4

4.8K 173 0
                                    

"Iman tak kasi, pa." Kata Alia. Cuba untuk senyum manis.

"Nak papa cakap kat Iman?" Tanya Tan Sri Ilyas.

Alia geleng.

"Tak apa, pa. Iman dah janji nak pergi holiday nanti masa cuti sekolah. Kalau dia ada free time. Lagi seronok, pa." Jawab Alia. Cuba sedaya mungkin untuk menunjukkan rasa gembira bila dapat bercuti sekeluarga.

Tan Sri Ilyas angguk.

Dia faham perasaan Alia. Dia tahu Alia sedih. Tapi, kalau dah Alia kata begitu, maknanya dia tahu itu yang terbaik.

Dia tak mahu masuk campur dalam urusan rumahtangga Alia dan Iman. Kerana itu, dia bina rumah berasingan dengan rumah induk. Dia tahu, Alia seorang yang berdikari. Pastinya tak selesa seandainya duduk bersama mertua dan ipar duai.

Lagi pula, Alia seorang yang menjaga batas pergaulan dan kuat pegangan agama. Tentu saja dia tak bebas berada bersama ipar duainya.

Bukan dia beri layanan berbeza antara menantu tapi Alia layak untuk dapat semua tu. Antara semua menantunya, Alia yang tahu uruskan semuanya.

Menantu perempuannya yang sulung, Aznah hanya tahu mengarah itu dan ini. Sama juga dengan anak sulungnya. Kalau hari tak bekerja, jangan harap nak bangun awal. Dah bangun, langsung tak boleh buat apa. Terperuk saja dalam bilik. Anak mereka seorang. Itu pun, Alia yang uruskn sejak Alia masuk ke rumah ini. Suruh keluar hidup berdikari, tak mahu.

Anak keduanya, Intan. Langsung tak peduli hal rumah. Kerjanya tidur. Kalau tak tidur, keluar jumpa kawan-kawannya atau membeli belah. Mujur menantu lelakinya itu bergaji besar. Itu pun, selalu juga dia dengar Intan minta duit pada isterinya atau Alia.

Bagusnya Alia, langsung dia tak pernah bagi dari duit akaun keluarga. Dia pakai duitnya sendiri. Itu pun, tak banyak. Kerana Iman marahkan dia memberi wang kepada Intan.

Itu lah kelemahan Alia. Cepat rasa kesian. Mujur ada Iman yang tegas.

Dan kerana itu juga, dia berikan syarikat kepada Iman untuk uruskan. Dia langsung tak boleh harapkan anak lelaki sulungnya, Saleh. Tahu hanya menghabiskan duit. Keluar dengan kawan-kawan. Katanya mahu cari projek. Tapi, langsung tak ada.

Akhirnya, bila Iman ambil alih, diberhentikannya Saleh dan hanya memberi elaun pengarah setiap bulan. Dan dia sangat setuju dengan tindakan Iman itu. Itu yang dia nak buat dari dulu tapi dihalang oleh isterinya. Lagipun, tak sampai hati. Macam mana pun, Saleh tu, tetap anaknya.

"Alia kena cari cikgu menari lah papa. Dahlia nak belajar menari. Dia tak minat ballet tapi dia nak menari. Tak ada specific tarian apa yang dia nak. Tapi dari gaya dia, dia minat yang modern ni. Alia tak ada contact la. Risau salah hantar nanti, lain pula jadinya." Kata Alia.

"Tapi kalau dia minat street dance, macam mana?" Tanya Tan Sri Ilyas.

"Pa, janganlah takutkan Alia." Balas Alia.

"Papa cuma katakan kemungkinan." Kata Tan Sri Ilyas.

Alia tarik nafas dalam.

"Kalau dah tu minat dia, as a parent, kita galakkan je la. Kan, papa? Papa Alia selalu kata, papa dah bagi pendidikan, agama. Pandai-pandailah korang nak bawa diri." Kata Alia.

Tan Sri Ilyas angguk.

Bangga rasanya dengan besannya kerana berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik. Kedua-dua anaknya sangat baik dan menghormati orang lain. Berperibadian dan berpendidikan yang tinggi. Walaupun dia membesarkan mereka tanpa isteri disisi.

"Papa Alia sihat?" Tanya Tan Sri Ilyas.

"Papa nak cakap dengan papa Alia? Alia pun dah lama tak call papa. Dah 2 hari. Busy sampai terlupa. Anak apalah Alia ni. Papa sendiri pun lupa." Kata Alia sambil mendail nombor telefon papanya.

"Waalaikummussalam. Papa sihat? Papa Iman nak cakap dengan papa." Kata Alia sebaik saja talian bersambung.

Alia terus saja menghulur telefon bimbitnya kepada Tan Sri Ilyas tanpa menunggu jawapan dari papanya.

Tak sanggup nak dengar bebelan papanya.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now