, Mika bawalah. Lepas tu, dia puji Mika handsome. Mika cakap, bonda pun suka puji Mika handsome. Lepas tu, dia kata, dia boleh jadi mama Mika. Dia suruh Mika panggil dia mama. Sebab dia setaraf dengan bonda. Sejak tu, Mika benci Cikgu Azwa." Cerita Mikail.

Alia ketawa.

"Sebab tu je? Allah. Tak baik Mika benci orang tau. Mungkin niat dia baik." Kata Alia. Cuba menanamkan pemikiran positif dalam minda anaknya.

Mikail geleng.

"Mika dapat rasakan. Dia cuba nak dekat dengan bapa. Mika nampak, bonda." Tegas Mikail.

Dahlia angguk.

Ketawa Alia mati. Dia memandang Iman.

"Dah. Pergi naik. Siap-siap nak tidur." Arah Iman.

Dahlia mengambil Indah yang berada ditangan Iman. Dia mengajak Mikail naik ke atas.

Iman dan Alia memandang anak-anak mereka sehingga hilang dari pandangan. Kemudian, mereka berpandangan sesama sendiri.

"Iman tak bersalah kalau dia nak dekat dengan Iman. Iman tak layan. Iman ada Alia. Dah ada anak-anak pun. Dah cukup pun." Kata Iman membela diri tanpa Alia bertanya.

"So, betullah?" Tanya Alia.

Iman angguk.

Alia mengeluh.

"Ingatkan dah bagi anak dekat Iman sampai 3 orang, saham Iman jatuh. Rupanya, makin naik." Kata Alia.

Iman ketawa.

"Maybe you should give me another baby." Balas Iman.

Alia menjeling Iman.

"Sanggup ke? Tak ingat setiap kali Alia mengandung Iman cakap apa? Last one. No more. Kan? Tak sanggup kena hadap morning sickness." Balas Alia pula.

Iman ketawa. Dia kemudian mendekati Alia dan memeluk Alia.

"I do. But, that was the best experience ever. And that show how much I love you." Kata Iman dan mencium ubun Alia yang masih bertudung.

"Habis tu, kalau kata next pregnancy dan Alia yang kena morning sickness tu, mean you don't love me anymore? Your love isn't stronger then before?" Tanya Alia.

"Bukan macam tu, sayang. Anak tu penguat kasih sayang kita suami isteri. Iman nak seorang lagi. Cukup 2 pasang anak. 2 lelaki. 2 perempuan. Baru fair. 2 orang anak team Alia. 2 orang lagi team Iman. Kalau main game, baru fair. Ini sekarang ni. Ada 2 lelaki nak lawan 3 perempuan. Mana aci." Terang Iman.

"Ada ke main aci gitu." Dan Alia ketawa.

Iman turut sama ketawa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now