Bab 47

174 24 6
                                    

Salleh, Zahra dan Malik diam sebentar sebaik sahaja Aliya menghabiskan ceritanya, yang disulami tangisan. Ketara sungguh ketakutannya itu. Masing-masing terus hela nafas berat. Zahra pula cuba menenangkan Aliya.

"Jadi, sebab tu awak cari Suraya hari tu, ya?"

Aliya mengangguk, mengiyakan soalan Salleh itu.

"Habis tu, kita nak buat apa sekarang ni?" Zahra berkata resah. Telefon bimbit Aliya dipulangkan semula. "Ni memang kena buat report polis jawabnya. Kalau dibiarkan, apa entah lelaki tu buat kat awak nanti."

"Masalahnya saya tak tahu dia siapa. Kenapa dia target saya pun, saya tak tahu," kata Aliya pula. "Suraya tu lagi la. Entah-entah dia cuba bunuh diri sebab..." Aliya terus tekup mulut. Tidak sanggup untuk meneruskan bicaranya.

"Mak ayah awak tahu pasal ni?" Malik bertanya pula. Aliya hanya menggeleng, tangannya masih memekup mulut.

Masing-masing terus senyap. Minda masing-masing ligat berfikir.

"Saya rasa, awak kena beritahu mak ayah awak la," kata Salleh. "Mereka kena tahu pasal hal ni."

Aliya menggeleng laju.

"Kenapa pula tak nak beritahu? Ini masalah besar, ya." Zahra bertanya.

Aliya terus bungkam.

"Sekarang ni bukan masa nak fikir cara nak selesaikan sendiri masalah ni la, Aliya. Nak tak nak, kena ada orang dewasa yang bantu kita. Orang yang sesuai dalam hal ni pula, adalah ahli keluarga awak," kata Salleh pula.

Aliya masih membisu.

"Hish. Begini sajalah," kata Malik pula sambil garu belakang kepalanya. "Kalau tak nak beritahu mak ayah awak, tapi pada masa yang sama nak dia berhenti ganggu awak..."

Aliya, Zahra dan Salleh terus pandang ke arah Malik. Mahu tahu idea bernas yang akan tercetus.

"... Apa kata awak sendiri yang sebarkan gambar-gambar tu semua?"

Riak wajah masing-masing terus berubah dari ingin tahu kepada campuran terkejut dan menyampah.

"Buat lawak ke apa ni?" Salleh membidas.

"Tak adanya buat lawak." Malik kekalkan riak seriusnya. "Kalau gambar-gambar tu disebarkan, dia dah tak ada apa-apa untuk ugut atau pengaruh Aliya. Jadi dia akan selamat dari terus kena ugut, walaupun kena tahan malu sikit."

"Sikit? SIKIT?" Zahra pula panas hati. "Tu aib la! Seumur hidup dia akan tanggung nanti."

"Betul tu. Lagipun kalau pihak sekolah dapat tahu, sah-sah Aliya kena buang sekolah," tambah Salleh pula. "Kalau tak percaya, cuba check sendiri buku peraturan sekolah tu. Situ ada tulis."

"Habis tu, ada cara lain?" Malik bertanya semula. "Kalau Aliya buat report polis nanti, mak ayah dia akan tahu juga. Kan kita masih dikira bawah umur? Itu sajalah cara nak settlekan hal ni, kalau tak nak beritahu mereka."

Salleh dan Zahra terus terdiam. Ada betulnya kata-kata Malik itu. Namun ideanya, walaupun masuk akal, mampu bawa masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

Aliya terus hela nafas berat.

"Baiklah. Saya... Cuba beritahu mak saya," kata Aliya akhirnya.

(...)

Aliya melangkah keluar dari bangunan balai polis itu, ditemani ibunya. Sehelai kertas terlipat kemas berada di tangan kanannya. Aliya pandang ke arah ibunya. Wajahnya, walaupun ada sisa air mata, tampak tenang.

TranceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang