Bab 10

329 47 12
                                    

"Berani melawan, ya?" Perompak itu mengacah-acah pisau dapur di tangannya ke arah Puan Ariana. Beg tangannya direntap kasar, talinya terus terputus. Puan Ariana mula menangis.

Tiba-tiba sesuatu melayang di udara, lalu pecah apabila terkena tepat di kepala perompak yang mengasari Puan Ariana itu. Habis basah tubuh perompak itu, berlumuran minyak.

"Tak guna! Siapa punya kerja ni?"

Senyap.

Perompak itu campak beg tangan Puan Ariana ke arah rakannya, dan mula berjalan ke arah rak-rak yang menghadap kaunter itu. Sesekali dia cuba imbangkan badannya dari tergelincir. Kakinya licin dek terkena balingan minyak masak tadi. Minyak masak yang membasahinya menitis ke lantai. Sekejap sahaja dia menghilang di celahan rak.

Sepasang mata tajam sedang bersembunyi, memerhatikan perompak yang menjadi mangsa balingannya. Senyuman sinis terukir di bibir. "Heh."

(...)

KRASH!

"AAARGH!"

Bunyi kuat dan jeritan itu cukup untuk menarik perhatian dua rakan perompak yang dibaling minyak masak itu.

"Kau pergi tengok, apahal tu?" arah salah seorang perompak yang baru sahaja mengzip beg berisi wang dari kaunter.  Rakannya mengangguk, menghunus pisau dapur, berjalan pergi ke arah suara itu. Titisan minyak di atas lantai memandu arahnya.

Dengan senyap dan tidak disedari perompak yang tinggal, pengurus kedai mengeluarkan telefon bimbitnya, segera mendail 999.

(...)

Langkah perompak itu terhenti di hadapan sebuah rak yang tumbang menimpa seseorang. Dia terus melihat ke arah celah-celah rak yang tumbang itu. Kelihatan rakannya yang berlumuran minyak itu pengsan, ada lopak darah di kepalanya, seluruh badannya ditindih rak tersebut.

Dia menoleh sekeliling. Waspada. Tiada apa-apa. Dia terus cuba mengangkat semula rak itu. Berjaya. Dia menghampiri rakannya, hampir tergelincir dek kelicinan lantai berminyak di situ.

Tiba-tiba setin sardin melayang, mengenai kepala perompak itu. Segera dia menoleh ke belakang.

Seorang remaja lelaki berdiri tegak di belakang perompak itu, tersengih sinis, tangannya memegang sebatang roti perancis keras. Diayun roti itu tepat ke batang leher perompak itu. Roti itu patah dua, perompak itu pula terus jatuh pengsan. Patah leher.

"Huh. Kuat sangat ayun. Sampai patah roti keras ni. Nantilah ganti," katanya perlahan. Dia beredar dari situ.

"Tinggal seorang lagi," katanya perlahan. Langkahnya terhenti. Dia toleh semula ke arah dua perompak yang pengsan itu.

"Tapi, sebelum itu..."

Dengan selamba dia berpatah balik, tumbangkan balik rak yang ditegakkan perompak yang kena bedal dengan roti perancis tadi, menghempap mereka berdua.

(...)

"Hisy, kenapa lama sangat mereka ini?" Perompak di kaunter terus bercekak pinggang. "Takkan tengok orang pun lama sangat!"

Dia terus berjalan masuk ke celah rak-rak itu. Tiba-tiba, kepalanya terkena sebungkus minyak masak. Habis minyak itu membasahi kepalanya. Belum sempat dia melihat siapa gerangan yang membalingnya, satu lembaga merempuhnya, menyebabkan perompak itu terdorong ke belakang lalu jatuh terlentang. Lembaga itu - seorang remaja lelaki - sedang duduk di atasnya, mengayunkan beberapa penumbuk dengan sepenuh tenaga ke arah muka perompak itu. Kebanyakannya mengenai sasaran.

"Argh! Tak guna kau, budak!" Lelaki itu cuba menikam remaja menggunakan pisau dapur yang dibawanya itu, namun gagal. Badannya yang berlumuran minyak menyukarkan pergerakannya. Lalu dia menarik remaja itu ke atas lantai lalu bergomol dengannya.

TranceWhere stories live. Discover now