"Kalau boleh, memang Alia tak nak uruskan rumah papa tu. Tapi nanti papa merajuk lagi. Iman nak ke papa merajuk? Tak makan. Sakit. Macam dulu tu?" Tanya Alia.
Iman geleng.
Tak sanggup melihat papanya merajuk. Tak makan. Tak bercakap. Tak apa pun. Semuanya sebab Iman suruh Alia serahkan semula bank akaun pada papa dan minta papa cari orang lain untuk menguruskan hal rumah.
"Lagipun, Alia okey je. Dari duduk rumah ni. Tak buat apa-apa. Rumah dah ada oranb kemas. Kalau tak ada, lagi Alia letih. Rumah ni besar gila. Nak kemas seorang. Fuh. Tak sanggup. Entah macam mana Kak Za kemas rumah ni setiap hari seorang. Alia tak mampu." Kata Alia.
"Tapi, Alia nampak letih lately ni. Tak kesian dekat Iman ke? Selalu kena tolak." Kata Iman.
Alia ketawa.
"Kesiannya..." Kata Alia lantas segera mendekati Iman yang sedang duduk dibirai katil. Dia duduk diriba Iman dan memeluk leher Iman.
Iman senyum.
"Tu bukan sebab letih uruskan rumah papa. Indah tu, lasak sangat. Ikut perangai Iman. Sebiji. Dahlia dengan Mika, tak macam tu pun. Baik je. Dengar cakap. Macam Alia." Alia memuji dirinya.
"Amboi. Baik je semua dia. Yang buruk je kita." Rajuk Iman.
Alia ketawa. Dengan pantas dia mencium bibir Iman.
Iman menarik senyum.
Dia suka bila Alia manja dengannya. Dia suka bila Alia memberi tumpuan padanya. Dia suka bila Alia ketawa. Rasa dunia ni, tak perlu sesiapa selain Alia.
"Oh. Sebelum Alia lupa. Alia dah jumpa cikgu dancing untuk Dahlia. Esok dorang start." Kata Alia.
Terus saja Iman tarik muka. Dia mahu perhatian sepenuhnya dari Alia. Tanpa masuk hal apa pun. Dia mahu Alia betul-betul tumpukan kepadanya.
"Ala... Merajuk pula. Alia takut, Alia lupa. Nanti Iman kata tak nak bagitau Iman pula." Pujuk Alia. Dia menarik senyum manis. Hadiah untuk Iman.
"Cuba buang semua benda bila masuk je dalam bilik. Fokus kat Iman je. Tak ada anak. Tak ada papa. Iman je. Boleh, kan?" Marah Iman. Tapi tidaklah meninggi suaranya. Mendatar saja.
Alia angguk.
"Terutama bila Alia dah goda Iman macam ni." Sambungnya bersama senyuman nakal.
Alia ketawa.
Iman memang mudah merajuk tapi mudah juga dipujuk. Iman memang senang naik angin tapi senang sangat nak sejuk.
Kerana itu, dia senang juga jatuh hati pada Iman. Perwatakan Iman sangat menyenangkan hatinya dan hidupnya.
"I always love you and miss you. Even Alia depan mata Iman pun, Iman tetap rindukan Alia." Kata Iman dan terus memeluk Alia erat.
"Alia selalu rasa bersyukur dapat jadi isteri Iman. Melahirkan anak untuk Iman. Menjaga mereka. Hadiah Alia untuk Iman sebab Iman cintakan Alia." Balas Alia.
Iman senyum.
Dia lebih suka dengan balasan cinta Alia begitu. Jangan harap Alia akan balas dengan kata 'I love you too'. Tapi, ayat yang Alia balas lebih manis dan lebih mendalam dari itu. Menyentuh hatinya. Dan menggoda sanubarinya.
"Malam ni, tak payah tidurlah." Kata Iman sambil ketawa nakal.
Alia hanya ketawa senyum.
Mana mungkin itu terjadi. Iman letih. Dia juga. Esok hari baru dengan cabaran baru. Jadi, mereka oerlu rehat untuk menghadapi hari esok dengn tenang dan jaya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...