Dinding itu dihentak kuat. Tergamam dibuatnya mereka yang berada di ruang itu. Wajah Malik merah padam. Nampak ketara amarah yang sedang ditahan.
"Kau gunakan orang lain, kawan baik kau sendiri, untuk selamatkan diri..."
Suraya mula menangis teresak-esak. "Maafkan saya... Saya bodoh..."
"Tch. Sedar diri pula. Kau fikir kalau kau mati hari tu, benda ni boleh settle macam tu saja?" Suara Malik ternaik satu oktaf. Tangisan Suraya semakin galak dek herdikan Malik itu.
Malik mendengus lalu berjalan laju keluar dari bilik, dan terus keluar dari wad itu, melintasi Salleh yang masih berada di ruang menunggu. Aliya keluar dari wad itu seketika kemudian, hanya berdiri membelakangi pintu. Wajahnya juga merah padam, dibasahi air mata.
Salleh renung lama Malik yang terus berjalan sehingga ke hujung koridor, kemudian dia terus menghampiri Aliya.
"Aliya?" Salleh menegur. Aliya tersentak.
"Ah, ya, Salleh?" Segera Aliya kesat air matanya.
"Kenapa Andi marah sangat tu? Kenapa awak menangis?"
(...)
Malik berjalan mundar-mandir di koridor tidak jauh dari wad kebergantungan tinggi itu. Berangnya masih membuak-buak. Terasa mahu sahaja dibelasah Suraya itu sampai lumat.
"Malik?"
Langkahnya terhenti. Matanya menangkap kelibat seorang lelaki berjalan mendekatinya dari hujung koridor.
"Abang Mika?"
Mika senyum nipis sebaik sahaja langkahnya terhenti di hadapan Malik. Bungkusan plastik berisi roti dan buah epal tergantung di tangan kirinya.
"Kenapa kau ni? Rupa macam nak makan orang je," tanya Mika berseloroh. Malik hanya mendengus sebagai respon.
"Hei, hei. Chill la." Mika pula naik risau melihat respon Malik itu.
"Hal sekarang ni tak boleh nak chill-chill."
Mika diam sebentar. Dia kemudian menarik lengan Malik, menuju ke arah bangku panjang tidak jauh dari situ. Siap disuruh duduk di situ lagi.
"Sekarang, cerita pada aku, apa yang buat kau hangin satu badan ni, dekat tengah-tengah hospital ni?" soal Mika kemudiannya.
Malik membisu, lama.
Patut ke aku beritahu dia apa yang Suraya beritahu tadi?
Tapi dia dah tahu pasal lelaki tu. Tak apa kot.
Malik pandang Mika, yang masih menunggu dia bercerita. Malik kemudian hela nafas berat.
"Macam ni..."
(...)
Mika bungkam sebaik sahaja Malik selesai bercerita. Lama dia berfikir segala kemunasabahan cerita yang baru sahaja didengarinya itu.
Malik pula sudah kurang rasa barannya. Entah mengapa dia rasa sedikit lega seusai memberitahu Mika. Lantas dia bersandar pada dinding di belakang bangku itu.
"Kau tahu, bila seseorang sedar dan menyesal lepas buat perkara bodoh, kau sebagai kawan dia ada dua pilihan," kata Mika kemudiannya.
Malik terus menoleh ke arah Mika. "Apa dia?"
"Pertama, diam dan tinggalkan dia begitu saja. Kedua, bantu dia sehabis baik."
"Habis tu, bila semua ni dah settle, kena maafkan je la dia tu?"
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...