Andi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bersebelahannya. Apa yang aneh pada budak ini sampai semua orang pulaukan dia? Semakin lama mengenalinya, semakin Salleh menyedari, yang kata-kata mereka itu ada betulnya... * Pemenang Wattys2019 (kategori Young Adult)