Bab 51

193 28 9
                                    

Langit yang gelap itu dilitupi awan berat. Terasa angin bertiup memasuki tingkap yang separa terbuka itu - tanda hujan bakal turun. Aliya tenung lama laporan polis itu. Perasaannya bercampur baur apabila mengenangkan Suraya. Memang nampak sungguh sesal di wajah gadis itu.

"Hm... Nek Jah mesti sedih bila tahu apa Suraya dah buat," gumamnya perlahan.

Siang tadi dia diberitahu, bahawa polis telah mengambil keterangan daripada Suraya berkenaan kes ugutan lelaki hitam itu. Nek Jah, yang dapat tahu akan hal itu terus menemui Aliya. Hampir saja dia pengsan apabila mendengar ceritanya itu.

Aliya pula rasa bersalah, tentunya orang tua itu langsung tidak tahu apa-apa. Langsung dia tidak menyangka apa cucunya sudah lakukan di luar pengetahuannya.

Telefonnya tiba-tiba berbunyi, menandakan mesej masuk. Matanya melirik ke arah skrin. Nombor tidak dikenali. Nombor lelaki itu sudah diblock atas saranan pegawai penyiasat yang menguruskan kesnya.

"Salah nombor kot. Biarlah."

Bunyi mesej masuk kedengaran lagi. Dan lagi. Dan lagi. Bertalu-talu. Naik geram Aliya dibuatnya.

"Apahal dia ni?"

Mesej yang diterima itu terus dibaca. Riak wajahnya berubah pucat.

(...)

Penutup bekas simpanan beras dibuka. Tangan Salleh masuk ke dalam bekas itu, seolah-olah mencari sesuatu di dalam beras itu. Sempat lagi dia menoleh ke arah Kak Shila yang sedang membancuh teh di atas countertop tidak jauh dari situ.

"Akak confrim cara ni menjadi?" Salleh bertanya, riak wajahnya kelihatan resah. Kak Shila hanya hela nafas lemah. Malas mahu menjawab soalan Salleh - yang sudah 10 kali bertanya hal yang sama sejak malam semalam.

Dia kemudian bawa keluar tangannya, di gengamannya ada sebuah telefon bimbit yang tersisa debu beras. Tisu diambil, lalu Salleh mengelap debu yang masih melekat dengan berhati-hati. Butang 'on' telefon bimbit ditekan.

Skrin telefon bimbit itu terus menyala seketika kemudian.

"Eh akak, idea akak menjadi la!" Salleh berteriak ceria sebaik sahaja menu utama terpapar di skrin. Kak Shila hanya buat muka menyampah.

"Ha. Tengok. Semalam, tak percaya apa akak kata, kan. Lagi satu, siapa suruh rendam telefon dalam air? Mujur masih boleh guna lagi. Kalau tak? Ada duit nak repair?" Sempat lagi Kak Shila membebel.

"Tak sengaja la. Terjatuh masuk sungai. 'Ter'." Salleh mencebik. Yalah, dia juga yang panik bila perasan telefon bimbitnya mati dan basah kuyup apabila sampai di rumah semalam. Dia betul-betul terlupa yang dia simpan telefon itu di dalam saku seluar.

Mujur jugalah ibu bapanya masih belum pulang dari pasaraya pada masa itu. Kalau tidak, tentu dia dibebel teruk sebab pulang dalam keadaan basah kuyup.

"Hm. Yalah tu, 'ter'. Nasib baik tak hilang terus." Kak Shila terus mencicip tehnya.

Telefon bimbit Salleh tiba-tiba berbunyi. Skrin memaparkan ada mesej diterima, daripada pihak telco.

'You have two (2) missed calls from 01x-xxxxxxxx...'

Itu nombor telefon bimbit Aliya. Masa panggilan, 40 minit lepas.

"Kenapa Aliya tiba-tiba call? Ada masalah ke?" Salleh menggumam perlahan, sedikit hairan. Dia terus ke biliknya, nama Aliya dalam senarai pemanggil telefon ditekan.

(...)

Enam helai kertas itu disusun, membentuk peta Taman Baiduri dan kawasan perumahan lain disekelilingnya. Lama Malik merenung peta itu.

TranceWhere stories live. Discover now