Bab 41

181 25 4
                                    

Seorang pelajar lelaki sedang berjalan laju di koridor sekolah rendah itu. Matanya melilau ke arah kawasan sekitar yang masih gelap, mujur juga lampu koridor masih menyala. Jam di tangan dilihat. 6.45 pagi.

Ya, masih awal. Terlampau awal. Orang pun tidak ramai. Dia datang awal pun, kerana ibunya ada kursus pada pagi itu.

"Mana dia ni? Beg dia ada dalam kelas."

Entah mengapa jiwanya terasa galau. Sejak akhir-akhir ini rakannya nan seorang itu seakan-akan mengelak darinya. Dia juga tiba-tiba mahu menyendiri. Kerana itu juga, sebaik sahaja menyedari keberadaan rakannya pagi itu, dia terus mencari pelajar itu. Merata-rata dia pergi, namun kelibatnya tidak kelihatan.

Mungkin kerana ibu rakannya. Ya, siapa lagi? Entah mengapa wanita itu tidak menyukai dirinya. Tidak suka langsung dia berkawan dengan anaknya. Rasanya dia tidak pernah langsung mengajak rakannya untuk membuat perkara-perkara yang tidak bermoral.

"Tak boleh jadi ni."

Langkahnya terus menuju ke arah blok bersebelahan padang.

BDUBB!

Bunyi aneh itu menyebabkan langkahnya semakin laju, seakan berlari. Ada sesuatu di dalam longkang bersebelahan koridor menghadap padang. Cecair likat mengalir keluar dari rongga-rongganya, membasahi longkang dan sebahagian koridor.

Langkahnya terus mati. Mulutnya melopong. Galau di hatinya semakin membuak, bercampur aduk dengan amarah dan hampa.

Dan, kesunyian kawasan sekolah itu hancur berderai dengan jeritan nyaring pelajar itu...

(...)

Kedua-dua mata terbuka luas. Dia melihat ke sekeliling. Gelap. Dengan perlahan, dia duduk di atas katil. Kepala yang terasa sedikit pening disentuh.

"Di mana tempat ni?"

Dengan perlahan dia turun dari katil. Entah mengapa, suasana sekitar terasa amat janggal baginya. Bukan sekadar itu sahaja, tubuhnya juga terasa asing.

Dia berjalan ke arah meja tidak jauh dari situ. Lampu meja dipasang. Ada sebuah buku tulis di atas meja itu. Nama pada buku tulis itu direnung lama.

"Andi."

Dia kerut dahi seketika. Macam pernah dengar nama itu. Entah mengapa dia teringatkan seseorang yang menarik dia dari tepi longkang dahulu. Siap ajak ke rumah dia lagi.

"Oh, ya. Budak tu panggil aku dengan nama ni..."

Tangannya mencapai sebilah pisau lipat yang diletakkan di dalam bekas pen tidak jauh dari situ.

"Tapi, itu mimpi kan?"

Bilah pisau lipat ditolak keluar.

"Jadi, ini pun cuma mimpi, kan?

Lama dia renung bilah pisau lipat yang berkilat terkena biasan lampu meja itu.

"Kalau ini mimpi, tentu ini tidak sakit, kan."

Mata pisau itu diletakkan di atas lengannya. Ditekan sedikit pisau itu, hingga calar kelihatan. Dahinya berkerut sedikit dek terasa sedikit pedih. Calar pada lengan itu direnung lama. Segaris senyum nipis terlakar di wajahnya.

"Ah~ Mimpi atau realiti, kedua-duanya masih menyakitkan..."

Mahu sahaja dia tekan bilah pisau itu hingga keluar darah. Namun, tiba-tiba sahaja pandangannya terasa berputar-putar. Kepalanya berpinar. Terus dia terduduk di atas lantai, pisau lipat tadi terlepas dari gengamannya. Kepalanya ditopang, gigi diketap erat, matanya kemudian dipejamkan.

TranceWhere stories live. Discover now