Sampai sahaja di rumah, langkah Malik laju menuju ke arah bilik. Terasa mahu sahaja dia tanggalkan pakaian yang sudah kotor itu. Mindanya pula sedikit serabut apabila menyedari siapa gerangan rakan serumah Latif.
Namun, langkahnya mati apabila menyedari sesuatu di atas lantai dapur.
"Apa ni?"
Tangannya mengutip serpihan kepingan batu leper berwarna merah hati di atas lantai itu. Dia kemudian mendongak ke atas. Terkejut dibuatnya apabila ada lubang, lebih kurang 50cm lebarnya, di situ. Terus nampak langit yang mulai gelap dek senja menjelang.
"Jadi, ni... Kepingan bumbung?" Malik membelek-belek serpihan tile bumbung itu. "Macam mana boleh pecah?"
Malik pandang semula ke arah lubang itu.
"Takkan nak biar je macam ni?"
Langkahnya terus ke belakang rumah, sambil mengambil tangga lipat yang memang diletakkan di situ. Dengan berhati-hati, Malik panjat tangga naik ke bumbung.
"Macam mana boleh berlubang ni? Ada alien jatuh ke? Tak nampak macam ada apa-apa yang pelik pun," Malik membebel sambil garu kepala apabila sampai di kawasan berlubang itu. Matanya melilau ke sekitar, dan ternampak beberapa keping tile bumbung yang tersusun menegak di sebuah rumah tidak jauh dari situ.
"Boleh pinjam kejap agaknya..."
(...)
En. Bakri tersenyum-senyum sambil mengerling ke arah Puan Ariana yang sedang merenung ke arah tingkap.
"Ariana, boleh saya... Tanya sikit?"
"Tanya apa?" Puan Ariana masih merenung tingkap.
"Em... Dah ada boyfriend?"
Puan Ariana terus angkat kening. "Tak ada."
"Tunang?"
"Tak ada juga. Kenapa tanya?"
"Er... Saja." En. Bakri tersengih-sengih. Di hatinya timbul bibit-bibit teruja.
"Dengar cerita, kamu ada dapat bunga ros dengan brownies. Betul ke?"
Puan Ariana terus pandang ke arah En. Bakri. "Rasanya tak ada cerita pada awak pun. Macam mana awak tahu?"
"Erk?" En. Bakri tergamam seketika. "Er... Adalah terdengar orang cerita. Ala, faham-fahamlah ada orang membawang di ofis tu, kan. Macam biasalah."
Puan Ariana hanya angguk lalu memandang semula ke arah tingkap. En. Bakri terus hela nafas lega.
(...)
"Hm. Siap pun. Tak sangka pula cukup."
Malik mengibaskan tangannya yang sedikit berdebu seusai membaiki bumbung berlubang itu, apabila telinganya menangkap bunyi deru kereta berhenti di hadapan rumahnya. Kereta mewah berwarna hitam itu kelihatan asing pada matanya. Dahinya berkerut seketika apabila menyedari Puan Ariana keluar dari perut kereta itu, diikuti seorang lelaki.
"Pakcik tu... Macam pernah nampak," Malik berfikir sejenak. Cuba mengecam siapa gerangan lelaki itu.
"Oh, yalah. Pakcik brownies depan kedai bunga hari tu."
Giginya diketap. Geramnya membuak. "Nak mengorat ibu, ya..."
(...)
"Terima kasihlah, Bakri. Susahkan awak saja hantar saya balik."
En. Bakri senyum seraya matanya melirik ke arah Puan Ariana. Berbunga-bunga hatinya apabila mendengar suara wanita yang disukai dalam diam itu.
"Tak ada apa-apa. Lagipun, kita kan rakan sekerja. Tiada salahnya kalau saling membantu, kan."
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...