Salleh pandang meja kosong di sebelahnya. Dia hela nafas berat. Tumpuannya melayang, langsung tidak fokus kepada apa yang di hadapannya. Semua guru pergi mesyuarat dengan pengetua, jadi tiada sesiapa yang masuk mengajar sekarang ini.
Sudah tiga hari meja itu kosong. Seluruh kelas kecoh dengan berita tuan empunya meja itu - Andi - dimasukkan ke hospital kerana ditikam perompak. Bukan. Bukan satu kelas, tapi satu sekolah. Masakan tidak, pada pagi kelmarin, dia nyaris jatuh bangunan. Petang tu pula, dia kena tikam. Sudah jatuh ditimpa tangga. Famous sekejap Andi pada hari itu.
"Salleh," tegur Shu Fen. Salleh angkat kepala, memandang gadis Cina bertocang ekor kuda dan bercermin mata di hadapannya itu.
"Petang nanti, apa kata kita pergi lawat Andi di hospital. Bagaimana?"
"Kita berdua je ke?"
"Saya pun nak ikut," kata Zahra tiba-tiba.
"Hei, nak join juga," kata Muthu, pelajar India di meja sebelah pintu belakang kelas.
"Aku pun."
"Saya juga."
Satu demi satu pelajar 2 Amanah bersuara. Shu Fen membisu. Salleh garu kepala.
"Tak ramai sangat ke yang nak pergi lawat Andi ni?"
Senyap.
(...)
Salleh pandang Shu Fen dan Muthu di sebelahnya. Dia kemudian pandang Andi yang terlantar di atas katil.
"Awak tahu, sampai kena cabut undi semata-mata nak lawat awak hari ni," kata Salleh sambil sengih. Plastik berisi buah epal diletakkan di atas meja.
Andi terpinga-pinga. "Saya... Bukannya siapa-siapa pun. Awak tipu, ya?"
"Aiya, tak tipulah. Betul mereka nak lawat awak hari ni. Tapi mana boleh ramai-ramai datang hospital, kan?"
Andi sengih. "Tak sangka, kamu semua kisah kalau saya tak ada di kelas. Ingatkan tiada siapa peduli."
"Dey. Memang la awak pelik sikit. Kadang-kadang jalan macam zombi keliling sekolah. Tapi, tak tahulah kenapa, kalau awak tak ada, rasa macam... Ada benda kurang." Muthu membidas.
Andi diam. Jauh di sudut hati, dia rasa terharu.
"Ni, jadual peperiksaan akhir tahun dah keluar. Kalau awak perlukan bantuan, boleh je beritahu kami. Ni, mesti lama awak duduk di hospital. Nak kami bawakan kerja sekolah ke sini tak? Kita belajar sama-sama," kata Shu Fen.
"Hm... Boleh juga. Bosanlah duduk sini lama-lama. Tapi, takkanlah nak study dalam wad?"
Salleh pandang Muthu. Muthu pandang Shu Fen. Shu Fen pandang Andi. Andi garu kepala sambil sengih.
"Betul juga, kan. Nak study mana ya?"
(...)
"Sini?"
"Entah. Macam ramai orang."
"Nama pun kafe. Memanglah ramai orang."
Tiga remaja itu saling berpandangan. Setelah hampir dua jam berbual dengan Andi, mereka minta diri untuk beredar. Kebetulan pula memang masuk waktu minum petang, dan Puan Ariana baru sahaja sampai dari tempat kerjanya.
"Habis tu, di mana lagi?" Muthu bertanya sambil bercekak pinggang.
"Kalau surau, okey tak?"
Muthu dan Shu Fen renung Salleh. Kedua-duanya terus berpeluk tubuh, tidak berpuas hati dengan cadangan Salleh itu.
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...