Bab 29

269 37 20
                                    

"Kamu pasti, itu dia?"

"Hm."

"Tapi, kamu nampak dia sekali lalu saja. Tanya nama pun tidak. Bagaimana kamu begitu pasti?"

"Gerak hati."

"..."

"Tapi... Bila masa dia tinggal di sini? Sebelum ni tak pernah pula terserempak."

"Takdir."

"Tch. Takdir?"

"Ya. Sudah ditakdirkan kamu bertembung dengannya pada hari itu."

"Heh. Ada saja jawapan kau."

"Hm. Beginilah. Saya tahu, banyak sangat persoalan yang bersarang dalam minda kamu itu sejak kebelakangan ini. Jadi..."

"Jadi, apa?"

"Rasanya kamu juga fikir apa yang saya fikirkan."

"Maksud kau..."

"Ya. Jumpa dia. Pastikan dahulu siapa dia."

"Sekarang?"

"Kalau kamu rasa kamu bersedia, ya."

"Hm..."

(...)

Loceng sekolah berdering, menandakan sesi pembelajaran sudah tamat untuk hari ini. Para pelajar mula berkemas-kemas, mahu segera meninggalkan kawasan sekolah. 

Andi dan Salleh saling berpandangan. Mereka masih berada di kelas, duduk di tempat masing-masing, menunggu semua orang keluar kelas.

"Nak tak nak, kena cari jugalah. Saya tak nak kena smackdown..." Salleh membebel, sedikit panik. Sejak tamat waktu rehat lagi dia dalam keadaan begitu.

"Okey. Kita cari lagi. Bawa bertenang," kata Andi sambil menepuk lembut belakang Salleh, cuba menenangkannya.

"Hm." Salleh angguk perlahan.

Sebaik sahaja tinggal mereka berdua di dalam kelas, mereka terus memeriksa sekeliling kelas, mencari sesuatu. Habis segala ceruk dicari, namun tidak dijumpai. Hampir setengah jam juga masa diambil.

"Tak ada. Tak ada... Habislah..." Salleh mula menangis.

"Bila kali terakhir awak nampak benda tu?"

"Masa rehat tadi. Siap bawa sekali ke kantin."

"Kalau macam tu, kita ikut jalan awak ke kantin. Manalah tahu jumpa. Tak pun makcik kantin tolong simpankan ke..." Andi memberi cadangan.

"O-key..."

"Andi!" Suara lantang seorang remaja perempuan tiba-tiba kedengaran. Shu Fen berdiri di pintu kelas, bercekak pinggang. Nafasnya sedikit laju, mungkin sebab dia berlari anak ke situ.

"Aa... Ya, Shu Fen. Ada apa?" Andi bertanya, terpinga-pinga seketika.

"Aiya, lupa la ni." Shu Fen tepuk dahi.

"Er... Apa?" Andi masih terpinga-pinga.

"Kan dah kata kelmarin, hari ni kita jumpa Abang Zaki?"

"Huh? Abang Zaki mana?"

"Abang Zaki, ketua pasukan Sulung untuk OMK tu," jelas Shu Fen lagi, tangan kanannya masih kekal berada di dahi.

"Eh, ada ya?" Andi terus garu kepala. Walhal dia cuba ingat apa yang telah terjadi petang kelmarin. Namun, memorinya kosong. Macam biasa.

Shu Fen hela nafas.

"Ala. Macam tak faham pula masalah 'lupa tahap gaban' Andi ni, Shu Fen," sampuk Salleh yang sudah mengelap sisa air matanya.

TranceWhere stories live. Discover now