"Azwa pun tak tau macam mana nak dekat dengan Iman. Setiausaha dia asyik halang I jumpa dengan Iman." Adu Azwa.
Puan Sri Kalsom menepuk belakang Azwa. Dia tak nak Azwa berputus asa. Hanya Azwa mampu merealisasikan impiannya untuk melihat Alia keluar dari keluarganya.
Alia harus keluar dari kehidupan keluarganya agar dia tidak terabai. Seandainya suaminya tiada, tanpa Alia, dia akan menguasai semua peninggalan suaminya. Anak-anaknya pasti tak berani nak membantah. Terutama Iman.
Iman anak yang taat. Kerana itu, dia menjadi kesayangan Tan Sri Ilyas. Dan semestinya, semua harta Tan Sri Ilyas akan diwasiatkan kepada Iman. Salah satu sebab kenapa Alia kena keluar ialah, Iman seorang yang mendengar kata Alia. Apa saja Alia kata, akan diikutnya. Tanpa bantah.
Jadi, Alia perlu pergi dari hidup Iman. Azwa adalah orang yang dicarinya selama ini. Seorang yang naif dan mencintai Iman sepenuh hati. Yang sanggup lakukan apa saja untuk Iman. Dia mudah mengawal Azwa.
Dan nasib benar-benar menyebelahi dirinya bila dia terdengar perbualan suaminya dan Iman. Iman cintakan Azwa. Jadi, misi untuk mengeluarkan Alia dari kehidupan mereka sekeluarga makin mudah. Namun, telahannya salah.
Alia lebih bijak.
"Nanti auntie cari jalan supaya Azwa dan Iman boleh selalu together." Pujuk Puan Sri Kalsom.
"Promise?" Pinta Azwa.
Puan Sri Kalsom angguk.
Azwa menghadiahkan ciuman dipipi tua itu sambil memeluk tubuh tua itu dengan girang.
Dia sangat gembira membayangkan dirinya dan Iman berdua. Dan dia mula membayangkan dia dan Iman bercinta. Seperti pasangan kekasih yang lain. Keinginannya untuk memiliki Iman makin menebal. Dengan sokongan dan pertolongan dari Puan Sri Kalsom, Iman pasti akan menjadi miliknya.
Dia sangat pasti. Ditambah dengan cerita yang baru didengarnya beberapa minggu lepas. Iman dan Alia bernikah bukan dasar cinta. Mereka hanya melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi, dia sangat pasti, dia adalah cinta pertama Iman. Sangat pasti.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...