Andi berjalan di sekitar kawasan tingkat bawah hospital. Di mindanya hanya mahu pergi ke taman mini tempat dia bersama rakan sekelasnya belajar.
"Patut ke saya tanya doktor pasal tu?" Andi garu dagu. Dia pasti, apa yang dialaminya itu tidak normal langsung. Tiba-tiba berada di tempat lain tanpa sedar, tidak dapat ingat beberapa hal penting, dan yang terbaru, hal semalam. Sensasi 'orang lain' guna badannya.
Semua itu tidak normal. Dia cukup pasti tentang itu.
Sesampainya di taman mini itu, dahinya berkerut. Dia ternampak seseorang berjalan ke satu arah, bersama ahli keluarganya. Orang yang dia cukup kenal. Dengan segera dia mengikuti orang itu.
(...)
'Jabatan Forensik'
Papan tanda di pintu utama bangunan itu direnung lama. Andi kemudian pandang ke arah remaja yang masih menangis di luar bangunan itu.
"Muthu?"
Orang itu menoleh ke arah Andi, matanya tersisa air mata.
"Awak... Okey?"
Muthu menggeleng perlahan.
"Abang saya..." Dia sambung menangis. Andi terus menghampiri Muthu lalu duduk di sebelahnya.
"Takziah," kata Andi, sebelah tangannya diletakkan di bahu Muthu.
"Thanks," jawab Muthu sambil senyum tawar.
"Kenapa sebenarnya?"
Muthu tarik nafas dalam-dalam, air matanya diseka menggunakan hujung lengan kemeja T yang dipakainya.
"Roommate abang saya jumpa dia mati tergantung dalam almari," katanya perlahan. Andi terkejut mendengarnya.
"Dia... Bunuh diri?"
"Tak tahu. Polis tengah siasat."
Mereka berdua membisu. Lama.
"Saya dah cuba beritahu Amma dengan Appa, abang ada masalah. Banyak kali. Tapi mereka tak percaya."
Andi pandang Muthu. "Masalah apa?"
"Abang sebenarnya nak quit belajar medik. Dia nak pursue his passion dalam bidang kulinari. Tapi Amma dan Appa tak bagi. Mereka nak abang jadi doktor," kata Muthu perlahan.
"Abang pandai. Selalu dapat perfect score dalam exam. Tapi, sejak sambung belajar di kolej, keputusan exam dia merundum walaupun dia belajar non-stop. Biasiswa dia kena tarik. Dapat surat amaran buang kolej. Amma dan Appa pressure dia..."
Muthu sambung menangis. Andi yang tidak tahu mahu buat apa hanya tepuk lembut bahu Muthu.
"Kalau Amma dan Appa izinkan dia pursue minat dia, semua ini takkan jadi..." Muthu tersedu-sedu.
Tiba-tiba sahaja dia peluk Andi. Andi yang terpinga-pinga hanya membiarkan sahaja sambil menepuk lembut belakang kawannya itu.
(...)
Salleh masuk ke dalam wad perubatan di mana Andi ditempatkan. Andi duduk merenung luar melalui tingkap. Dagunya ditopang di atas meja.
"Assalamualaikum, Andi."
Andi sedikit terkejut, lalu menoleh ke arah tuan empunya suara. Senyuman nipis terukir di bibir. "Waalaikumssalam, Salleh."
Salleh terus duduk di kerusi disediakan. Plastik berisi tupperware kecil diletakkan di atas meja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...
