Bab 42

203 25 2
                                    

"Dia hidup lagi?" Salleh bertanya lagi, untuk memastikan dia tidak salah dengar.

Aliya mengangguk. "Alhamdulillah, kata Nek Jah, dia masih hidup. Cuma, dua-dua kaki dia patah. Kaki kena bumbung dulu agaknya. Sekarang ni pun dia masih belum sedarkan diri."

"Syukurlah kalau begitu." Salleh terus senyum lega. "Nek Jah yang tengah tengokkan dia, kan?"

Aliya hanya mengangguk sebagai jawapan.

Malik hanya mendengar dari tadi. Tidak berkata walau sepatah pun. Mindanya pula ligat berfikir.

Suraya terjun? Kenapa? Aliya ni pula, kenapa tiba-tiba nak jumpa dia? Boleh pula mamat Salleh ni tahu pasal Nek Jah tu. Ada apa-apa yang tak kena ke?

"Andi!" Salleh menepuk bahu Malik. Tersentak sedikit Malik dibuatnya. Tangan kanan yang hampir-hampir menghayun penumbuk disebabkan terkejut tadi ditahan dengan tangan kirinya.

"Aa... Ya?"

"Petang nanti saya dengan Aliya nak pergi hospital. Nak tengokkan Suraya tu. Awak nak ikut ke?"

Malik diam seketika, seakan berfikir. "Er... Tengoklah dulu. Kena minta izin Ibu dulu. Lagipun Suraya masih tak sedarkan diri. Tak rasa macam kita ganggu dia rehat ke nanti?"

Masing-masing terus bungkam.

(...)

Aliya menapak ke rumahnya, mindanya berputar ligat. Betul juga kata 'Andi' itu. Jika mahu tanya apa-apa pun, bukannya Suraya boleh jawab. Nama pun 'tidak sedarkan diri'.

Mahu tanya Nek Jah? Wanita tua itupun masih lagi terkejut. Tiba-tiba saja cucunya itu terjun bangunan. Sah-sah dia tidak tahu apa puncanya.

Matanya mengerling ke arah telefon bimbit di tangan.

Tiba-tiba, telefonnya bergetar. Lantas Aliya melihat skrin. Ada mesej melalui aplikasi WhatsApp masuk. Dahi Aliya terus berkerut.

"Mesej apa ni?"

Mesej itu terus dibuka. Mata Aliya terus membulat.

(...)

Tangan yang calar itu ditutup kemas menggunakan bandage usai membersihkan calar yang pedih itu untuk kesekian kalinya. Minda Malik ligat berfikir dari mana datangnya calar itu. Dia yakin, calar itu dibuat dengan sengaja.

"Takkanlah budak lembik penakut tu punya kerja? Dia dahlah tak suka pedih-pedih ni," bebel Malik perlahan sambil membetulkan balutan di lengannya itu.

Telefon rumahnya tiba-tiba berdering. Dengan segera Malik mencapai gagang telefon.

"Assalammualaikum, Andi. Salleh ni." Suara di hujung talian itu memperkenalkan diri

"Er... Waalaikumussalam. Kenapa call? Baru je jumpa tadi, kan?"

"Ni, nak beritahu ni. Aliya baru dapat call tadi, katanya Suraya dah sedarkan diri."

"Em-hm. Jadi?"

"Nak ikut tak? Dia dah sedar tu, mestilah dia dah boleh cerita apa jadi kan?"

Dahi Malik berkerut. Bersemangat betul Salleh ni mahu tahu kisah di sebalik kes Suraya terjun bangunan itu. Lama dia membisu, berfikir.

"Macam ni la. Nanti a... Saya call Ibu dulu. Manalah tahu dia balik awal pula, hairan nanti dia tengok rumah tak ada orang."

"Okey. Pergilah call ibu awak tu. Kejap lagi saya call balik."

Malik terpinga-pinga seketika apabila mendengar kata-kata Salleh itu. "Aik? Awak yang call? Bukan saya?"

Ada tawa kecil kedengaran di hujung talian. "Awak tu pelupa tahap gaban. Gaban pun tak lupa macam awak. Nombor telefon saya pun awak dah berpuluh kali tanya. Leceh. Baik saya call awak saja."

TranceWhere stories live. Discover now