"Kak Lin, akak tak nak pesan apa-apa ke untuk makan tengah hari?" Mika bertanya sambil menanggalkan apronnya. Kak Lin yang duduk di kaunter hanya menggeleng, tidak mahu memesan apa-apa.
"Pergilah makan. Lagipun akak ada simpan baguette dengan sup cendawan di pantri tu."
"Mana cukup tu, kak?"
"Cukup." Kak Lin jawab sepatah.
Mika hela nafas lemah. Kak Lin ini memang jenis tidak banyak makan. Roti canai sekeping saja sudah cukup untuk buat dia rasa kenyang setengah hari.
Dia berjalan menuju ke arah koridor luar Lin's Florist, matanya melilau mencari Malik. Remaja itu masih lagi tercatuk di tiang tidak jauh dari situ.
"Eh, Malik. Marilah sini. Yang tercongok sana buat apa?"
Malik berjalan menghampiri Mika, apabila matanya menangkap kelibat seseorang berlari tidak cukup tanah, menuju ke arah kedai bunga itu.
(...)
Langkah Safiya laju, menuju ke arah deretan kedai di hadapannya. Matanya menangkap kelibat dua orang lelaki di hadapan Lin's Florist - manusia pertama yang dia nampak.
"Tolong!" Safiya menjerit.
Kedua-dua lelaki itu terus menoleh ke arah Safiya. Safiya pula melintasi mereka berdua, masuk ke dalam kedai bunga lalu berhenti betul-betul di hadapan Kak Lin, tertunduk-tunduk memegang lutut, nafasnya mengah.
"Eh? Safiya?" Kak Lin terus bangun dari kerusi kaunter. Malik dan Mika pula terkebil-kebil dek diabaikan remaja itu. Mika kemudian masuk ke dalam kedai, lalu menghampiri remaja perempuan itu.
"Kak Lin kenal dia?"
"Kenal. Mak dia kawan Kak Lin."
"Adik, kenapa ni?" Mika terus bertanya. Malik yang turut masuk ke dalam kedai itu pula hanya membisu.
Kata-kata Mika seolah-olah diabaikan Safiya. Mata Safiya hanya fokus pada Kak Lin.
"Safiya, kenapa ni? Bagitahu Cik Lin."
"Orang... Jahat... Kawan... Kakak..." Safiya cuba berbicara namun baitnya gagal difahami kerana laju dek masih mengah.
Kak Lin, Mika dan Malik saling berpandangan, kemudian mereka pandang semula ke arah Safiya.
"Dik, tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu hembus. Cakap slow-slow, kami tak faham."
Safiya pandang Mika sekilas, kemudian dia menurut. Sekejap saja nafasnya sudah teratur.
"Ada orang jahat. Hitam. Dia tangkap kawan kakak Pia. Di sana!" Safiya terus menunding ke arah simpang di mana Zahra dan Aliya berada.
(...)
Zahra menghayun kayu di tangannya itu ke arah lelaki serba hitam itu. Lelaki itu pula mengelak sambil menerajang kayu di tangan Zahra itu. Kayu itu tercampak ke arah tong sampah tidak jauh dari situ. Aliya pula masih berada dalam pautan erat lelaki itu, nampaknya sudah lemah.
"Tak sangka adik ni ada kawan yang sudi nak jadi penyelamat. Tapi..."
Sebilah pisau belati ditarik keluar dari pinggangnya. Lantas pisau itu dihunus, matanya dihala ke arah leher Aliya.
"Kalau kau nak dia mati, lawanlah lagi!"
Zahra ketap gigi. Mahu sahaja dia menyerang lelaki itu dan menyelamatkan Aliya, namun dia sendiri tiada ilmu pertahanan diri. Harapannya kini cuma pada Safiya supaya hadir semula dengan bantuan.
"Tak guna. Kau lagi?"
Serentak dengan itu, satu sepakan tepat mengenai kepala lelaki serba hitam itu. Lelaki itu terdorong ke tepi, Aliya dan pisaunya sama-sama terlepas dari tangan. Aliya jatuh terduduk di atas jalan, nafasnya tercungap-cungap. Zahra pula melopong dek terkejut melihat flying kick ala-ala sepakan kamen rider yang dibuat si penyelamat itu.
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...