Azan Subuh baru sahaja selesai berkumandang. Malik, yang terjaga dari lena dek mendengar azan tadi, terbaring merenung siling.
"Kenapa aku masih di sini?"
Malik terus bangun dari pembaringan, kepalanya digaru.
"Rasanya macam... Dah seminggu."
Tidak pernah langsung selama dia wujud, dia alami situasi begini. Dia berjalan menuju ke arah meja, lampu meja dinyalakan. Kalendar di atas meja diambil.
Lama Malik merenung kalendar itu.
"Aku tak salah kira. Nampaknya dah seminggu aku stuck di sini. Mana pula budak lembik penakut tu dah pergi? Kenapa dia tak balik-balik langsung?" Malik membebel perlahan.
(...)
Seminggu berlalu begitu sahaja sejak insiden Suraya melukai tangannya di hospital. Mujur hayat Suraya masih lagi panjang. Suraya kini dipantau rapi oleh doktor supaya tidak lagi mencederakan dirinya.
Aliya merenung telefon bimbitnya. Mesej yang diterima melalui aplikasi WhatsApp sejak seminggu lalu itu mengganggu mindanya. Boleh jadi, mesej-mesej itu punca segala yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Selepas memastikan talian internet diputuskan, dia membuka aplikasi WhatsApp. Mesej mengandungi foto-foto yang diperolehi sejak seminggu lalu menyebabkan tangannya menggeletar. Marah, malu dan kecewa, semuanya bercampur aduk.
Namun, pada siapa patut dia meminta bantuan? Aliya sendiri tidak pasti. Mindanya terus buntu apabila memikirkan persoalan itu.
(...)
"Andi, Ibu dah nak pergi kerja ni."
Mendengar laungan Puan Ariana itu, Malik terus berlari ke arah ruang tamu, di mana ibunya berada. Dengan segera dia bersalaman dengan Ibunya.
"Nanti tolong kemas apa-apa yang patut, ya. Boleh, kan?"
"Boleh je, Ibu." Sempat Malik mencium pipi Puan Ariana. Puan Ariana terdiam seketika.
"Tak pernahnya anak Ibu ni cium pipi. Kali terakhir kamu buat macam ni pun, masa darjah 3," kata Puan Ariana, sedikit hairan dengan gelagat anaknya itu. Namun bibirnya masih mengukir senyum manis.
"Er... Saja je, Ibu." Malik terus sengih.
Puan Ariana hanya menggeleng lemah, tawa kecil meletus di bibirnya. "Okeylah. Ibu pergi dulu."
Malik mengangguk. Dia hanya memerhati Puan Ariana masuk ke dalam kereta. Kereta itu kemudian bergerak menuju ke destinasi, hilang terus dari pandangan. Senyuman di bibir masih kekal sewaktu dia menutup gril dan pintu rumah.
"Nampaknya kamu... Rasa bahagia." Suara yang tidak asing lagi bagi Malik itu tiba-tiba kedengaran.
"Tentulah," balas Malik.
"Tapi dia ibu Andi."
"Aku tak kisah. Bagi aku, dia ibu aku juga."
Suara itu terus membisu. Lama. Malik tiba-tiba sahaja teringatkan sesuatu.
"Oh, ya. Kau tahu Andi di mana? Lama sangat dia tak datang balik ni."
"Tidak." Pendek saja jawapan itu.
"Huh? Dalam seminggu ni kau tak jumpa dia langsung?"
"Bukankah dia tidak dapat ke 'tempat itu'. Adakah kamu sudah lupa?"
Malik terdiam. Betul juga. Andi tak mungkin berada di kawasan kubah putih tempat dia bertemu jejaka serba hijau itu. Sebagai identiti teras, boleh dikatakan dia tiada langsung akses ke situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/86426758-288-k642370.jpg)
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...