Bab 28

254 30 4
                                    

"Ibu."

"Ya?"

"Kenapa side mirror kereta tu patah?"

Puan Ariana hanya senyum apabila mendengar pertanyaan anaknya - yang baru sahaja sampai di rumah. Dia terus pulang dari pusat membeli-belah itu selepas Shu Fen memberitahu perihal Zaki yang terpaksa pergi disebabkan hal kecemasan. Mata Andi masih tertancap pada tempat di mana cermin sisi kereta sepatutnya berada. Cuma kepingan plastik pecah yang kini sudah hilang fungsi sahaja terlekat di situ.

"Hal kecil je, Andi. Jangan risau ya."

Andi mengangguk perlahan. Puan Ariana menyedari sesuatu pada pipi anaknya itu. Dengan segera dia merapati Andi.

"Kenapa dengan pipi tu?" Puan Ariana meneliti bekas tapak tangan yang kini tidak ketara merahnya di pipi itu. "Siapa buat anak ibu macam ni?"

Andi hanya sengih. "Tak apa, ibu. Salah Andi sendiri," katanya sambil mengusap pipinya itu.

"Buat apa sampai merah pipi tu?"

Andi masih kekalkan sengihnya. "Salah faham sikit je, Ibu. Dah selesai pun."

Puan Ariana menggeleng perlahan sambil hela nafas. Tangannya menyentuh pipi Andi, kemudian beralih ke dahi. Riak wajahnya kelihatan sedikit terkejut.

"Eh? Kenapa dahi panas ni? Demam ke? Nak Ibu bawakan ke klinik?"

Er..." Andi garu kepala. Secuil rasa bersalah terbit di hati. Patutnya dia ajak Salleh teman sampai ke rumah. 

"Tak apa. Ni ada beli ubat demam. Andi makan ni, nanti okeylah. Ibu tak perlu risau ya." Plastik farmasi D'Apotic di tangan ditunjukkan.

Puan Ariana hanya mengangguk.

"Andi masuk ke dalam dulu, ya."

"Hm. Pergilah. Betul tak nak ke klinik ni?"

Andi angguk seraya melangkah masuk ke rumahnya.

(...)

Seorang lelaki berpakaian kasual melangkah masuk ke sebuah kedai bunga, di tangannya ada sebuah kotak kecil yang dipegang dengan cermat. Matanya melilau, meneliti bunga-bunga beraneka jenis, elok tersusun di situ. Ada juga beberapa jambangan bunga untuk pelbagai majlis tersusun tidak jauh dari kaunter.

"Oh? Encik lagi?"

Dengan segera dia menoleh ke arah tuan empunya suara - seorang lelaki yang mengenakan apron berwarna krim dengan logo 'Lin's Florist' dengan sakunya berisi gunting pokok, apron terikat kemas di pinggang.

"Oh, awak rupanya, Mika. Kak Lin mana?" Lelaki itu bertanya dengan nada mesra. Kotak di tangannya tadi diletakkan di atas meja berhampiran kaunter.

"Kak Lin? Dia ada di belakang, ada hal sikit. Kenapa nak jumpa dia? Ada masalah ke dengan perkhidmatan kami? Atau, nak tukar tarikh penghantaran bunga? Tak silap saya, sepatutnya hari ni..."

Lelaki itu hanya senyum sambil menggelengkan kepala. "Tak. Tak ada masalah. Semuanya okey. Er... Ingat nak tambah barang untuk delivery lagi, macam hari tu."

Mika melihat sekilas ke arah kotak itu. Dahinya sedikit berkerut. Dia kemudian pandang semula ke arah lelaki itu.

"Brownies lagi?"

Lelaki itu hanya senyum.

(...)

Seorang kanak-kanak lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah cermin yang agak besar, ditemani seorang pegawai polis wanita. Tidak, bukan cermin. Sekeping kaca yang menghadap sebuah bilik. Orang di dalam bilik itu takkan dapat melihat mereka yang melihat 'cermin' itu, sebaliknya mereka di luar bilik boleh melihat ke dalam bilik melalui kaca itu.

TranceWhere stories live. Discover now